Jumpa Dayang untuk Fantastic Beasts 2.


Assalamualaikum wbt. Hey!

16 November 2018, Jumaat.

Kami plan sudah lama. Kami juga lama tidak jumpa. Sangat lama. .Kami sama-sama menanti Fantastic Beasts 2 untuk ditayangkan sama-sama dan saling berkongsi keterujaan yang sama,

Plan, Plan. Plan dan akhirnya alhamdulillah, pada tarikh tertera di atas, berjumpalah seorang Zafirah dan kawan baiknya semasa tingkatan 6 yang bernama Siti Nasihah Jasni juga dikenali sebagai Dayang.

Saya amat menyayangi Dayang dan amat meyakini semua orang yang mengenali Dayang memounyai perasaan yang sama. Sayang dan sangat menghargai perkenalan malah persahabatan ini.

Alhamdulillah, terima kasih Tuhan untuk mengatur pertemuan dengan Dayang dari totally stranger kepada merindui bila lama tidak bertemu.

Teringat masa jumpa hari tu, mahu bergema satu Centre Point Sabah tu oleh teriakan teruja kami sambil berlari berpelukan. Orang lain pandang-pandang. Maaf kerana tidak menghormati hak orang awam ketika itu, tapi kami betul-betul lama tidak berjumpa. Fahamkan perasaannya?.

Ini aku persembahkan video yang dibuat Dayang seharian bersama meluang masa. Aku seorang sahaja mahu berpuluh kali ulang video yang sama hahah.



So ini juga beberapa gambar bersama Dayang aku sajikan untuk tatapan aku dikemudian hari dan ada juga aku ceritakan kepada diri aku nanti, yang aku punya kawan bernama Dayang dan aku amat mengasihi beliau.

Terima kasih Dayang sudi luangkan masa. Semoga kita mempunyai jodoh kuat untuk berjumpa lagi. Semoga terus cekal dan tabah mengharungi apa pun badai ujian kehidupan yang melanda. Kita pasti boleh menghadapinya. In shaa Allah. Aku doakan hanya yang terbaik untukmu.

Yang sayang,
Zafirah Ripin.


Comments

Dayang! :) said…
Saya pun sayang! ♥️😊🤲✨

Popular posts from this blog

Clean.

Ain. Ila. Sarah.

26 and it's TMI time!

Before 2021 ends!

Aku&SMATS: Tangki