Aku&SMATS: Sambutan hari guru yang paling awesome!



Assalamu’alaikum.

Aku percaya sekarang ni masih ada yang buat sambutan hari guru disekolah-sekolah yang tidak pada tarikh hari guru yang sebenar kann? so.. aku pun…

Bersempena dengan hari guru pada 16. Mei. 2014(hari Jumaat), suka untuk aku mengenang kembali masa sambutan di SMATS dulu, sambutan hari guru tahun lepas(2012) adalah the most moment mesti ingat sebab sangat manis, sangat seronok dan sangat puas hati tahu?. Masa tu semua form five batch 95 SMATS berkerjasama untuk menjayakan satu majlis sambutan hari guru. Saya highlight-kan, kami pelajar tingkatan lima diberi mandat untuk buat majlis tu sebab memang lumrah sekolah aku macam tu asal hari guru mesti pelajar-pelajar akan buat sesuatu untuk guru-guru,sweet kan?hehe(^____^).

Sambutan hari guru kami satu hari ja masa tu, itu pun memang lewat lah dengan tarikh hari guru sebenar iaitu pada 26.mei.2012 baru dapat buat sebab masa tarikh hari guru yang sebenar pelajar-pelajar tengah exam jadi tidak kusut sangat pun pasal mau buat majlis bagai sampailah minggu seterusnya tu kami mula plan itu ini dan Alhamdulillah menjadikan majlis sambutan hari guru yang paling awesome pernah dibuat di sekolah tu!(macam ada unsur riak dan takabbur pula ya?)hehehe sorry=)

Bermula dengan pembahagian tugasan ataupun AJK, siapa buat kertas kerja?, siapa urus hadiah?, siapa yang buat kad jemputan untuk hari guru?, siapa yang akan jadi emcee?,siapa urus multimedia?, siapa urus untuk pungutan dana?, buat surat minta bantuan dana dari pihak yang tertentu?, siapa yang urus jamuan makan?, sukaneka guru-guru?, hiasan pentas?,siapa yang urus untuk persembahan dan banyak lagi lah tugasan yang perlu dibahagi-bahagi dan menghasilkan satu organisasi sambutan hari guru yang sangat buat kami terpandu menjalankan tugas dengan teliti dan tidak ada yang hanya bergoyang kaki sebab semua pelajar ada tugas, mungkin.

Dan sekarang lets rocking with the photos!...





Ni masa buat penanda buku untuk dijual kepada pelajar-pelajar dan hasil kutipan wang dari penjualan penanda buku itu akan dikumpul dan dijadikan dana untuk menjayakan sambutan hari guru peringkat SMK Agama Tun Said(SMATS).

Setiap pelajar tingkatan lima akan berusaha menjual tanda buku tersebut, sebenarnya pelajar-pelajar mesti beli sebab mahu mengutip dana dengan cara berjual beli(konon) padahal pelajar-pelajar memang perlu menyumbang rm1 untuk sambutan hari guru tu,kira macam free gift lah bila sudah bayar.



Kawan-kawan yang urus hadiah untk hari guru dan buat giant name tag untuk guru2. Giant name tag tu apa?, hehe sat lagi saya bgtahu ya.



Mereka yang bertanggungjawab untuk jamuan guru-guru dan hiasan pentas.



Multimedia crews,

Sekarang, The Giant Name Tag! mhahaha
Kejamkah kami bagi cikgu-cikgu pakai tag nama sebesar itu?hehehe. Alhamdulillah,guru-guru di sekolah aku sangat sporting dan supportive!, guru-guru sudi pakai sepanjang sambutan hari guru tu berlangsung!


Cikgu-cikgu main bola jaring, pakai.
Cikgu-cikgu main bola,pakai.
Cikgu-cikgu melukis,pakai.
Cikgu-cikgu make-up pelajar sambil tutup mata,pakai.
Dan banyak lagi game lah cikgu-cikgu sanggup pakai..


Cikgu-cikgu masak, pakai.
Cikgu-cikgu buat sambal belacan,pakai.
Haaaah! Cikgu-cikgu kami memang comel dan baik hati =’D


Dan paling bestnya, gimik hari guru kami lah.. idea yang memang out of the box eicehhh sekali lagi aku memuji batch95 SMATS hehehe, sebenarnya tidak semua pelajar tingkatan lima yang tahu pasal gimik tu (termasuk aku) apa lagi pelajar-pelajar dari form lain dan guru-guru lah..., gimik tu pelajar lelaki yang bekerja keras sehinggakan kami yang tidak tahu pasal gimik ni pun terkejut tahu?,dan dan dan ekpressi guru-guru pun sama! Apa maksudnya tu kalau cikgu pun bagi reaksi terkejut tidak sangka-sangka tuu?, itu maksudnya gimik pelancaran hari guru kami menjadi! Yeaaaah!.



Haiyyaa~ macam mau menangis pula aku mengenang semua ni sebab rindu!
Gambar sahaja tidak cukup untuk meluahkan keadaan sebenar masa buat majlis  tu, kami ketawa, kami senyum-senyum masa buat kerja dan menitiskan air mata pun ada sebab frust, risau tidak jadi apa yang telah diusahakan. Farhana sebab tembikai, Adlin dan Aryani sebab movie maker yang diorang buat hampir tidak dapat dipasang masa buat persembahan multimedia, si setiausaha sebab buntu dalam idea masa buat surat tapi tu lah manis bila diingat balik,hewhewhew =’)


Entah, gambar ni saya rasa unik. Anda bagaimana?


Ya, guru bintang hatiku!

Memandangkan aku merupakan batch-95 SMATS jadi aku memang suka cerita pasal batch kami yang aku rasa memang super daebak!di blog aku ni (padahal ada lagi memoir orang lain yang lagi best dari ini) tapi tu lah, lain orang lain perasaannya, masing-masing ada memori indah pahit semuakan, ini pada sudut pandangan aku lah yang mengalaminya.



Kenangan tinggal kenangan tapi tidak bererti kita sebagai pelajar akan lupa terus guru-guru yang pernah mengajar kita kan?, terima kasih cikgu-cikgu, tidak terbalas segala jasa yang cikgu-cikgu curahkan kepada anak-anak didik, semoga Allah merahmati dan memberi kebahagiaan hidup dunia dan akhirat (Amiin).


Kepada guru-guru yang mengajar, mendidik, menjadi inspirasi terima kasih! Sungguh tidak terbalas jasa cikgu-cikgu semua, dari kami tidak tahu jadi seorang yang tahu, dari seorang yang zero kepada hero!. 

Terima kasih cikgu! SELAMAT HARI GURU. 

Saya saaaaaayangggg cikgu-cikgu saya! =)

 Ok, KAMI sayaaaaaaangggg cikgu-cikgu kami !

RINDU :'(


Ma’a salamah!



Comments

Popular posts from this blog

Clean.

Look what All Too Well made me do.

eg tukar 2

Diari Latihan Mengajar Zafirah

Ain. Ila. Sarah.