Temuduga Pendidikan Islam UPSI Sesi 2015/2016 dan Kawan Baru :)
Assalamu'alaikum!
hai!
amboi tajuk bukan main panjang haha.
Ni mahu ceritalah pengalaman aku temuduga atau interview atau kalau malas taip orang tulis 'iv' jaa masa 14 Jun 2015(Ahad) di Universiti Malaysia Sabah atau UMS. Detail okay maklumat masa dan tempat, excited letteww.
Hebahan untuk check siapa yang dapat temuduga tu 9 Jun (Rabu). Memang kelam kabut aku dibuatnya untuk buat persediaan, sudahla orang jenis yang belum pernah pegi mana mana temuduga. Itu first time la tu. Habis blog-blog orang aku geledah baca pengalaman, jenis soalan lah bagai masa temuduga.
Temuduga kami mula jam 8.30 am.
Aku dibawa bertolak oleh kakak aku yang drive bersama mama pun turut serta dalam jam 6.30am .
Malam temuduga tu, aku siap siap iron baju, tudung, standby kerongsang segala pin, kasut letak tempat yang mudah dicapai. Malam tu juga aku sibuk la tanya kawan-kawan aku minta tips la, minta kirim doa la, bagi kata2 semangatlah sebab memang rasa cuak tu mula menghantui diri sampai setiap kali mahu lelap mesti terbayang, "macam mana kalau penemuduga tanya macam.ni?, aku mahu jawab macam mana?". Sebelum tidur aku fikir la konon konon mencari jawapan untuk persoalan yang aku reka sendiri tu.
Sampai UMS, mencari tempat temuduga tu pun satu hal juga. Bukan tiada papan tanda,ada tapi tetap susah mahu cari. Namun begitu, kegigihan mencari dengan feeling2 running man cari destinasi untuk buat mission tuu akhirnya kami berjaya menjumpai tempat temuduga itu!yeah! iaitu di Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS. Rupa-rupanya ada satu papan tanda tu yang jatuh sebab angin tiup tu yang susah cari tu. apa apa pun Alhamdulillah, tidak la sampai lewat datang temuduga :)
Mari aku khabarkan, ramai kawan-kawan sekolah aku dapat temuduga ni tapi tidak semua datang pada hari yang sama sebab tarikh temuduga tidak sama lagi pun kursus yang kami dapat berbeza. Hari aku temuduga tu, aku tidak bersendirian. Ada kawan sekolah malah sekelas dengan aku dapat temuduga pada tarikh yang sama dan ada yang dapat kursus yang sama. Lagi la teruja kan datang temuduga sebab dapat buat mini reunion gituuu.
aku, marha dan siti.
Marha dan Siti adalah classmate aku masa STPM. Marha interview untuk Kursus Bahasa Arab UPSI.
Siti pula sama dengan aku, Pendidikan Islam UPSI.
ini Zila dan Siti.
Zila bukan classmate aku masa STPM, dia kelas satu lagi tapi dia dapat temuduga sama dengan aku dan Siti :)
Maka bermula lah cerita pasal temuduga yang pertama kalinya aku hadapi ini.
Begini, sampai saja aku di tempat temuduga tu, boleh nampak ramai orang tapi tidaklah crowded sampai bersesak macam masa ambil ujian MEdSI hari tu. hah? MEdSI ni apa pula?. Nanti aku bagitahu.
Mula-mula tu kami (semua calon temuduga)kena berkumpuldalam satu bilik tu. dalam tu ada lah Encik tu yang memberi arahan suruh buat beratur dalam barisan ikut kursus. Seingat aku masa tu ada kursus Bahasa Inggeris, Sains, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Sejarah,Geografi, Bahasa Arab dan Pendidikan Islam. Lepas buat taklimat sikit tu, kami pun berpecahlah ke bilik temuduga ikut kursus masing-masing.
Untuk pengetahuan anda yang membaca, temuduga untuk Pendidikan Islam UPSI bukan setakat datang temuduga yang kena jawab soalan dari panel penemuduga seperti yang kita sedia maklum tu. Tapiiiii...ha part tapi ni yang kena cerita detail nii..
TAPI,
calon temuduga yang apply Pendidikan Islam, PERLU melalui Ujian Bertulis dan Ujian Lisan Pendidikan Islam terlebih dahulu sebelum ke temuduga yang biasa kita tahu tu.
Perkara ini ada dimaklumkan di slip temuduga yang perlu dibawa untuk temuduga hari tu cuma, kami tidak tahu bentuk soalan ujian tu macam mana sebenarnya sampailah kami melaluinya sendiri. Sebelum ujian tu atau lebih tepat masa tahu ada ujian bertulis dan ujian lisan tu, aku ada la discuss dengan siti agak-agak bentuk soalan yang akan kena tanya. Kami agak, ujian bertulis tu mesti soalan-soalan pasal pendidikan Islam la macam jawab masa sekolah dulu tapi mesti soalan dia tidak susah, mesti dia bagi soalan senang jaa tu. Ada juga naluri aku kata, macam mana kalau dia bagi soalan Bahasa Arab?, macam mana kalau dia suruh buat karangan 300 patah perkataan karangan bahasa arab?macam manaaaa???!.Tapi, aku abaikan naluri aku tu atas sebab "alaah,aku dapat course Pendidikan Islam, bukan Bahasa Arab. Kalau aku dapat b.arab logiklah kena suruh jawab soalan bahasa arab" fuhh angkuh betul aku dalam menyedapkan hati grrr!
Itu tanggapan sebelum melalui ujian bertulis betul betul tuu.
HAKIKATNYA Ujian Bertulis ITU:
dalam 8.30am ujian bermula dengan sedikit briefing dari pihak UPSI lah(mungkin) bagitau yang Ujian Bertulis ni kena buat karangan Bahasa Arab and I was like whaaaaat?! haha tapi aku cover la, mesti berlagak sudah prepare sebab aku tengok yang lain muka cool saja.
Karangan Bahasa Arab mesti buat based on tajuk-tajuk karangan disediakan. Ada lima pilihan tajuk kalau aku tidak silap jadi perlu pilih satu tajuk dari lima tajuk tu dan buat la karangan Bahasa Arab dengan tidak kurang 150 patah perkataan dan jawab dalam masa 45minit. Aku buat jaa la karangan tu dan rajin aku kirapatah perkataan dengan harapan cepatlah sampai 150!, asal nampak satu page kertas tu penuh kira okey la walaupun entah apa la yang aku tulis adoii boleh pening agaknya pemeriksa baca karangan aku buat tu haihhh. Aku Masa ni mula identify bilangan calon temuduga ada berapa,semua ada 11 orang dan, dalam 11 orang tu,hanya seorang lelaki. Kesian dia,mesti dia rasa awkward masa tu.
HAKIKAT Ujian Lisan ITU:
Sejurus siap ujian bertulis, beralih pula ke ujian yang seterusnya. Ujian lisan ini perlu dihadapi secara individu. Seorang demi seorang akan kena panggil masuk dalam bilik tu untuk di uji. Sementara tunggu giliran, kami pun sempatlah study sikit untuk persediaan. Berdasarkan pengalaman kawan-kawan lain yang kami tahu, kalau dapat kursus Pendidikan Islam confirm kena suruh baca ayat-ayat Al Quran dan kena soal tentang hukum tajwid. Kami pun apa lagi, gigih la study hukum tajwid tu walaupun dalam tempoh menunggu giliran kena pangggil untuk di uji.
Calon mula-mula masuk adalah yang lelaki tu, agak lama juga la dia dalam tu sekitar 15 ke 20minit juga la. Lepas kawan kami tu keluar dari bilik tu (amboi jadi kawan sudah haha) terus kami serbu dia tanya apa kena soal. dan dia jawab:
-Kena suruh baca ayat Al Quran(tidak kisah,mahu bertarannum pun boleh kalau mahu)
-Hurai hukum tajwid dalam potongan ayat yang ditentukan oleh pihak yang menyoal.
-Kena jawab soalan pasal diri sendiri dalam bahasa arab!
-Baca teks bahasa arab tanpa baris.
tunggu punya tunggu, sampailah giliran aku.
aku masuk bagi salam. lepastu ada dua orang yang menilai masa tu dan dua dua lelaki.
aku pun masuk dengan sennyuman membawa seribu satu keyakinan ewahh. Aku duduk tanpa memberikan folder dokumen-dokumen aku bawa tu kepada penilai tu lepas penilai tuminta baru aku bangun balik dan bagi haishhh. ini kesilapan besar juga ya anak-anak walaupun pemilai tu nampak senyum-senyum, gelak-gelak tapi kita tidak tahu, mungkin dia potong markah protokol kah apa kan kita tidak tahu. please alert benda ni, jangan buat kesilapan yang nampak kecil macam yang makcik ni buat ya!
kronologi soalan memang sama macam yang kawan mula-mula tu cakap.
Aku banyak tersangkut-sangkut masa kena jawab dalam bahasa arab tu la, perasaan aku masa tu macam "cepatlaaa habis cepatlahhh!" aku ni amat tidak cemerlang dalam berkomunikasi dalam bahasa arab dan amat fakir dalam vocabulary bahasa arab. Hal ini buat aku mahu lari jauh jauh dari bahasa arab walaupun hakikatnya tidak baik bertindak begitu sebab bahasa arab kan bahasa Al Quran jadi mana mungkin aku dapat lari. kalau dapat lari pun,sampai bila mahu lari? Ada jaa perasaan mahu fasih berbahasa arab tapi, aku masih rasa bahasa arab tu susah hm :(
Habis aku ujian lisan tu, aku terus rasa lega sebab tinggal fokus untuk temuduga betul betul macam yang semua orang sedia maklum tu. Habis temuduga tinggal tawakkal sajalah.
okey settle cerita ujian bertulis dan ujian lisan. dalam jam 12pm lebih juga la selesai ujian lisan tu.
Aku pula, lepas siap aku ujian lisan, tidak lama lepastu mama call bagitau yang dorang diluar tunggu aku bawa makan tengahari. serius lapar rupa-rupanya masa tu.
Lepas makan tengahari, kakak aku bawa la pegi UMS lagi sebab jam 2.30pm ada temuduga pula. Temuduga yang betul betul macam semua orang hadapi.
Aku bersama mereka untuk solat zuhur, dan sesi berkenalan dengan kawan baru pun bermula. Sebenarnya, masa ujian lisan dan ujian bertulis tu ada juga berkenalan, tanya asal mana, sekolah mana, ambil STPM atau STAM kah?. Tapi, ya semua pun masa tu masing masing layan rasa cuak untuk menghadapi ujian-ujian tu jadi kenal kenal macam tu ja la lepastu buat kerja sendiri.. Study sendiri. ada juga bincang tapi tetap boleh kata masih tidak bermesra sangat lagi masa tu.
Lepas habis ujian lisan dan ujian bertulis tu maka bermula lah perkenalan secara happening antara calon-calon temuduga Pendidikan Islam UPSI. Entahlah, cepat jaa mesra dengan mereka ni. Macam sekelip mata boleh rasa rapat. Sebab semua friendly. At least itu boleh buat aku rasa selesa la. Ada juga kawan bercerita untuk melupakan rasa nervous untuk menghadapi temuduga jam 2.30pm tu.
Siap solat, maka aktiviti bergambar tidak asing ya bagi mereka yang baru kenal ni.
Iffahani,Siti dan Juana
mereka juga. Iffahani@Paniey dan Juana ni orang Sarawak. Tinggal di Lawas. Dorang sepatutnya interview di UNIMAS tapi, kata mereka,tempoh dan jarak untuk ke UNIMAS adalah lebih lama jika dibandingkan datang Kota Kinabalu dari Lawas. Sebab tu dorang decide datang interview di UMS. Friendly tau dorang ni.
makcik, Zila, Najihah, Juana dan Iffahani.
Najihah satu satunya dalam geng temu duga tu yang ambil STAM dan umur pun baru 19 tapi tetap geng macam biasa juga tidak rasa jangggal di mana mana kalau bercerita.
Masa ni Najihah pula yang ambil gambar hihii.
Dalam slip ada dinyatakan yang calon mesti ada di tempat temuduga tu 30 minit awal dari masa temuduga. Tapi kejadiannya kepada calon-calon yang baru berkenalan ini ter-over dalam aktiviti selfie sana sini sehinggakan calon-calon lain sudah berkumpul dalam bilik taklimat tu. Kami pun.masuk saja la dalam keadaan yang segan silu mahu masuk sebab orang suda ramai. Namun, kami gagahi jua untuk masuk sebab tidak sabar mahu habis cepat rasa cuak yang menghimpit dada dan fikiran masa tu ewaaahh.
Kami kena bagi satu borang tu yang telah tersedia nama dan maklumat diri kita termasuk keputusan STPM ada dalam tu.. Kami hanya perlu 'tick' kan saja di bahagian yang sepatutnya seperti, dia bagi pilihan jenis kecacatan. Kalau tiada tick (tiada) lah dan begitu juga lah sebaliknya. Borang tu pula kena bawa masuk dalam bilik interview tu dan bagi dengan tu penemuduga.
ini mereka dalam bilik menunggu tu. sempat jugawefie ya dorang masa tu. Aku pula duduk jauh di seberang sana sebab bilik temuduga aku tidak sama dengan bilik temuduga dorang.
Kena panggil untuk di temuduga tu tunggu giliran juga. Tapi mungkin disebab kan masa tu sudah petang jadi tidak ikut urutan nama, maksudnya siapa mahu masuk boleh masuk dalam bilik temuduga dan yang pasti mesti maksimum tiga orang sekali masuk dallm bilik temuduga tu.
Di kesempatan itu juga aku sempat la bertegur sapa dan berbalas senyuman dengan calon-calon yang sama bilik temuduga dengan aku. Ada yang ambil geografi, sejarah dan bahasa arab. Maksudnya, dalam temuduga ini, tidak ikut kursus yang khusus. Dalam satu temuduga tu dia random kursus apa sekali pun boleh masuk. Hari tu aku temuduga sama sama dengan seorang yang berusia 19thn dan ambil STAM dan bernama Hajar. Dia dapat kursus Bahasa Arab.
Kawan aku temuduga tu padu betul persiapan dia aku tengok sebab sebelum masuk dalam bilik temuduga tu kami di bilik menunggu tau dengan calon-calon yang lain sementara tunggu giliran. Jadi, dalam bilik menunggu tu ada satu orang Encik tu kira macam pegawai dalam Unit Kemasukan UPSI (boleh jadi pensyarah juga entah aku pun tidak pasti), Encik tu bawa la kami bercerita dan ada juga la dia test calon yang ambil bahasa arab untuk cakap Arab. Yang dapat kursus pendidikan Islam pun tidak terlepas dari di uji kena suruh cakap dalam Arab haihh.. Tapi aku diam saja selagi Encik tu tidak tanya aku, aku diam ja la.. Bagus aku baca Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam Kebangsaan sementara Encik tu buat pre-interview kepada calon-calon di ruang menunggu tu.
Masa tu juga la aku nampak kawan aku sama sama masuk bilik interview tu persiapan dia cukup rapi. Dia boleh jawab dengan fasih soalan Encik tu dengan baik sekali. Encik tu minta translate ayat BM ke B.arab pun dia mampu. Hebat tidak hebat?. Aku teguk air liur jak la tengok dia masa tu. Kagum!.
Tiba saja turn aku dan Hajar. Kami pun masuk la. Masa tu juga aku sudah la sesi suai kenal dengan Hajar jadi tidak la rasa awkward sangat bila di bilik interview tu nanti heee :)
Mula mula hajar yang masuk dan diikuti aku di belakang. Ada seorang penemuduga wanita dalam bilik tu dan ada 3 buah kerusi yang jaraknya boleh aku kata agak jauh dari meja penemuduga tu. Cik(atau puan aku pun tidak tahu status sebenarnya aku guna jaa Cik hihi) tu suruh aku tunggu dekat kerusi dekat pintu tu. Sementara tu Hajar sudah di depan bagi folder dokumen dan jawab ujian buta warna rupanya. Selesai Hajar jawab soalan ujian buta warna tu Hajar pun duduk dan tiba la giliran aku.
Ujian buta warna tidak la susah pun. Ok la boleh jawab. Lepastu aku bagi folder dokumen dan aku pun duduk la sebelah dengan Hajar di selangi sebuah kerusi di tengah antara aku dan Hajar.
Penemuduga tu mula mula suruh aku cakap pasal diri sendiri dan background keluarga. Masa tu aku risau kalau penemuduga tu sekali lagi suruh aku cakap arab mentang-mentang B.arab dan Pendidikan Islam amat sinonim kann. Tapi tidak pun sebab aku awal-awal bagitahu kami yang dapat kursus Pendidikan Islam sudah buat ujian lisan dan bertulis masa sebelah pagi hihi jadi Cik tu suruh cakap dalam English phewww~. Hajar pula kena suruh cakap Arab.
Lepas cakap English cerita pasal diri sendiri dan pasal keluarga tu, penemuduga tu tanya pendapat. Antara soalan yang Cik tu tanya:
- Sekarang, orang lebih pandang tinggi orang yang ambil Bidang Sains berbanding Bidang Seni. Apa pendapat kamu?.
-- aku pula jawab la macam-macam, asal bercakap kann. Haha
- Cik tu bagi situasi, dan dia minta pendapat, ada seorang pelajar yang cenderung minat seni tapi ibu bapa suruh belajar bidang sains dan pelajar tu tidak bermasalah juga untuk dalam pelajaran sains. Jika kamu pelajar itu, adakah kamu akan ikut pilihan ibu bapa atau ikut kecenderungan minat kamu?
-- aku jawab, saya akan ikut pilihan ibu bapa saya jika itu buat mereka gembira. Tambahan pula, jika benar saya ada kecenderungan minat dan bakat dalam seni, saya akan menggunakan kebolehan itu dalam pembelajaran bidang sains saya. Lagi pun, sains dan seni boleh nampak perkaitannya. Untuk lukis struktur organisma perlu seni juga. Lukis gambar rajah pun perlu seni juga. blablabla.. (lebih kurang macam tu laa aku jawab haha)
- Di sekolah pernah pegang sebarang jawatan?
- Pernah rasa terbeban dengan tugasan?
-Macam mana kamu mengurus stress semasa menjalankan tugas tu?
dan terakhir(sambil belek sijil-sijil dalan folder)
- Kamu pernah menyertai pertandingan Pesta Pantun kan?, nak dengar baca pantun sikit.Tapi saya tak nak beli la sebab saye tak pandai berpantun.
-- dalam hati aku cakap alamak! tidak sedia pantun!. Cik tu cakap "pantun apa-apa je, pantun kanak-kanak pun boleh", aku pun pantun buah cempedak di luar pagar jaa yang popped up dalam kepala aku masa tu.. dan aku pun berpantun laa hahaha.
*tamat temuduga*, aku dengan Hajar pegi la ambil folder kami dan salam dengan Cik penemuduga yang manis manis kecik molek tuuuu.
Fuwhhh! legaa! temuduga TAMAT! yayyyy!
Habis saja temuduga, balik rumah terus buat grup whatsapp berahlikan calon-calon Interview Pendidikan Islam UPSI yang 10 orang muslimah tuu. yang lelaki tu,namanya pun aku tidak tahu kekeke.
aku tahu, kata 10 orang muslimah, habis tu kenapa asyik gambar orang yang sama saja?. Sebab, yang lain seperti Ummu, Shafiqah, Lala dan Amirah tidak bersama dengan kami masa kamu sakan ambil gambar tu. Tapi tidak apa, yang penting dapat berhubung dengan baik sekali melalui grup whatsapp yang serba happening ituuu hewheww.
Itu sajalah pengalaman temuduga yang aku mampu cerita.
Alhamdulillah,temuduga itu berjaya kami lalui bersama!
Cuak-ness aku hadapai bersama mereka!
Bila aku fikir balik, pertemuan ini sangat bermakna. Kawan bertambah. Ukhuwwah terjalin. Rasa sayang dengan kawan tu sungguh subhanaAllah! cantik betul aturan Allah dalam pertemuan ini.
Terima kasih sebab muncul dalam hidup aku kawan-kawan! marilah kita berkawan sampai syurga!
Nanti, walau apa pun keputusan temuduga tu, kita terima dengan redha ya?
sekarang kita hanya mampu berdoa dan bertawakkal :)
in shaa Allah semoga dapat berjumpa lagi!
Comments