...



Bismillah.

Assalamu'alaikum.

Terinspirasi untuk menulis. Setelah apa yang sudah aku lalui setakat ini.
Aku ceritakan melalui tulisan pendek ini;

MASA

Kau merungut, mencaci masa kau dicuri
Tapi kau lupa, masa itu milik Pencipta Cinta Hakiki
Tapi kau lupa, ada mereka yang lagi diuji masa mereka dicuri
Kau merungut kenapa?
Sedangkan ujian yang kau hadapi tidak menggunung seperti mereka
Kau merungut kenapa?
Sedangkan rancangan Allah itu tidak pernah buat kau kecewa.


*****

SENTAP

"kamu boleh bawa lap top kan?"

"ya, boleh. Tapi tidak semua yang berkemampuankan?"

"....ya."

Aku selalu lupa. Alpa. Sebenarnya aku dalam kalangan orang yang mampu tapi selalu merungut. Orang yang mampu pula terus positif. Mereka ini yang memperoleh hakikat kebahagiaan yang sebenar. Allahu ya Rabb.

"bahagia itu satu ketenangan.
 Bila susah tiada gelisah.
 Bila miskin syukur pada Tuhan.
Bila sakit tiada resah di jiwa.
Bukankah tuhan telah berfirman,
ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang"

-Hakikat Bahagia, UNIC-


Rindu akan ketenangan itu.


Comments

Popular posts from this blog

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

FATIMA KINASCY A NAME AND SECRET BEHIND IT.

#AzeaTurns20

Siapa Malaysia?

Before 2021 ends!