Aku dan cuti

Bismillah.
Salam'alaikum!
Aku isi waktu cuti aku dengan buang masa.
Kualiti penggunaan waktu itu aku tidak rasa.
Lebih banyak melakukan perkara yang sia-sia.
Lebih rela tidak membuat apa-apa.
Sanggup bersengkang mata dan meluangkan masa
"scroll-up" perbualan Whatsapp,
membaca momen WeChat,
"scrolldown" timeline Facebook dan twitter
serta menonton video di You Tube.
Semuanya lagha.
Semuanya buat aku jarang bersemuka menyelak lembaran Kitab-Nya.
Semuanya buat aku menangguh amanah dan tanggungjawab aku sebagai hamba-Nya.
Semuanya buat aku jumud melakukan perkara berfaedah mengisi minda.
Semuanya buat aku pasif dalam menjenguk memerhatikan keadaan dunia.
Semuanya buat aku gagal menjadi seorang remaja yang luar biasa.
Semuanya buat aku sering lupa dan terleka akan hakikat aku ini punya Pencipta yang menanti aku untuk kembali padaNya.
Aku ini hamba Allah.
Bukan hamba teknologi semasa!
Tuhan pinjamkan aku nikmat,
tapi untuk apa aku gunakan nikmat-nikmat ini?.
Sungguh aku zalim.
Zalim pada diriku.
Sungguh aku leka.
Leka dengan duniaku.
Sungguh aku alpa.
Alpa dari mengingati matiku.
Sungguh aku lupa.
Lupa dengan nasib akhiratku.
Sungguh aku malu.
Malu dengan keadaan imanku.
Sungguh aku jauh.
Jauh dari Tuhanku.
Terlambatkah aku untuk memperbetulkan nawaitu?
Aku mahu kembali.
Kembali pada Tuhanku.
Tuhanku Allah.
Allah yang satu.


Comments

Popular posts from this blog

Clean.

Ain. Ila. Sarah.

26 and it's TMI time!

Before 2021 ends!

Aku&SMATS: Tangki