#Pray4MasterSifuZafirah : 1/4

 Bismillah. Assalamualaikum wbt.

It's not easy hey!

Begitulah mukadimah untuk semester pertama master seorang Zafirahahaha!

Semester pertama perjumpaan pertama dibuat pada bulan March 2023.

Semester pertama perjumpaan kedua dan terakhir dibuat pada bulan 27 Mei-03 Jun 2023.

Semua ini dibuat pada cuti sekolah. Hal ini membawa maksud, cuti sekolah ni apa? haha. Kelas kami online untuk perjumpaan kedua ini. Bayangkan, di kala ahli keluarga menikmati cuti weekend yang panjang sebab cuti Kaamatan, aku pula mengurungkan diri di bilik bersahabat baik dengan komputer riba, telefon pintar, buku catatan dan zoom meeting. Amboi. 


Inilah set up kelas online ku selama 8 hari.

Aku sengaja letak depan tingkap macam ni. Selain untuk lighting, ini juga adalah salah satu cara untuk memastikan aku rajin iron tudung untuk lebih yakin on camera masa kelas sedang berlangsung.

Mengambil pengajaran dari kelas pertemuan pertama, penting sangat untuk menyiapkan diri dengan set up place yang best (kondusif), dan bersiap pakai lawa-lawa dan make up sikit (untuk sekadar berada di rumah kira lawa lah ehek). Just to embrace seri wajah. Supaya lebih bersemangat dan mind set menjadi lebih bersedia. It works well on me.


Kelas pertama, Kaedah Penyelidikan 1.



Jadual kelas aku packed for 8 days straight. 
Seawal 08:30AM-06:30PM
Ada rehat lah untuk solat, lunch and all.


Lagi yang aku sedari untuk stay sane masa kelas online ini adalah, makanan.
Aku well prepared dengan snacks and candies di area meja aku. Sebab memang kena munch something untuk stay focus. 

Selain itu, buat nota pun boleh tolong kita kekal fokus masa sesi kuliah sedang berlangsung.

Paling best, walaupun aku tidak dapat join aktiviti family aku bersosial and having fun, 
tapi dorang sangat memberi sokongan dengan memastikan aku dapat at least a bit of the moments by sending me foods.


Hantar cake.




Snacks from Kota Marudu.

Another cake hihi.

And I found it cute and feel touched bila Mama akan datang bilik hantar makanan tiba-tiba masa breakfast T_T I love you Mama thank you!. Besyukur betul ada Mama bersama dalam perjalanan ini. Biggest reason to finish strong!

Antara cabaran "kecil" masa sambung master mod eksekutif cuti sekolah ini adalah, kena balance dan bijak curi-curi masa untuk siapkan dua tanggungjawab dalam masa yang sama. 

Kalau waktu sesi persekolahan, siangku membanting tulang di sekolah, malam membakar lampu dinding untuk siapkan assignments kelas master pula.

Waktu cuti sekolah pula, siangku untuk kelas master malamku untuk menanda paper ujian anak-anak sekolahku. Tapi, mostly cuti sekolah ni memang aku luang masa 3/5 dari hidupku seharian dengan hal-hal kelas master. 



Antara assignments yang perlu kami buat adalah, membuat video animasi pengajaran menggunakan apps ZEPETO. 


Hundreds of footages for the project.

See.



Awal-awal tu macam ya Allah mustahilnya boleh siap. Kena buat 5 episod pula!
Last minute juga baru boleh jalan projek ni haha apooo!
Tapi alhamdulillah, boleh disiapkan dengan bergaya. ALHAMDULILLAH!
I AM SO HAPPY!

Ini avatar ku di Zepeto : Wataknya masih Zafirah

Cute kaan? 
Yes, I know! haha

Kursus Pembelajaran Berasaskan Komputer adalah favourite aku, mungkin sebab aku cenderung kepada dunia kreatif aku boleh katakan begitu (ceh). Bab bab video aku suka tapi untuk mengenangkan betapa dia perlukan masa, tenaga dan idea yang tidak berbelah bahagi, aku jadi cikgu jak lah haha!


Selfie dengan gajah siap keh haha!

Semester 1 ini, tiada final exams. Sebab tu rasa macam assignments berlambak. Pertemuan kedua semua pasal group presentations. Apa aku boleh lihat, memang kan kalau cikgu ha sejam tidak cukup kalau bab bab membentang ni. It's interesting sebab guru-guru dalam tu dalam pelbagai bidang, so dapatlah rasa pakai kasut dorang. Best lah!

Lecturers pun best belaka!. I love them all! Kalau ada rezeki mahu ambil gambar sama-sama dengan semua lecturers sem ini.



So far, masih boleh survive dengan master. Sem 1 baru kan?, in shaa Allah Disember 2024 aku dengan kawan-kawan aku habis. Rasa macam ya Allah lamanya lagi! haha tapi kita hadap saja lah. Pengalaman mahal ni (yuran pun mahal eh? haha), jadi tidaklah saya mahu merungut soal lambat atau cepat, trust the process gituu hihi.

Dengan ini (walaupun masih ada sikit lagi assignments kena siapkan), semester 1 berjaya ditumpaskan dengan gagahnya!

Meet some of my new friends!


Kelas Kaedah Penyelidikan 1.


Kumpulan paling last membentang pada kelas paling last haha!
I love the energy of this group, semua ustaz dan ustazah so memang sehati dan sejiwa semuanya!



Gambar kelas terakhir di kelas terakhir hihi.
Kelas Isu-Isu Pendidikan di Malaysia.

And last but not least,
selfie kelas terakhir semester 1 MasterSifu Zafirah:
 1 Semester down, 3 to go!

*pat on the back * You are doing so well Zafirah!
2025 kita baling topi convo okey!

In shaa Allah, amiin.

Doakan perjalan master saya berjaya ke garisan penamat ya!

#Pray4MasterSifuZafirah


Thank you for reading this entry!


Comments

Popular posts from this blog

Clean.

Ain. Ila. Sarah.

26 and it's TMI time!

Before 2021 ends!

Aku&SMATS: Tangki