aku atau saya ?

Assalamu'alaikum.
Hi!
Aku adalah seorang yg dibesarkan dgn persekitaran yg biasa guna kata ganti nama bg diri sendiri dengan  'aku'. Sekarang sudah cukup besar(lah sangat) hidup dlm persekitaran yg guna "saya". Sekolah tempat aku belajar skrg ni majoriti berbangsa Dusun bheii hehe, the "bheii" is on of the adding words yg org2 area tempat aku bljr ni selalu guna. First time dengar aku agak rasa lucu. Budaya yg agak lain dgn apa yg aku biasa. Yaa, perbezaan itu akan develop experiences aku dan meningkatkan PR aku mungkin. Tp lama2 aku used in it juga bheii hehe, semakin seronok dengar dan dilafazkan acherr*another adding words for "amboi" atau "eisehh" atau "cehh"*. Tapi serius, lama2 terbiasa dgn persekitaran itu.
Bila suda biasa dgn macam2 yg baru dan serba unik itu, penggunaan "saya" itu tidak lagi sukar, guna kata ganti nama "saya" tu tidak sesukar mana sebab kita yg terbiasa guna "aku" ni pun bila bercakap dgn cikgu-cikgu kita confirm automatik guna kataganti nama "saya" kan? Sebab guna  "saya" lg nampak sopan dan lembut. Kalau guna "aku" nampak kasar dan kuwang ajo pun ada hehe. Sebab tu aku kata, seronok dengar org2 yg guna "saya" ni, sebab sopan dan lembut bila didengar.
Sejak bersekolah d sekolah yg agak baru pada aku ni, aku cuba sedaya upaya untuk m'biasakan diri guna "saya" majoriti guna "saya" xkanla mau guna "aku".. Yaa, it kinds of awkward la mula2, tp aku mesti juga supaya dapat adapt dgn cara dorang baru dapat berkomunikasi dengan yakin tanpa menyinggung perasaan sesiapa.
Sebenarnya sampai skrg rasa janggal sampai boleh tersasul guna "aku" masa bercakap dengan mereka. Lagi awkward bila kawan2 yg kau biasa guna "aku" masa bercerita tiba2 terguna "saya", lepastu senyum-senyum eheeeeeee =D lepastu sambung cerita balik haha..
Lagi awkward dan rasa bersalah bila berbalas-balas komen di facebook dengan kawan-kawan yg biasa guna "saya", masa tu sudah susun abis ayat ikut hati dan perasaan apa yg mahu d komen dan sudah tekan enter pun! tapi perasaan tu jadi serba salah sebab guna "aku" dalam ayat. Lepas perasan hal sedemikian, baca balik conversations tu terus nampak sangat kasar guna "aku" sedangkan kawan2 yg lain guna "saya".
Hmmm..
Just if my friends could know and understand. I do not have any intentions or any means to offend anyone by using the "aku" :(
Buka sekolah ni nanti, aku eh maaf saya akan guna "saya" juga bila berbicara dgn kwn2 sekolah nanti, bila bersama dgn kwn2 yg sudah biasa guna "aku" akan diteruskan hehe.
It means, otak kami akan bekerja aktif dan cergas set up guna "saya" dgn org ni, guna "aku" dengan orang tu. Biar sesuai dgn situasi dan keadaan persekitaran kita masa tu.
Bukannya tidak mahu menjadi diri sendiri tapi kita mahu menyesuaikan diri kita dgn persekitaran dan in shaa Allah akan lebih disenangi, bukannya persekitaran yg kena ikut cara kita, kalau macam tu susahla sebab tiada toleransi dan istilah "be more acceptional" tu tiada, bila tiada mcm mana mahu bekerjasama dgn masyarakat?.
Dalam hal syariat akan jadi sebaliknya, peredaran zaman yang perlu diubah mengikut syariat, bukan syariat yang diubah untuk mngikut peredaran zaman.
Haaa itulah dia apa yg terbuku dihati aku pasal ni, kalaula ada kawan-kawan aku yg baca entri ni harap fahamlah ya ;) apa yg pasti aku eh saya sangat cinta dan sayang dengan kawan2 yg ada sekarang, they are super awesome! Benda ni banyak kali sudah dicakap tp aku masih mau ulang juga! Bertuahnya jadi salah seorang dalam kalangan kamu! <3
So, entri ini update guna blog-android. Confirm tiada perenggan. Tidak apalah yg penting sudah tulis dan ber-update juga blog ni dengan tulisan minda aku kali ni.
Heeeee :D
Peace, peace kacang pis!
Ma'a salamah!

Comments

Popular posts from this blog

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

FATIMA KINASCY A NAME AND SECRET BEHIND IT.

#AzeaTurns20

Siapa Malaysia?

#ZafirahJejakGajah ke Guala Gandah, Lanchang Pahang SEORANG!