Oh manusia,mengapakah?



Assalamu'alaikum.

hai hai hai... sudah lama aku tidak mencoret di blog aku yang satu-satunya ini, aku kemana?.. aku di kampunglah weihh, itu pasai dok dape nok online sangak sobak takdok kemudahan jalur lebar seperti streamyx atau broadband yang kaorang dok pakai sekarang nii(ok, aku memang suka action kecek slang Kelantan padahal tidak arif mana pun ='P maafkan saya jika ada yang tidak senang ya) jadi aku pun menyepilah dari membusykan diri atau kecoh-kecoh di laman sosial buat sekarang ni, tidak sedih pun cuma tu lah update blog pun akan jarang-jaranglah juga lepas ni, jangan cari aku tau bila aku menyepi ok?!(aku bajet aku FL lah ramai orang ternanti-nanti aku update blog?? Peghhh!!). Ok cukup untuk penjelasan itu sebelum aku melebih-lebih dalam lamunan perasaan aku yang memang tahap tak boleh blah mihihi. Okayyyyyy! jom ambil feel baca pasal tajuk pula, sila sila sila datang feel membaca sebab kita akan berbicara soal................


Orang utan ini dibakar hidup-hidup sehingga mati kerana mengambil beberapa buah-buahan milik orang kampung akibat terlalu kelaparan. Dan inilah akhirnya.

Tanyalah diri kita sendiri, tidakkah terdetik di sanubari kita melihat betapa terseksa hidupan haiwan-haiwan hanya kerana ingin mengisi perut yang kosong?

Sudah tiada makanan di hutan yang juga semakin tiada. 
Pembalakan, penerangan hutan, pembakaran hutan dan bermacam lagi faktor yang memaksa orang utan dan binatang-binatang lain melarikan diri ke sana ke mari untuk mencari habitat dan makanan.
Teringat kata-kata Tok Din di Kampung Boy dalam episod gerhana yang mereka selamatkan penyu tuu yang diorang berkhemah dengan Tok Din di pantai untuk tengok gerhana tu(siapa ada tengok dia tahu lah ) mahu share link tapi tidak jumpa huhuhu.

 Tok Din kata:
Dulu persoalan yang sering dipersoalkan, adakah manusia mampu bertahan dengan 
alam semula jadi?. 
Tapi,kini... 
Mampukah alam semula jadi bertahan dengan manusia?  ='(


bukan Tok Din yang di kartun tu sahaja yang kata, lagu pun kata
Anak tupai,dikir barat



lagu-lagu di atas memang berkait rapat dengan alam semula jadi, sedikit sebanyak menyedarkan kita sebagai manusia untuk menjaga alam sekitar,flora dan fauna. Semua itu juga ciptaan Allah yang maha kuasa.

Rasulullah pun menggalakkan kita untuk menjaga alam sekitar:

“Sesiapa daripada orang muslim yang menanam tanam-tanaman dan hasilnya dimakan oleh burung atau manusia ataupun binatang maka baginya mendapat pahala sedekah.” (HR Imam Bukhari)

 Rasulullah juga berpesan dalam perang Muktah supaya:
1.Tentera Islam berperang kerana Allah,
2.Tidak mengganggu ahli-ahli ibadat dalam kuil/rumah ibadat mereka,
3.Tidak membunuh wanita, kanak-kanak dan orang tua yang tidak berdaya
 4.Tidak membunuh haiwan ternakan
5.Tidak merosakkan kebun,tanaman
6.Tidak meruntuhkan bangunan atau binaan.
Lihatlah contoh terbaik, Rasulullah(SAW) yang pesan untuk jaga alam semula jadi ciptaan Allah.


  Wallahua'lam.


Comments

Unknown said…
kesian dengan orang utan itu....those people itu sudah lupakah yang org utan hampir pupus~ :(

Popular posts from this blog

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

FATIMA KINASCY A NAME AND SECRET BEHIND IT.

#AzeaTurns20

Siapa Malaysia?

Before 2021 ends!