Posts

Showing posts from January, 2015

28

Image
Bismillah. Salamu'alaikum wbt :) 28- Dua puluh lapan. kami berkongsi angka itu. 28- Dua puluh lapan. Menggenapkan usianya. 28- Dua puluh lapan. Januari ini. Hari ini. Genaplah dia dalam usia dua puluh. 28- Dua puluh lapan. Istimewa baginya. Dua puluh, lapan. Semoga impian menjadi kenyataan. Semoga yang baik-baik sahaja di hadapan. Semoga langkah terus gagah mencapai sasaran. Semoga dunia dan akhirat beroleh kejayaan. Semoga sentiasa dalam naungan rahmat Tuhan. Semoga tidak lupa dari siapa datangnya insan dan kepada siapa pulangnya insan. Terbanglah impian, terbanglah tinggi mencapai awan, setibanya di atas nanti, sematkan aku dalam ingatan. Sungguh, ada yang sangat bersyukur menjadi salah satu dari warna kehidupan. Kehidupan insan. Insan bernama, Haryani. Selamat ulang tahun Yan.

Aku dan cuti

Image
Bismillah. Salam'alaikum! Aku isi waktu cuti aku dengan buang masa. Kualiti penggunaan waktu itu aku tidak rasa. Lebih banyak melakukan perkara yang sia-sia. Lebih rela tidak membuat apa-apa. Sanggup bersengkang mata dan meluangkan masa "scroll-up" perbualan Whatsapp, membaca momen WeChat, "scrolldown" timeline Facebook dan twitter serta menonton video di You Tube. Semuanya lagha. Semuanya buat aku jarang bersemuka menyelak lembaran Kitab-Nya. Semuanya buat aku menangguh amanah dan tanggungjawab aku sebagai hamba-Nya. Semuanya buat aku jumud melakukan perkara berfaedah mengisi minda. Semuanya buat aku pasif dalam menjenguk memerhatikan keadaan dunia. Semuanya buat aku gagal menjadi seorang remaja yang luar biasa. Semuanya buat aku sering lupa dan terleka akan hakikat aku ini punya Pencipta yang menanti aku untuk kembali padaNya. Aku ini hamba Allah. Bukan hamba teknologi semasa! Tuhan pinjamkan aku nikmat, tapi untuk apa aku gunakan nikmat-n...

Luah atau pendam?

Image
Bismillahirrahmannirrohiim. Salam'alaikum! Hai! Lumrah manusia untuk meminati seseorang. Fitrah ingin mencintai dan dicintai itu tidak dapat dinafikan sebab perasaan itu secara realistiknya wujud dalam diri setiap insan. Cuma, lain orang, lain cara untuk urus fitrah itu sama ada terus memanjakan perasaan lantas memilih untuk berpasangan(atau ber-couple) atau, tahan. pendam. Aku bukan mahu menyatakan yang aku ini cukup baik berkata soal ini atas sebab aku merupakan seorang yang anti benda-benda couple, gf, bf semua ni (dengan harapan Allah kuatkan hati untuk terus tegas dengan prinsip aku ni, in shaa Allah, amiin). Macam yang aku cakap tadi la, suka suka, minat minat someone ni is actually normal bagi golongan remaja yang fresh baru mahu tahu menikmati kehidupan. Gelora hati keremajaan itu hebat. Termasuk aku yang berhadapan dengan perasaan macam tu. Tipulah kan kalau tidak "adore" or "admire" someone kan? susah mahu cari yang tenang dalam berhadapan situ...

mau update blog tapi malasssss!

Bismillah. Assalamu'alaikum! saya dalam usaha mengumpul semangat untuk update blog pasal final semester STPM 2013-2014! tapi malas masih menguasai diri! tolonglah rajin!!