My PKPDB Update @Tawau.
Assalamualaikum wbt.Hai.
Pejam celik, pejam celik sebulan sudah aku berkurung dalam atap Tawau ini.
Aku ok saja di sini. Aku sangat bijak dalam menghiburkan diri aku sendiri. Asalkan, makan dan minum aku tidak terputus bekalan dan data internet aku tidak kering, aku gembira saja di sini.
Sebulan ini, aku macam biasa, buat hal-hal sekolah. Mengajar atas talian ini kelemahan terbesar aku dalam menempuhi cabaran bidang pendidikan dalam musim-musim pandemik ini. Masa sesi pembelajaran atas talian ini lah aku banyak merasakan diri aku ni kurang betul baktinya dalam mendidik anak-anak bangsa. Aku tidak cukup berupaya sehabis baik. Mungkin.
Tidaklah juga aku nafikan, mengajar dari rumah ini agak rileks dan tawakkal aku lebih sebab anak-anak didik aku tiada depan mata. Tiada lontaran vokal dan emosi diperlukan. Sebagai cikgu baharu, ini kenikmatan bagi aku. Mengajar di sekolah bersua muka itu memenatkan. Tapi, berkesan dan puas. Sedangkan mengajar dan belajar dari rumah ini, tenang tapi menyeksakan jiwa raga sebab sentiasa risau anak-anak didik tidak dapat apa yang mahu aku sampaikan dalam sesi pembelajaran tersebut secara menyeluruh dan berkesan.
Habis jam waktu sekolah dan menghantar segala laporan harian yang dikehendaki,
Aku mulalah mengatur langkah untuk buat aktiviti yang sudah sebulan aku ulang-ulang buat sampaikan kalau aku cakap tidak naik jemu, itu penipuan. Haha.
Tapi aku ok saja.
Aku banyak menahan diri sepanjang PKPDB ini, aku menahan diri dari membeli belah online, menahan diri dari menabur wang sesuka hati, menahan diri dari makan unhealthy food, menahan diri dari banyak tidur dan yang pasti, menahan rindu *insert inro music Menahan Rindu Wany Hasrita here * eh? haha.
Aku berjaya khatam Quran sepanjang PKPDB ini. Ini pencapaian terbesar yang aku tahu, tidak wajar untuk dihebahkan. Tapi, ini blog aku. Nanti aku di masa depan boleh tahu, yang Zafirah PKPDB di Tawau ini tidak lupa Tuhan hehe. Baca doa khatam Quran buat aku nangis-nangis malam tu. Deep betul maksud doa itu. Aku harap, Al Quran tidak akan pernah jemu untuk mendampingi hidup aku dunia dan akhirat.
Aku juga sudah habis baca buku Harry Potter and The Goblet of Fire. Aku suka Harry Potter siri yang ini jika ditanya siri mana yang menjadi kegemaran. Aku menangis bahagian yang sama dalam movie dan bahagia dalam buku. Cedric mati dan dia minta bawa jasadnya kembali kepada ibu bapanya tu, sangat merobek hati.
Oh, aku dalam usaha menghabiskan pembacaan buku Syamail Muhammadiyah. Banyak kali aku jatuh cinta dengan Rasulullah SAW dengan membaca buku ini. Di samping, terngiang-ngiang memori belajar Hadith masa di UPSI dulu. Belajar Takhrij hadis, buat pokok perawi, berkerumun di library cari kitab-kitab hadis untuk kaji jalur perawi, status perawi dan diakhiri dengan kesimpulan status hadis. Syamail Muhammadiyah yang aku baca ini, sudah siap ditakhrij dan dinyatakan perawi-perawi yang terlibat serta status hadis yang ada dalam buku ni. Menjadikan aku sangat menghargai usaha team penulisan buku ini bermula dari usaha Imam At Tirmizi sampailah dia diterjemah, ditakhrij dan lembaran-lembaran yang aku selak satu demi satu saat ini. Semuanya usaha untuk memastikan, apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW itu sampai dengan benar kepada umat manusia.
Selain itu, aku baca buku Q&A Solat yang ditulis oleh Prof. Madya Dr Rozaimi. Aku idoalakan pensyarah aku seorang ini. Bangga betul aku pernah belajar dengan Dr Rozaimi hehe. Sempena Maulidurrasul hari tu, aku habiskan satu sesi ceramah Dr Rozaimi di youtube. Macam dalam kelas beliau rasanya sebab istilah-istilah Hadith yang disebut tidaklah janggal didengar.
PKPDB ini juga, yang positifnya, aku berusaha juga untuk menjadikan setiap hari aku bermanfaat dengan sekecil-kecil perkara. Contohnya, aku buat One Day One Juz challengge, tu yang boleh khatam Quran tu.
Aku buat macam-macam lah jenis challenges, termasuklah challenge jaga makan supaya boleh turunkan berat badan. Alhamdulillah, I lose weight positively. Walaupun belum mencapai tahap berat badan ideal, tapi aku gembira juga dengan penurunan angka di penimbang tu. In shaa Allah, will continue to eat healthy supaya habis PKPDB aku boleh lah makan sesuka semahu ku masa boleh balik Kota Belud nanti yeay!
Aku juga sedar kesihatan dan kecerdasan minda itu seiring dengan kecergasan fizikal. Petang-petang aku akan keluar ke taman depan rumah, jogging at least 3 round. Not everyday, but in a week, never missed to do the outdoor running or walking. The least I can do to keep my mind and body feel better with some fresh air, sun and the view of nature.
Ada masanya juga aku bawa kereta keliling kawasan rumah supaya berputar juga roda kereta aku yang berhujan dan berpanas di luar tu. Kasihan Persona Zafirah :')
Aku juga sudah habiskan drama korea tajuk "Its Okay to Not Be Okay" atau dalam Hangeul namanya "Sa-iko Jiman Gwenchanha". Interesting storyline tapi cheesy dia tahap loya-loya juga bagi aku yang anti cheesy scenes dalam sebarang drama di dunia ini hahah. Nama pun drama kan? what do I expect?. Overall memang sarat dengan moral values terutamanya dalam membuka mata orang ramai mengenai mental health dan menjawab soalan bagi "kenapa kita tidak boleh judge orang lain", lain orang lain saiz kasutnya kan?. Tapi, aku tidaklah boleh kata ini jadi favourite Kdrama aku walaupun it's recommended but still tidak berjaya menambat hati aku untuk sukakannya secara menyeluruh. Aku rasa juga faktor pelakon Ko Munyeong tu adalah pelakon yang pegang watak yang sama jadi antagonis dalam Hwarang kot? LOL.
Ha tiber masuk review kdrama sudah kenapa kan? haha.
Ok lah, itu sahaja. Mahu bagitahu aku betul-betul ok di sini walaupun ada masa macam mahu jerit "aku MAHU BALIK JUMPA MAMA!!!". Amazingly, aku berjaya menahan diri. Aku jerit dalam hati dan hingar dalam telinga aku sahaja. See menahan lagi.
Something I can relate at this very moment:
Sepi, sepi dan sendiri aku benci! (ha emo! lol)
Everything is fine. In shaa Allah. I'll always be. Allah kan ada?.
Till next post, stay healthy everyone!
Comments