Bertindak Biar Bijak
Assalamu’alaikum.
Berfikir sebelum bertindak.
Berfikir sebelum bercakap.
Berfikir sebelum membuat keputusan.
Kalau buat sesuatu tanpa berfikir maka penyesalan
menanti di pengakhiran sekiranya berlaku sesuatu yang anda tidak inginkan
disebabkan oleh kesan ketidakbijasanaan anda dalam bertindak, bercakap dan
membuat keputusan.
Contoh kurang bijak dalam bertindak:
letak nama sendiri pada barangan yang dilarang di bawa ke sekolah.
macam cari nahas kalau kedapatan oleh pengawas, senang mahu cari pemilik.
contoh lain:
buat peraturan kelas
"PASTIKAN TELEFON BIMBIT ANDA SENTIASA DALAM KEADAAN MODE SENYAP "SILENT MODE"
pun cari nahas kalau guru-guru baca.
*ketuk kepala guna tutup belanga, panggggg!*
obvious sangat satu kelas sepakat bawa handphone ke sekolah. sangat kurang bijak!.
contoh tidak berfikir sebelum bercakap dan membuat kesimpulan sendiri:
sedang kau siap makan dan hendak cuci tray di dewan makan, kau nampak banyak tray tidak bercuci. kau marah sebab pelajar apa ini tidak bertanggungjawab!, ini kah perempuan?. kau bercakap tanpa kau memerhati persekitaran dan cuaca, rupa-rupanya hujan. tidak lama selepas kau melepaskan marah melalui lisan itu, ramai pula pelajar yang berlari-lari ke arah sinki untuk menuntut tray-tray yang tidak bercuci itu lalu dicuci. Rupa-rupanya mereka berlari masuk ke asrama sejurus terdengar guruh di langit dan hujan turun untuk menyelamatkan pakaian mereka di ampaian dari basah disebabkan hujan.
Tertampar.
kau sepatutnya fikir dan bertindak dengan rasional.
Ingat,
kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata?, buruk padahnya.
sekian dari orang yang bertindak kurang bijak seperti situasi di atas.
Comments