Zafirah dan Jubah.


Bismillah and assalamualaikum everyone!

Grad tahun lepas 2019, update di blog tahun baharu 2020. Busy betul dengan life selepas  grad, amboi.

Hai semesta alam, lihatlah seorang Zafirah yang teresak-esak menangis 2 minggu straight ditinggalkan keluarga di sebuah Tanjung untuk menuntut ilmu bermula September 2015 kini telah menamatkan pengajiannya dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah! Segalanya atas kudrat dan iradat Ilahi yang memberikan kekuatan untuk seorang Zafirah ini menamatkan pengajiannya sepanjang 4 tahun di sebuah universiti pendidikan No. 1 negara. UPSI ! * letakkan efek bunga api meletup-letup di sini *
Maka dengan itu, entri blog pada kali ini diperkaya dengan gambar seorang Zafirah bersama sepersalinan jubah impian selama 4 tahun penantian bersama menempuhi onak duri sepanjang perjalanan. Jubah graduasi :')





**DISCLAIMER: Post ini jauh sekali untuk menunjuk dan memberitahu betapa saya seorang yang penuh ilmu di dada hanya kerana memiliki sekeping ijazah. Ini untuk memori dan motivasi sahaja ok?.


Di samping itu, seorang Zafirah juga telah gigih membawa tongkat sakti untuk memenuhi dunia fantasinya menjadi seorang "wizard". Bawa tongkat sakti Hermione lagi untuk dapat feel educated, wise and beautiful with brain ehgitchuuu.

Hari graduasi yang dinanti ini lebih mengujakan bila ada cousin yang sama tempat pengajian merangkap best friend sepanjang menjalani hari-hari di Tanjung.. Kami grad sama-sama. Bayangkan, sejak pertama kali jejak kaki ke UPSI sama-sama, kami sudah mulai membicarakan tentang angan-angan kami grad sama-sama. SubhanAllah, angan-angan kami itu adalah realiti kami pada hari ini.
Ya, ini lah Along yang serba tahu pelbagai keluhan dan masalah aku sepanjang di UPSI =')

Bersama  mama yang menjadi asbab terbesar untuk tidak berputus asa :')


Bersama tulang belakang dari mula buka mata melihat dunia sampailah ke saat ini.



How can we not talk about family when family that we got?.

Wallahi, siapalah seorang Zafirah ini tanpa sokongan daripada keluarga tercinta?.
Kejayaan ini didedikasikan untuk keluarga. Diri sendiri tu nombor dua lah, sebab kalau diikutkan diri sendiri masa berjuang menghabiskan degree tu, memang aku patah balik lah tidak mahu teruskan hehe.

Family aku strict dalam bab-bab pelajaran ni. Semua dapat dari mama dan bapa. 
Harapan mereka tu ya Rabbi cukup jadi booster untuk survive semester by semester sampailah eh sudah habis degree?.

Alhamdululillah. Terima kasih Allah pinjamkan keluarga yang awesome untuk menjadikan seorang Zafirah ini turut sama awesome. hehe.

Ya Rabb, alhamdulillah thank you for all these blessings! Sometimes I feel like, I got so much that I got arm-full of "rizq" thank you Allah, don't let me forget everything comes from You, never let me feel so high that I forget I am all belong and started with zero without You.

Allah, thank you!


Hai.
Saya sudah memiliki sekeping ijazah sarjana muda, memiliki sekeping hatimu pula bila lagi? 
ehek.


Everyone who's in the battle of finishing your studies, 
TRUST ME:
YOU CAN DO IT!. ALWAYS!.

Just look at me, I made it and SO DO YOU!

So, what's next?

Rindu tidur di airport lol.







Rindunya convo jalan ramai ramai macam ni!


Bumblebee pun datang tengok aku convo tau. 


Yey dapat gajah!




Thanks for the love!





Comments

Popular posts from this blog

Diari Latihan Mengajar Zafirah: 1 SM & 2GTI šŸ’“

Diari Latihan Mengajar Zafirah: Sarah, Kak Sira, Housemates, dan SEBUKTI !

Temuduga Pendidikan Islam UPSI Sesi 2015/2016 dan Kawan Baru :)

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

29 and It's TMI Time!