Mula mengorak langkah

Bismillah. Assalamu'alaikum wbt.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Ramai sudah kawan-kawan yang melanjutkan pelajaran setelah berbulan-bulan bercuti.. Ada yang sambung tingkatan enam(termasuk aku), ada yang ke matrikulasi, ke IPT seperti UiTM, UMS dan UNIMAS, waah! Semua mula serius mengejar impian masing-masing :) semoga terus cekal dan tabah dalam mengharungi kehidupan sebagai penuntut ilmu dengan ikhlas. Selain itu, nak habaq mai.. One of my best friends dapat Biasiswa Yayasan Peneraju yeaaa! Kursus IB Law jika saya tidak silap di Kolej Mara Banting, dan orang itu adalah... Haryani-------->Makli!(sila baca macam juruacara majlis mahu sebut nama pemenang dengan penuh suspen dan tepuk tangan dengan gemuruh sekali!haha) subhanAllah, turut gembira untuk mu kawan! Tahniah Yan! I know you can do it!, yakin!.
Sebenarnya, Yanie adalah pelajar yang kedua dari sekolah aku (SMKA Tun Said, Kota Belud,Sabah) yang dapat biasiswa ni... Senior kami iaitu sebelum batch kami seorang lelaki bernama Azim, dia dapat ni biasiswa siap kena panggil datang sekolah bagi ucapan yang lebih kepada motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah kami lah sebagai pembakar semangat supaya dapat ikut jejak langkah beliau sebab tidak ramai pelajar Malaysia yang dapat biasiswa ni, jika dapat markah tinggi dalam tempoh pengajian setahun setengah membolehkan pelajar tu dapat tajaan belajar di luar negara waaah! Siapa yang tidak mahu?!!..masa tu kami form five(hehe tahun lepas laa) sampailah Yanie pun tersenarai dalam pelajar-pelajar yang dapat biasiswa ni seluruh Malaysia, lepas ni Yanie pula lah kan yang kena panggil datang sekolah buat ucapan sebagai inspirasi kepada adik-adik di sekolah lama?, bangga mama bapa, bangga guru-guru, bangga kawan-kawan =').
Esok Yanie akan terbang sudah ke destinasi menggapai impian, aku pasti akan rindu dia, yaa..kami pasti akan rindu dia. Semoga selamat sampai dan selamat kembali huh?, entah bila lah yanie dapat balik Sabah dan dapat jumpa, sudahlah Yanie tadi jemput datang rumah dia sebab ada kenduri doa selamat untuk keberangkatan dia esok aku tidak pegi ='(, ish! Apa laa punya kawan macam ni? Entah bilalah dapat jumpa lagi? Sedihhhhnyaaaa! Minta maaf yan, tiada kenderaan yang boleh bawa aku ke rumah kau tadi =(.
Selamat mengorak langkah yanie dan kawan-kawan yang lain juga, belajarlah dimana-mana pun yang penting nawaitu masa study tu mesti betul baru best belajarkan?, ikhlas seikhlas ikhlasnya kerana Allah.
Dalam tulisan buku Mudahnya Menjemput Rezeki karya Fathuri Salehuddin, hakikat dalam dunia ini tiada yang mudah. Sesuatu perkara menjadi mudah apabila kita berilmu. Mencari ilmu pula bukanlah kerja mudah. Bukan sekadar memerlukan pengorbanan masa tenaga dan wang kita juga perlu melawan nafsu yang sentiasa mahukan seorang anak Adam kekal dalam kejahilan. Justeru, memang padanlah dengan ganjaran besar sebagaimana yang Allah janjikan lisan kekasihNya, Nabi Muhammad SAW;
" Sesiapa yang menempuh jalan  menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga"( Riwayat Muslim).
SubhanAllah, niat dalam menuntut ilmu tu sangat penting. " Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga dihadapan para ulamak atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh atau untuk memilih majlis yang terbaik(demi mendapat pujian orang), sesiapa yang melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya" (Riwayat Ibnu Hibban). Na'udzubillah..
Ya, macam-macam jenis dugaan yang akan kita tempuhi masa belajar nanti tapi tu lah, kita mesti bijak mengatasi dugaan tu di situ kita jadi pejuang melawan nafsu dan bisikan syaitan, kemenangan kita tu nanti sangat manis, berbaloi dengan apa yang kita telah pejuangkan. We will get what we do. Insyaa Allah, apa yang dikatakan melalui lisan dekat dengan hati, apa yang disamapaikan adalah peringatan untuk diri sendiri.
Selamat mengorak langkah kawan-kawan!. GanbateKudasai!/Do your best!. Fightinggggg!.
Wassalam =)

Comments

Unknown said…
1. Aku suka Yani dapat itu Peneraju (bangga aku!)...melompat-lompat aku, bila tau pasal berita tu...hihi over kah~
2. serious!! when I red this post...terngiang-ngiang suara kau di telinga Ana.. #ehem#


#Anasuka!#
Anonymous said…
Sayang elaaaa....cuma aku tukar p help universiti...but still in law study..in shaa Allah, biar d mna kita bljr yg pnting niat itu kn.. gambatee kwn2.. melangkah dgn doa..:)

Popular posts from this blog

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

FATIMA KINASCY A NAME AND SECRET BEHIND IT.

#AzeaTurns20

Siapa Malaysia?

Before 2021 ends!