Luah atau pendam?

Bismillahirrahmannirrohiim.

Salam'alaikum!

Hai!

Lumrah manusia untuk meminati seseorang.

Fitrah ingin mencintai dan dicintai itu tidak dapat dinafikan sebab perasaan itu secara realistiknya wujud dalam diri setiap insan.

Cuma, lain orang, lain cara untuk urus fitrah itu sama ada terus memanjakan perasaan lantas memilih untuk berpasangan(atau ber-couple) atau, tahan. pendam.

Aku bukan mahu menyatakan yang aku ini cukup baik berkata soal ini atas sebab aku merupakan seorang yang anti benda-benda couple, gf, bf semua ni (dengan harapan Allah kuatkan hati untuk terus tegas dengan prinsip aku ni, in shaa Allah, amiin).

Macam yang aku cakap tadi la, suka suka, minat minat someone ni is actually normal bagi golongan remaja yang fresh baru mahu tahu menikmati kehidupan. Gelora hati keremajaan itu hebat. Termasuk aku yang berhadapan dengan perasaan macam tu. Tipulah kan kalau tidak "adore" or "admire" someone kan?

susah mahu cari yang tenang dalam berhadapan situasi macam ni, tidak kurang yang tewas pun ramai juga sebenarnya.

in certain level(bagi aku la, ya semua yang aku tulis adalah dari sudut pandangan aku bukan mau berlagak hebat dan menyindir ya!),
aku rasa macam, "I need to do something with this feeling". Tapi, mahu luah malu, jika disimpan sampai bila?.

Aku tidak tahula kalau orang lain pernah rasa macam yang aku rasa tapi, itulah yang aku rasa.

Satu hari tu, aku scroll down news feed FB dan terbaca post MTAS pasal "Perigi Cari Timba"(boleh jump into Mr The All Shared channel on YouTube).

Lepas tengok video tu, aku terfikir la, why not aku cuba untuk jadi perigi dan meluah kepada timba persis yang macam video tu cakap haha.

Aku cuba la mengada-ngada "propose" seorang lelaki(yang aku tidak berani mengakui aku minat dia)bawa serius into a relationship yang bernawaitukan ke jinjang pelamin.

tapi, lelaki ni respon macam timba tolak perigi.

sedih :( haha tidak tidak. tidak sedih pun.

Sebenarnya, proposal tu tidak berapa mahu serius, aku cuma nekad masa tu saja atas dorongan video MTAS tu hihi, lepas aku propose terus rasa menyesal pula, malu weyh! haha.

tapi, orang aku propose tu kawan aku juga dan aku rasa dia tahu aku ni memang pandai datang idea gila gila haaa, jadi bila dia faham, mungkin dia tahu la aku tidak waras masa tu whahaha.

Tapi, ketahuilah, lepas saja aku buat macam tu, aku belajar satu perkara iaitu;
Tidak semestinya kalau kita minat atau suka dengan seseorang kita kena luah, kita kena simpan dan pendam juga dia dalam hati untuk menghindar daripada perasaan kecewa bila orang yang kita minat itu pilih orang lain.

Ya, dalam Islam memang tiada istilah perigi cari timba sebab perempuan pinang atau lamar lelaki ni tidak asing dalam pengetahuan kita tentang sejarah Rasulullah yang di lamar oleh isterinya Khadijah kan?. Cuma kita kena nilai diri kita ni betul betul dari sudut kemampuan, keperluan, keizinan ibu bapa, restu mereka dan ahli keluarga, semua tu kita kena ambil kira sebelum bertindak. Islam ajar kita dengan baik sekali dalam setiap permasalah hidup kita ini, no worry kita ada panduan!.

Kesimpulannya,

pendam lagi elok dalam soal minat-minat ni. Sebab orang yang kita minat tu belum tentu adalah yang terbaik untuk kita, belum tentu dia adalah jodoh kita. No!, tiada jaminan untuk semua itu.

Jadi, kalau orang tanya, siapa "crush" kau?, jawablah dengan sopan santun, "crush saya susah mahu nampak tapi dia ada, dalam hati"*sambil senyum gedik* haha. Hey! nama pun "crush" it supposed to be secret la kan?, mahu tanya siapa pasal apa?, mahu bagi tahu seantero dunia pasal apa?. Diam cukuplah. Remember, "if it meant to be it will be. And what ever happens, hold on to The One up there"-Header Blog Dena Bahrin. Sebenarnya jika kita yakin dan percaya akan perancangan Allah itu adalah yang terbaik, tiada sebab untuk kita rasa kecewa. Cermin diri dulu lah kan?. Alah, yakin saja dengan surah An Nur ayat 26 tu. Janji Allah itu pasti!.

Saya ulangi, saya menulis sekadar apa yang terlintas di fikiran dan perasaan. Jika rasa "annoyed" di mana mana saya minta maaf. Dan, gambar di bawah cukup jelas tentang mesej yang cuba saya sampaikan. All the best dalam mujahadah mengurus fitrah!

Comments

Popular posts from this blog

Clean.

Ain. Ila. Sarah.

26 and it's TMI time!

Before 2021 ends!

Aku&SMATS: Tangki