Cerita Cita-cita
Assalamu'alaikum. hi!
Hendak aku khabarkan yang bahawa aku ini adalah seorang yang masih samar dalam menetapkan cita-cita nanti mahu jadi apa. Entahlah, barangkali fobia.
Pada mulanya, aku sangat mahu jadi doktor dari zaman sekolah rendah lagi bila orang tanya bila besar mahu jadi apa aku akan jawab doktor. Mungkin sebab doktor adalah kerjaya yang popular selain polis, saintis, guru, pilot dan sebagainya, Tidak ku nafi, memang itulah "common reason" kenapa aku mahu jadi doktor.
Bila mula masuk sekolah menengah, aku masih setia dengan citi-cita aku mahu jadi doktor itu. Sikit pun aku tidak buka hati aku untuk pandang cita-cita atau kerjaya yang lain, memang doktor lah. Kalau tidak jadi doktor, paling tidak pun mesti dalam bidang sains, jadi guru biologi pun okay!. Masa ni, mula sedar tugas doktor apa, tugas doktor mulia dapat bantu orang. Jadi bertambahlah tekad mahu jadi doktor itu.
Tapi, aku tidak sedar satu perkara, kalau mahu jadi doktor kena ada "study effort" yang luar biasa. Aku leka soal itu. Mahu jadi doktor tapi "effort" tidak segigih + setinggi gahnya cita-cita aku itu dan aku lambat mempunyai kesedaran itu sampailah habis SPM.
Bila dapat tahu result, then I realised yang doktor bukan jalan cita-cita aku sekarang. Aku kena ubah jalan cita-cita aku ke arah yang bukan sains. bukan doktor dan seangkatan dengannya. Kecewa. Walaupun dapat tawaran sambung tingkatan enam dalam aliran sains tapi diri dan hati aku tetap kata tidak untuk sains. Takut. Aku tidak mahu ambil risko mempertaruhkan masa depan aku untuk sesuatu yang aku dapat agak aku tidak mampu. Jadi, biarlah aku membuka lembaran baru bagi melakar cita-cita baru.
Sejak result SPM keluar, hati aku tutup litup untuk sains. Aku merancang cita-cita baru "entitle"- Ustazah. Ya, ambil STPM dalam aliran agama yang mengandungi matapelajaran- Bahasa Arab, Syariah dan Usuluddin serta Pengajian Am :)
Sekarang, STPM telah selesai ditempuhi. Tinggal tunggu "final result" saja lagi yang akan keluar 8 April 2015 nanti. Sekarang musim-musim pelajar lepasan SPM dan STPM isi UPU.
Akan bermasalah isi UPU kalau cita-cita sendiri aku tidak tahu. Sebelum isi UPU, aku mula dalam dilema mahu "decide" cita-cita aku apa. Sejujurnya, aku pernah buat andaian asal STPM mesti "end up with" jadi guru. Tapi pada aku, aku rasa mahu jadi selain daripada guru. Bukan mahu "underestimate" tugas guru, tidak!. Aku amat mengagumi kerjaya guru, guru adalah pekerjaan yang mulia. Tambahan pula, bila aku tengok guru-guru, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang pernah ajar aku masa sekolah, mereka sangat inspiring! aku pun mahu jadi macam mereka!. Sumbangan kepada masyarakat itu boleh nampak sedangkan memang itulah matlamat aku untuk mencapai definisi berjaya bagi aku iaitu " orang yang berjaya adalah mereka yang dapat menyumbang kembali kepada masyarakat, agama dan negara. Bukan dengan mendapat keputusan yang cemerlang semata-mata."
Bila fikir balik, guru saja kah yang mampu menyumbang kembali kepada massyarakat, agama dan negara?. kerjaya yang lain pun boleh. Cuma aku ini amat tidak terdedah dengan pengetahuan bidang-bidang kerjaya yang lain. Sebahagian daripada diri aku kata mahu jdai guru dan sebahagian lagi kata mahu jadi lain dari guru. Aku ini, sekejap mahu jadi guru, sekejap mahu jadi pegawai faraid. sekejap mahu jadi pegawai Tabung Haji haihh nampak sangat tidak tetap pendirian di situ. Aku tidak tahu macam mana mahu jadi semua itu.
Itu untuk kerjaya, bicara soal mahu masuk universiti mana pun satu hal juga. Memang kalau isi UPU mesti pening eh?.
Tapi, setelah mendapat nasihat dari guru kaunseling, pendapat ibu bapa dan keluarga juga rakan-rakan serta berpandukan tips mengisi UPU yang cikgu beritahu, maka Alhamdulillah, UPU aku telah aku "settle-kan" dan itu setidak-tidaknya menunjukkan yang aku sudah tahu cita-cita aku apa dan jalan aku itu terpandu. Tapi, aku tetap meyakini rancangan Allah adalah yang terbaik. Macam mana pun keputusan UPU nanti, in shaa Allah aku akan menerima dengan penuh redha.
Belajar lah, jadi lah apa pun nanti yang penting niat belajar dan kerja itu sentiasa betul dan lurus Lillahi ta'ala.
Teringat pesan cikgu, "kita belajar bukan untuk cari kerja tapi untuk cari ilmu". Niat belajar tu kena sentiasa betul. Mesti berusaha sungguh-sungguh untuk dapat ilmu. Bila sudah usaha, "let Allah done the rest!".
Rezeki, ajal, maut, jodoh, pertemuan semua Allah yang atur. Tidak perlu susah hati, rahmat Allah itu luas. Bila kita yakin rancangan Allah iitu adalah yang terbaik, tiada sebab untuk rasa kecewa kan?.
Kita merancang, Allah juga merancang. Allah kasih, Allah sayang kepada hamba-hambaNya yang berusaha. Semoga sepanjang perjalanan kita melangkah menjalani hidup di dunia ini tidak lari dari jalan menuju redhaNya.
"Bismillahirrahmannirrahim, Ya Rabb. Whatever plans I have in mind, Allah I surrender them to You. I will do the best I can but in the end, let Your will be done. Ameen!
Semoga Allah mempermudahkan segala!
All the best!
Comments