BIrthdays in May!



Assalamu'alaikum. Hi.

This is a story about two girls named Farhana and Adlin.
Yup. They are special on May, but always special in my heart *wink.



Ini Farhana. Mula kenal masa Tingkatan Satu dan satu kelas dari Tingkatan Satu saaaaaampai Tingkatan Lima. Farhana is out spoken girl macam watak Azreen di The Curse (Novel English Form 4& Form 5) hehe, aku imagine Azreen  masa baca novel tu macam Farhana lah haaa..  Mula rapat-rapat la dengan Farhana ya la sudah satu kelas dari Tingkatan Satu sampai Tingkatan Lima lepastu satu dorm lagi masa Tingkatan Lima maka apa alasan untuk tidak menjadi rapat dengan dia?. Kami pernah kumpul duit rm0.50 setiap minggu sampai duit tu banyak dan kami dapat makan KFC sama-sama guna duit tu, and yeah we did it!. Kebetulan pula masa tu birthday dia, mama aku pun siap belikan sekerat cheese cake untuk dia, kira kami buat celebration birthday dia masa tu la, tapi kami berdua jak. 

Lagi?, kami kan satu dorm masa Tingkatan Lima, kami ada satu deal tau, deal tu pasal Colgate!, haha lucu bla dikenang, kami akan saling menjadi sponsor ubat gigi, maksudnya… kami berkongsi ubat gigi *sambil senyum nampak semua gigi*, contohnya, bulan ni aku yang beli ubat gigi untuk kegunaan bersama, next, giliran dia la pula akan beli ubat gigi untuk kegunaan bersama dan begitulah seterusnya kitaran giliran sponsor beli ubat gigi tu saaaaaaampai hari terakhir di sekolah. Hoh, itu antara moments yang aku paling ingat la.

Farhana juga adalah seorang yang saaaaangat susah mau contact via telephone sebab dia guna maxis wakaka aku guna Celcom, dan adalah sangat meng-excited-kan bila dapat “Phone Call” dari Farhana. Excited tahap mau bagitahu satu dunia “hwaaaaa! Farhana Call akuuuuu!” haha.

Next, Adlin.

Adlin adalah satu-satunya kawan aku dari semenanjung Malaysia, wuuuu. Mula kenal masa Tingkatan 4, dia pidah sekolah aku masa tu. Adlin pun agak outspoken juga. Bijaksana dalam nombor, sangat cemerlang dalam angka eh, nombor dan angka tidak sama?ekeke.
Adlin pandai masak, dia suka masak, dia selalu bawa makanan sedap2 dari rumah, katanya Ummi dia yang masak. Bertuah betul kami, asal baru balik dari rumah ke asrama mesti ada makanan dia bawa, laksa la, pizza la macam-macam laa.. best! *terus rasa lapar, uwaaaa T_T

Adlin berkaca mata. Supplier majalah Gen-Q dan Al-Ustaz dan Solusi di sekolah kami hehe, serius, bole dapat harga yang agak rendah daripada harga pasaran di luar sana, and semestinya, kami rasa bertuah.. tapi, lepas tidak terakhir kali jumpa Adlin tiada sudah semua itu. beli di kedai sendirilah..


Adlin pernah bermalam rumah aku. Bawa dia jalan2 di kampung aku yang penuh kedamaian itu bersama Azea. Azea kawan, Azea jiran. Kami pernah tengok drama Adam&Hawa dirumah aku, malam tu konon mahu tengok satu episod ja tapi lama-lama sampai juga episod 8 masa tu haha. Syiok pula drama tu, lepas tengok drama tu terus minat Aaron Aziz ;)

Favorite picture ok. haha berdrama sangaat.


13 May is was Farhana’s birthday and 22 May is wasAdlin’s birthday!, entah yang keberapa tahun aku pun lupa*tidak logik* yaa, yang ke 19-thn, sungguh besar angka tersebut, jadi Selamat Hari jadi untuk Nurul Farhana Dato’ Masjidin dan Nur Adlin Sakina Bahaman, semoga dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat. Ketahuilah, aku sangat bersyukur dapat kenal kamu berdua. Selamat Ulang Tahun. Semoga panjang umur dalam ketaatan kepada Allah dan Rasul. Saya sayang kalian kerana Allah :)

JOM BERSAHABAT SAMPAI SYURGA!




Comments

Popular posts from this blog

Daily Blog Challenge | DAY 2

Sambung study.

Tentang header

Daily Blog Challenge | Day 6 | Elephant Film Festival 2017 !

Tentang convo.