Assalamu'alaikum. hi! Hendak aku khabarkan yang bahawa aku ini adalah seorang yang masih samar dalam menetapkan cita-cita nanti mahu jadi apa. Entahlah, barangkali fobia. Pada mulanya, aku sangat mahu jadi doktor dari zaman sekolah rendah lagi bila orang tanya bila besar mahu jadi apa aku akan jawab doktor. Mungkin sebab doktor adalah kerjaya yang popular selain polis, saintis, guru, pilot dan sebagainya, Tidak ku nafi, memang itulah "common reason" kenapa aku mahu jadi doktor. Bila mula masuk sekolah menengah, aku masih setia dengan citi-cita aku mahu jadi doktor itu. Sikit pun aku tidak buka hati aku untuk pandang cita-cita atau kerjaya yang lain, memang doktor lah. Kalau tidak jadi doktor, paling tidak pun mesti dalam bidang sains, jadi guru biologi pun okay!. Masa ni, mula sedar tugas doktor apa, tugas doktor mulia dapat bantu orang. Jadi bertambahlah tekad mahu jadi doktor itu. Tapi, aku tidak sedar satu perkara, kalau mahu jadi doktor kena ada "study e...
Comments