Sunday, 1 September 2013

Mari berpositif, boleh?



Salam ‘Alaikum!
Hi! Y’all!

*i've changed the title, from "sigh?" to "Mari berpositif, boleh?"

Aku mula dengar beberapa kawan aku mengeluarkan suara-suara seperti bosan dengan kehidupan sebagai pelajar tingkatan enam di sekolah aku sekarang ni
and I was like…
Hey form six syiok! Apa!!
Tapi tu la lain orang lain,

Ada yang suka ada yang tidak.
Ada juga yang kata, penat hidup sebagai pelajar yang terikat dengan peraturan sekolah dan asrama yang sangat ketat dan memenatkan, aku penat naik tangga, aku penat sebab tidak banyak masa rehat, aku penat lepas tu stress perlu rush mengejar masa setiap hari, aku stress jauh dari family, bla bla blaa

Sampai satu part yang macam cannot acceptional pun ada seperti,
aku stress dengan kesibukan dan kemampatan penggunaan waktu tu membuatkan terasa masa berlalu begitu cepat sampai tiada masa untuk study

eh? Tiada masa untuk study? apakah yang membuatkan “aku” tu tiada masa untuk study? apa yang “aku” tu buat sibuk sangat sampai tiada masa study?
pelajar yang lain pun macam “aku”  juga, pakai baju sekolah juga, kena bangun awal juga, kena buat kerja rumah juga, kena masuk kelas juga, kena naik turun tangga juga, perlu pegi masjid untuk solat lima waktu berjemaah juga, kena memberi komitmen dengan aktiviti sekolah dan asrama juga, semua pun sama juga dengan si “aku”, 

apa yang mustahil sangat dengan rutin harian sebagai pelajar asrama untuk study?
APA??!
Sedangkan,
 kita ada masa lebih kurang 7jam lebih berada di sekolah untuk ikut proses pengajaran dan pembelajaran(PNP), mula dari pagi sampai tengahari pukul 1.00pm. lepas tu makan, solat semua baru sambung lagi prep petang pukul 2 sampai la masuk solat asar (bergantung kepada arahan cikgu, ada masanya kita habis prep sampai jam 4ptg). Untuk malam pula, pun ada prep juga pukul 8.00pm and something sampai pukul 10pm kadang-kadang sampai 10.30pm baru kita habis prep malam. Total waktu yang boleh kita study dalam satu hari adalah lebih kurang 11jam minimum, tolak waktu PNP 4jam sehari kita boleh studi secara personal jika masa study kita tu kita manfaatkan untuk study betul-betu dan mungkin akan lebih dari itu.

See,

DI MANA MUSTAHILNYA UNTUK STUDY ITU? DI MANA?!

Another hours situ kita boleh buat aktiviti persendirian, solat, dengar ceramah, ber-usrah, attend perjumpaan kelab and stuff, cuci kain, mandi, seterika baju sekolah, seterika tudung dan baju kurung, makan, menjemur, tidur.

 I only listed aktiviti yang sepatutnya kita buat, perkara-perkara lain seperti lepak borak2 kosong, online fb, twitter, sms, tengok movie mahu pun tengok running man, baca novel cinta bagai kita tolak tepi dulu, kecuali masa untuk komitmen sebagai pengawas sekolah atau asrama lain cerita lagi la tapi, the point is, jika kita mahu sangat untuk study, tekad tu sudah ada kita mestila tahu urus masa kita, kita mesti TAHU MENCURI MASA, dan semestinyalah SCRIFICE NEEDED! Sacrifice waktu tidur, sacrifice waktu enjoy, Perjuangan dengan pengorbanan itu tidak dapat dipisahkan bukan?

yaa, ada juga mungkin yang akan kata, kalau study di rumah atau d alam uni masa lagi banyak diluangkan dengan study, tidak perlu mencuci baju, iron baju, ikut jadual asrama dan sekolah semua, but hey! pernah terfikir pasal PENGISIAN ROHANI?
dengan menjadi pelajar sekolah berasrama kita dididik dengan dua-dua tuntutan menuntut ilmu dunia dan akhirat, instead of berjaya di dunia insyaa Allah di akhirat pun. 

Bukan mau kata pelajar sekolah harian dan pelajar uni tidak mementingkan pengisian rohani, tapi boleh fikirlah kelebihan kita sebagai pelajar berasrama ni, tied up with aktiviti kerohanian, cabaran kita tidak besar untuk mencari ilmu agama tu macam pelajar sekolah harian dan pelajar uni atau poli sebab kita memang PERLU belajar semua tu, bertuahkan kita?!

So, kata kuncinya TIME MANAGEMENT!
&
SACRIFICE
&
LET FIRST THING COMES FIRST!

Lepas kita siap kerja kita, siap homework, habis exam nanti baru kita bagi reward untuk diri kita buat semua hiburan suka-suka yang kita pernah PAUSE buat dulu tu. Baru, seronok.

Diriku yang serba tak sempurna ini bukan mahu mencantas terus aktiviti suka-suka macam tu, boleh ya bolehhh cuma kita kena tahu dan sentiasa sedar la priority masa kita tu patut digunakan untuk apa? Untuk STUDY sebab KITA ADALAH PELAJAR.   malah aku pun pandai tersasar dan terlalai juga tapi tu la kita sama-sama memperbaiki diri la kan, kita sama-sama mengingati antara satu sama lain.

Aku tersangat la mengajak kamu baca blog Amalina Peter entri bertajuk:



Antara tips time management sebagai seorang pelajar yang kak Mel bagi dalam blog dia:



"TIME MANAGEMENT


Cuba tolak masa yang anda gunakan untuk;

berbual2 kosong

tengok movie kt laptop

tidur siang

main game

tengok tv

dating

Lepak ngan Member

Belajar tipu2*
*Belajar tipu2= selalu aku tgk org yang belajar, tangan pengang handphone atau bermain facebook, atau lain2 yang tak membawa manfaat kpd akademik.
Belajar tak fokus langsung, pastu komplen “aku tak pandai cm kau Mel..” atau “aku takde maselaa..aku nak belajar”... Memanglaa...kalau kau takde bakat MULTITASKING, FOKUSLA sikit belajar tu...

(Pppaaakkk!*bunyi tamparan*, aku terasa)

Lagi?

Soalan pertama: Have you given the best of you?? Ask yourself. Tengok dalam cermin, "IS THIS THE BEST OF _____(nama anda)____?"

Adakah kita masih berasalan, membuang masa, banyak tidur, lemah semangat, cepat putus asa?

HAVE YOU GIVEN THE BEST OF YOU untuk mencapai cita-cita?

Anda boleh compare cara kerja dan cara berfikir orang yg dah berjaya dengan anda. Tapi jangan compare diri anda personally. Although, in the process of searching for ourselves, we have to imitate gaya2 orang lain dulu sehingga kita jumpa diri kita yang sebenar.


Soalan kedua: bertemakan topik entry ini, "What you do is what you will get"

So, apa yang anda buat harini? Are you doing something that is beneficial for your future? Ataupun tengah tengok TV? Main game? Stalking at facebook? Tengok drama? Kerja pagi petang untuk gaji tanpa arah tuju?? Mengumpat orang-orang Herbalife? :p

Terutama sekali bagi mereka yang suka complain tentang kehidupan. "Gaji sikit." "Boss mcm ****." "Tak best kerja bagi boss kaya." "Kerja overtime tapi gaji kecik." "Kerja pagi balik pagi." Memang terseksa hidup mcm tu. Kalau aku kat tempat korang pun aku complain jugak. Tapi dalam complain-complain tu, carila jalan keluar kerana itu lebih Allah suka daripada terus duduk merungut.

ARE YOU DOING SOMETHING TO CHANGE YOUR FUTURE RIGHT NOW?"


Am I doing something to change my future right now?

Sangat inspiring, sangat membuatkan diriku rasa ditampar-tampar sebab terasa aku dalam kalangan yang paling membuang masa walaupun aku bukanla seorang pengguna Herbalife huhu  tapi tetap suka baca blog Amalina Peter, jadi kamu bacala ok?

Yes, maybe ada yang merungut kata, student life is all about tired! Full of depressed! Stress! Waktu cuti pun dicuri dengan aktiviti dan kerja sekolah yang tidak henti-henti! Jadi budak sekolah ni boring! Macam budak-budak, pakai baju putih tudung putih berkasut ikut peraturan sekolah dan asrama yang erghhhhhhh!!
Rasa mau pecah kepala! And..

Etttt! Hold on hold on hold on! Guys!

Kenapa terus menilai melalui negetive side saja? Itu yang jadi stress tu, kita sendiri yang memilih untuk berfikir yang negatif-negatif, sebenarnya kita sendiri la juga yang menjemput stress tu, interior protest tu yang buat kita rasa semua hal yang PERLU KITA BUAT SEBAGAI PELAJAR jadi payah semuanya. Macam-macam jenis alasan yang akan timbul dibenak otak kita supaya malas belajar,, susah fokus, mencari helah untuk keluar dari masalah. Ya, masalah. Stress itu masalah, dan setiap masalah ada penyelesaiannya dan semestinya stress pasti ada penyelesaiannya. Lari daripada masalah dan menyelesaikan masalah tidak sama.

HUSNUSDZON! (BERSANGKA BAIK!)

Apa kata kita nilai dan menerapkan hikmah disebalik apa yang PERLU KITA BUAT SEBAGAI PELAJAR dari sudut pandangan positif. Let say:

 masa padat sampai masa rehat kurang rasionalnya? supaya kita tidak buang masa dengan borak-borak kosong dengan kawan2, supaya kita rasa bernilainya masa tu! Betapa tidak bagusnya buang masa tuuuuu!

homework berlambak kena bagi waktu cuti, supaya kita tahu juga buka buku masa cuti memandangkan bila masa cuti sekolah teramatlah sukar mau buka buku dan lebih rela tidur berjam-jam, tengok tv, online bagai lama sampai study terabai.

banyak tangga yang perlu dinaiki dan dituruni,bikin penat!, janganla fikir penat, cuba fikir yang naik turun tangga tu sebagai riadah, jantung sihat, otot kaki kuat, stamina tinggi atau, anggaplah naik turun tangga yang tinggi tu sabagai training sebelum naik gunung kinabalu hehe ;)

kehidupan asrama memenatkan sampai tidur setiap hari lewat dan menyebabkan mengantuk dalam kelas,di sini mungkin rasionalnya supaya kita tahu susun strategi pengurusan masa kita, do something supaya dapat tidur awal, siapkan semua awal supaya dapat rehat yang agak lama waktu malam tu, ubah mind set, sebelum tidur lapangkan minda dulu,nikmati waktu rehat tidur malam tu semaksimum yang mungkin,berlapang dadalah dengan ketentuan yang berlaku sama kita(muhasabah) then tidur la.  

Peraturannya lagi yang perlu dipatuhi, mana kita mampu lari dari peraturan, peraturan ni boleh mengawal kita dari macam-macam agenda kehidupan yang lebih kepada membuang masa di samping mendisiplinkan diri. Come on la kita dididik mematuhi peraturan walaupun kita buat dalam keadaan terpaksa supaya nila-nilai yang baik tu dapat diterapkan dalam diri, mungkin tidak secara terus, secara baby step mungkin? Take it likely la ok? Lagi pun, terikat dengan peraturan sekolah ni tidak lama, merana setahun bahagia berkurun!

COME ON! ROCK ON OUR POSITIVE THINKING!





MOTIVASI.

Aku juga seorang yang suka baca blog Syuhada Zailani sebab sangat inspiring juga macam blog Amalina Peter, Aisyah Shakira, matluthfi90, Aiman Azlan, Iqbal Syar’I, Dena Bahrin, Maria Elena, bila baca dan kadang-kadang apa yang diorang tulis tu memang akan kena dengan situasi yang mostly aku alami walaupun tidak la sama sangat tapi boleh diaplikasikan la. Lepas baca terus termotivasi dan semangat!

(yang tengah tu kakak yang aku maksudkan)

Aku juga ada seorang kakak yang bekerjaya sudah berkeluarga, ada dua orang anak tapi masih belajar. physically memang nampak kakak aku ni macam tiada masa study, mana perlu urus komitmen keluarga lagi, kerja lagi tapi setiap kali exam tidak pernah pun dapat result yang menampakkan dia sudah ada komitmen lain selain belajar. Masih juga mampu dapat result cemerlang,

COMPARE TO

Aku, kita yang tiada komitmen lain selain belajar ni seharusnya advance la kan dari segi masa study, tidak perlu fikir masalah wang sebab Alhamdulillah kita masih ada penjaga yang bagi belanja. Kita tidak perlu fikir makan minum keluarga sebab kita belum berkeluarga haha tetibakan? Tugas kita sebagai anak dan pelajar ni

Hanya,

BELAJAR!

Tidak perlu fikir benda lain, study is our priority!
family comes first!
Allah with us!
Yakin itu!

Itu antara motivasi yang aku dapat la melalui hobi membaca blog orang dan motivasi dari persekitaran aku sendiri. Aku juga suka baca kata-kata motivasi dan menghayati lirik lagu2 semangat. Dan tahu kah anda bahawa Al-Quran pun terdapat baaaanyak kata-kata motivasi, dan sangat menenangkan, sangat buat kita rasa yang Allah sayang sangat dengan kita, Allah sangat dekat dengan kita,

 Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang AKU maka,sesungguhnya AKU dekat.Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKU dan beriman kepadaKU agar mereka memperoleh kebenaran.
(Surah Al-Baqarah:186)

dan sungguh, kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.
(Surah Qaf:16)

BANGUN DAN BANGKITLAH!

Dan janganlah kamu berasa lemah dan jangan(pula) kamu bersdih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.
(surah ali-imran:139)

Allahu rabbi.

Hakikatnya, kekuatan untuk manage hidup yang hectic itu dari Allah. subhanaAllah.

Saya, dua bulan enam hari sebagai pelajar tingkatan enam.
Kawan-kawan seperjuangan aku dua tiga orang satu-satu keluar dari sekolah, maksud aku berhenti ambil form six tapi sambung pengajian di Uni or Poli di dalam mahupun luar negara, insyaa Allah itu lah yang terbaik setelah membuat keputusan dan bermusyawwarah bersama keluarga semua kan?

Belajarlah dimana-mana pun yang penting niat masa belajar tu kena sentiasa betul.
Belajarlah ilmu duniawi boleh, tapi ilmu ukhrawi jangan dilupa :)

Ada juga yang tanya, kau stay di form six, SEMEKAR?

YES!

Entahla, aku begitu bersemangat untuk cakap YA!

And main reasons nya adalah:

Aku tidak dapat UPU mahupun Poli bagai, well its okay aku tidak perlu fikir banyak dalam dilema memilih,lagi pun after what I’ve been through untuk sekolah sini, tidak mungkinlah aku senang-senang mau keluar balik kan?

Selain itu, aku suka pakai baju sekolah, bagi aku set baju seragam sekolah la yang paling kemas dan paling sopan sempurna tertutup untuk dipakai.

Aku cuba memperbaiki cara studi aku, aku cuba cara baru seiring niat yang ikhlas untuk study dengan serius, supaya masa aku belajar tu aku rasa seronok
Aku suka suasa sekolah, aku suka tengok ramai pelajar yang tekun studi, aku suka tengok pelar-pelajar yang bertanya dengan guru, aku suka guru-guru mengajar dengan seronok, masa di sekolah la juga buat aku rasa sangat ingin tahu dan macam-macam lagi persekitaran yang buat aku mahu belajar rajin-rajin, sebab di sekolah ramai pelajar yang rajin-rajin dengan tengok mereka yang rajin jadi aku pun akan terikut rajin, law of attraction di situ!.

Aku sangat bersyukur sebab family aku sangat supportive, kawan-kawan aku semua baik-baik dan comel-comel tidak pernah putus bagi kata-kata semangat untuk aku STAY dengan form six, ada masalah stress atau apa-apa bagitau  mereka dan mereka seolah-olah ada bersama masa kita dilanda kemurungan sebab stress belajar and else?

Kita ada Allah, mengadu dengan Al-Khaliq.

…innallah ma’ana.
 (at-taubah: 40)

Aku mau payback kekecewan yang lalu melalui peperiksaan awam dimana semua orang yang tersayang ternanti-nanti keputusan exam nanti, and cant wait untuk bagi tunjuk result yang terbaik! Insyaa Allah.

Menjadi penuntut ilmu dengan ikhlas itu prinsip aku masa study, berusaha untuk menjaga niat ketika belajar. BELAJAR UNTUK TAHU BUKAN UNTUK PEPERIKSAAN SEMATA-MATA.
The whole point is, SEMUA PERLU USAHA.

Ini point of view aku saja, lain orang lain, boleh jadi ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju, terpulang kepada anda untuk menilai.

All the best!

Wassalam
=)






Post a Comment