Aku&SEMEKAR: Cerita Ramadhan



Bismillahirrahmannirrahim. Hai.

It's ramadhan! Bulan yang paling ditunggu, bulan yang paling dirindu!

Kerana apa?,

Ramadhan adalah bulan ketenangan, pahala berlipat kali ganda Allah bagi untuk sesiapa yang beramal ibadah Lillahitaala!.

Ramdhan aku kali ini jatuh sharp on masa cuti study week bermula which is 6 June 2016. Kolej kediaman aku lengang. Ramai yang balik kampung. Ya lah, siapa yang mahu melepaskan peluang untuk menyambut dan meraikan kedatangan Ramadhan dengan ahli keluarga yang tercinta kan?. Bersahur bersama, berbuka bersama, tarawih bersama, masak bersama. Ah! antara momen paling indah!

Bukan aku tidak pernah rasa Ramadhan jatuh masa musim sekolah. Zaman aku tingkatan 1 - 5 ada kelonggaran untuk balik rumah setiap hujung minggu bagi memberi kesempatan kepada pelajar untuk menikmati detik-detik ramadhan dengan keluarga. Masih seronok. Berbuka sama-sama dengan kawan-kawan pun seronok. Dengan juadah berbuka yang agak istimewa. Tempat berbuka yang totally diubah siap dengan khemah untuk pelajar berbuka ramai-ramai. Cerita sahur lagi fight dengan kemalasan untuk turun ke dewan makan untuk ambil makanan haha. Waaaah ter-flashed back cerita puasa masa sekolah. rindunyaaaaaa!.

Masa tingkatan enam, sekolah aku agak jauh dari rumah. Jadi, untuk balik rumah tiap minggu tu memang mustahil lah. Jadi aku dengan kawan-kawan aku survive sendirilah melawan kehendak mahu balik rumah tu. Not a big deal pun selagi ada kawan-kawan bersama, semua jadi okey. Kawan-kawan jadi ahli keluarga kedua pun sudah cukup buat Ramadhan di sekolah menjadi sangat awesome!.

Ramadhan di sekolah, ada rutin tersendiri. Bermula dengan bangun sahur paling awal pun 3.30AM. Sahur aku special. Aku boleh kata aku tidak pernah missed bersahur sepanjang di asrama. Sebab aku ada kawan yang setia bawa sahur di dewan makan sama-sama. Ada Miejuk, Padel dan Syeff yang setia ketuk pintu dorm aku dan kejutkan aku untuk bangun dan sahur. Ini momen yang aku akan ingat sampai bila-bila. Paling best, sekolah aku buat inisiatif setiap pelajar yang turun bersahur di dewan makan akan dapat satu minuman kotak!. Minuman kotak bukan calang-calang ok, susu dutch lady dan milo baqhang!. Semua untuk menarik perhatian pelajar untuk bersahur la tu. Bijak sekolah aku, bijak!. Tapi, awal-awal Ramadhan ja dapat minuman special tu, masuk pertengahan dan hari-hari mahu cuti balik Hari Raya, pihak dewan makan serve minuman kotak soya sahaja sob sob. Tapi it is still okay by the way hihi. Dan, minuman kotak tu tidak akan diminum masa sahur tu, kalau aku lah. Aku akan kumpul minuman-minuman kotak yang aku dapat masa sahur tu dan minum kemudian bila bila aku rasa mahu minum. Seronok nampak minuman-minuman kotak tu bersusun dalam locker weeee~

Lepas sahur, aku tidak akan tidur. Aku mandi, bersiap pakai baju sekolah (yes! seawal itu!). Sekolah aku memang macam ni, masa bulan puasa, semua pelajar akan siap-siap pakai baju sekolah kemudia npegi masjid untuk solat subuh then, pegi kelas lepas habis solat subuh. Seolah-olah prep subuh begitu. Tapi still amazing. Sejuk-sejuk Ranau, dapat pula sekolah atas bukut memang sungguh menyegarkan suasana menanti matahari terbit tu haihhhh

Lepas tu, masuk masa P&P. Berjalan macam biasa.
Dekat-dekat masuk waktu solat Zuhur pula, semua pelajar akan ke masjid untuk dengar tazkirah Ramadhan dan Tadarus Al Quran. Terlentok, tersengguk-sengguk masa dengar tazkirah tu memang tidak dinafikan lah ya. Lepas tu pasti ada yang bergelimpangan memenuhi lantai masjid, ramai yang syahid untuk seketika (if you know what I meant kikikiki).

Masa solat Asar macam biasa. Pelajar buat hal sendiri lepas solat berjemaah. Ada yang stay di masjid untuk menghabiskan Tadarus, Al Ma'thurat dan tidak kurang ada juga yang mengulangkaji. See, persekitaran ini yang aku rindu sekarang :(

Mostly, pelajar akan balik asrama untuk urus diri, basuh baju, mandi, iron baju + tudung untuk makan buka puasa di dewan makan nanti dan sbgnya. Awal siap, awal lah kebarangkalian dapat makanan awal. Tidak perlu beratur panjang. Kalau datang lambat sangat pun, takut ada yang tidak dapat makanan. Lauk habislah, nasi habislah. Pernah ja jadi macam ni, kasihan tau students sobsobsob.

Paling dan paling mengujakan masa bulan Ramadhan sekolah aku, ada mini bazaar Ramadhan. Ada lah peniaga-peniaga yang akan jual-jual juadah berbuka di sana. Mini Bazaar tu dalam sekolah juga, senang dikunjungi. Pelajar yang menjual pun ada under persatuan apa tah hihi.

Buka puasa ramai-ramai dengan kawan-kawan awesome Ya Allah!, tidak tahu mahu describe macam mana nikmat berbuka bersama kawan-kawan yang kita sayang. Semua tu jadi rindu bila dikenang. Ish best lahh! ha emo ni sambil menaip! T_T

Semua ni kenangan ja. Sekarang lain. Survive sendiri lah ya nak di tempat orang. Membayangkan jauh dari family beribu batu menyeberangi Laut Cina Selatan tu ya Rabbi sayunyaaa :'(

Masa sahur tadi ada bercakap dengan mama. Bagi tahu, tiba-tiba sentimental bercakap dengan mama masa sahur.. terus mama cakap tidak apa lah, ada lagi yang lebih jauh dari keluarga atas sebab tanggungjawab belajar yang sama. Pelajar di Mesir sana lagi jauh. Lagi lama tidak jumpa family.

So, sabar saja lah. Sabar tu memang pahit tapi bila Allah bagi reward untuk kesabaran kita tu, maa shaa Allah!, its undescribable!

Teruskan bersabar Musafir Ilmu!

Ramadhan Kareem!

Comments

Popular posts from this blog

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

FATIMA KINASCY A NAME AND SECRET BEHIND IT.

Before 2021 ends!

Siapa Malaysia?

#ZafirahJejakGajah ke Guala Gandah, Lanchang Pahang SEORANG!