Aku&SMATS: Tangki
Assalamu'alaikum. ok, sekarang in mood mahu tulis pasal aktiviti yang paling common dan paling menjadi kemestian bagi pelajar-pelajar sekolah aku yang bergelar budak SPM! iaitu........... menawan tangki sekolah! amboihh! siap ada anak panah ok untuk menunjukkan tangki tu. Hendak dijadikan cerita pada zaman dahulu kala tinggallah dua orang budak SPM yang tidak mahu pulang ke rumah sejurus habis peperiksaan Biology kertas tiga hari selasa (27.Nov.2012). Mereka sengaja untuk tidak mahu balik sebab konon-konon tidak mahu missed saat-saat terakhir di asrama.Dalam keadaan itu, dua orang budak itu tinggallah berdua-duaan dalam dorm mereka manakala roommates yang lain sudah balik rumah masing-masing. Pada malamnya, dua orang budak tadi tu sempatlah juga singgah bilik TV lepas mandi untuk tengok apa movie yang ditonton oleh kawan-kawan yang turut tidak balik bermalam di rumah masa tu, dan mereka tengok cerita ni... A Crazy Little Thing Called Love ...
Comments