Sukan Menyatukan Kita Semua #TQCHONGWEI


Assalamualaikum wbt dan hai semuanya!

Aku harap bukan aku seorang yang sudah plan cantik-cantik mahu tulis apa dalam blog tapi tetap tidak menulis sebab rasa nanti lah nanti lah.. end up eh bila lagi draf  blogpost ni tercipta? haihh perangai.

Ok,  hari tu  hero kita Dato' Lee Chong Wei pemain badminton nombor 1 negara kita telah mengumumkan persaraan beliau pada 13 Jun 2019. Emo betul aku tengok video ucapan DLCW hari tu, DLCW menangis, aku pun ikut menangis. Lepastu, part DLCW ucap thank you Malaysians tu, goosebumps kemain aku. Bangga dan sangat-sangat berterima kasih dengan DLCW sebab mengharumkan nama negara ke persada dunia.

Aku memang seorang yang patriotik orangnya. Aku amat mencintai Malaysia termasuklah dalam hal-hal yang membawa nama Malaysia di mata dunia. Sungguh pun demikian, aku bukan seorang yang bermain sukan dan suka melibatkan diri dalam sukan hehehe TAPI, dalam bab menyokong pasukan negara #TeamMalaysia, aku boleh kata aku dalam barisan paling hadapan.

Aku ingat lagi masa Olimpik 2016 di Rio, DLCW lawan Lin Dan dalam separuh akhir, dan DLCW menang dengan penuh bergaya! BERSORAK KEBANGGAAN SATU RUMAH MASA TU! Macam perlawanan separuh akhir tu adalah Final, kehangatan dan debaran dia tu ya Allahhhhh macam dalam tengok perlawanan final!. Perlawanan final tu DLCW vs Chen Long, memang berharap menang tapi, DLCW tewaskan Lin Dan masa semis tu puuuuun sudah cukup buat rakyat Malaysia bangga sebenarnya. Terima kasih DLCW sebab mampu menyatukan kami, rakyat Malaysia melalui sokongan padu untuk sukan yang membawa nama negara.

Bukan sukan badminton sahaja, tapi semuaaaa sukan, tiada yang terkecuali. Terima kasih sebab mewangikan nama negara melalui sukan dan membuatkan rakyat Malaysia bersorak untuk satu nama, Malaysia.

On the day DLCW mengumumkan persaraan beliau, aku terus teringat filem tribute DLCW, terus juga aku cari dan tonton. RISE OF THE LEGEND tajuk dia, Sweet, sweat and proud semua ada dalam tu. Pergi lah tengok! hari tu aku tengok di sini: https://movisubmalay.com/lee-chong-wei/

Again, THANK YOU SO MUCH DLCW! You always that legendary in my heart!


Tengok lah post DLCW ni!

And this!


and..

Untill next post!



Comments

Popular posts from this blog

Diari Latihan Mengajar Zafirah: 1 SM & 2GTI 💓

Diari Latihan Mengajar Zafirah: Sarah, Kak Sira, Housemates, dan SEBUKTI !

Temuduga Pendidikan Islam UPSI Sesi 2015/2016 dan Kawan Baru :)

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

29 and It's TMI Time!