Lagu Nama-nama Kitab | Pendidikan Islam Tingkatan 2 (KSSM) tajuk: Panduan daripada Allah.
Assalamualaikum wbt.
Masa praktikum, sambil relief kelas ligat fikir BBM untuk tajuk Panduan daripada Allah, Tingkatan 2.
3 aspek penting, nama-nama kitab, Nabi-nabi yang menerima kitab dan bahasa-bahasa kitab.
Melodi Burung Kakak Tua sejurus habis tengok ig story Kak Tika pasal kenal huruf guna melodi lagu yang sama.
Sambil relief kelas sambil menarikan pen atas buku susun perkataan sambil humming sendiri-sendiri kejadian lagu ini (dengan harapan anak-anak kelas masa tu tidak perasan eh ustazah ni kenapa? haha).
Lagu siap, tapi mahu jadikan ke MP3 macam mana?,
whatsapp Fitri Badri , bagitahu tolong nyanyikan. Hantar lirik dan bagitahu melodi. Macam makan kacang pis, Piteri nyanyilah dan voila!.
Lagu ini tidak sempat dipersembahkan pun kepada anak-anak yang menjadi saksi kehambaran kelas ustazafirah pada kebanyakan masa (alamak). Tapi, silibus tetap habis ok sebelum PAT itu hari hiks.
Semoga bermanfaat hendaknya
Comments