Aku&SEMEKAR: 2 Sudah, 1 lagi : )




Assalamu’alaikum. Hai!

Ini cerita pasal kehidupan sebagai pelajar Tingkatan 6 yang guna sistem baharu iaitu “Sistem Modular”. Ya, saya tahu memang ramai orang di luar sana yang tidak tahu STPM sistem baharu tu macam mana. Yang sedihnya, ada juga yang masih dengan fikiran tampuk lama pasal tingkatan 6 ni sampai “underestimate” pelajar2 tingkatan 6, sedihla macam ni T_T

Wahai cik kak cik kak, encik abang encik abang,  makcik makcik, pakcik pakcik, adik adik lepasan SPM bukala mata dan minda, rajinkanla diri pegi google Tingkatan 6 tu macam mana, Tingkatan 6 sistem baharu itu macam mana. Kalau malas pun mau google, tanyala kepada orang yang tahu, tanyala pelajar Tingkatan 6 atau guru-guru Tingkatan 6 yang lebih tahu dan lebih faham pasal perkara ini. Jangan pandang sebelah mata dengan Tingkatan 6. Tolong.

Fuwhh~ intro pun suda begitu penuh dengan ehmohsi ==’

So, let’s moving to the story about life di Tingkatan 6 aka Pra-U di SEMEKAR sepanjang penggal 2 ini. seperti biasa , aku akan cakap pasal perkara yang highlighted saja, mau cakap satu-satu nanti sampai esok lusa pun tidak habis baca. So, jom mule ye.

*Awas! Entri ini panjang. Sangat panjang. Berhenti membaca jika bosan.*

JANUARI:

Kami mula sekolah 02.Jan.2014 dan bermula la hidup sebagai Tingkatan 6 dalam penggal kedua setelah penggal 1 telah berakhir masa bulan Nov 2013. And yeah, 2014 is our 19th y/o maynnn!. 

Masih ingat apa tidak yang kita pernah buat solat sunat hajat sempena awal muharram bersama, semua tingkatan 6. Itu aktiviti pertama kita buat sama-sama. Awal tahun lagi suda buat aku rasa sangat “mashaAllah!” inikah namanya mohon ukhuwwah diberkati selamanya?, inikah namanya mohon supaya ukhuwwah ini Abadan abada?. Ya!.

From the left: Mipdal, Erman, Pida’, Mol and Muk.
Mereka diberi mandat untuk mengutip derma untuk Palestin dari kelas ke kelas.

Next, kami pernah jadi AJK merentas desa SEMEKAR. Kami jadi tukang jaga “checkpoint”, jaga masa dan “tangkap” pemenang wehehehe, tangkap yang macam mana tu?, tangkap maksudnya kenal pasti siapa yang sampai dulu baru bawa ke kaunter pemenang bagi laporan yang peserta tersebut menduduki tempat yang ke berapa, kalau sampai dulu maka dia la nombor 1.


Inila muka-muka orang yang sangat teruja mau jadi AJK sebab tidak perlu join merentas desa! Cukupla lima tahun sudah kami rasa berlari untuk merentas desa masa di sekolah menengah dulu walaupun aku tidak pernah dapat top 10 terawal asalkan aku sampai juga ke checkpoint terakhir sebelum sirent masa tamat berhenti*bangga*
Hari merentas desa. Sorry guys, muka dorang ja aku dapat ambil sebab dorang jaga checkpoint yang jauh dari orang ramai jadi tanpa ragu aku sempat ambil gambar ini saja.
Next, Mesyuarat Agung PERTINA, bincang siapa pengerusi, timbalan semua untuk Persatuan Tingkatan Enam SEMEKAR 2014, Sukan Badminton, VAD dan Kelab Lawatan. Pebincangan ketika ini sangat lucu ^^

Tudiaaaa semangat mencadang di situ…
In januari juga kami mula diberi tajuk PBS Syariah dan tema PBS Pengajian Am. PBS tu apa?, PBS itu adalah Pentaksiran Berasaskan Sekolah. mudah faham, macam kerja kursus. Mudah faham lagi, macam assignment universiti ha mcm tula cikgu kami kata, PBS ni macam assignment, masa di universiti nanti lagi parah assignment bertimbun dalam satu masa. Untuk semester dua ini kami(yang ambil kelas aliran Agama) perlu buat dua PBS iaitu: Syariah dan Pengajian Am. Kelas yang satu lagi perlu buat 3 PBS! 3!!!! Iaitu, syariah, pengajian Am dan sejarah. Mula2 memang rasa sangat mustahil untuk menyiapkannya. Rasa susah. Dari bulan Januari sampai bulan March aku tidak tipu serius memang sibuk dengan PBS, sanggup bersngkang mata tiap malam tidur lewat kerana mau siap. But, hey*sambil sapu habuk di bahu* kami berjaya ok bagi siap tu PBS! Amazing kan? Please cakap ya, please.
Lepas hantar PBS, gelombang debaran yang seterusnya pula tiba iaitu…. VIVA!. Alaaahai VIVA itu pula apa?, Viva itu adalah ujian lisan atau mudah faham macam presentation. Yup, kami bentang kajian kami tu, kami buat power point semua. Orang yang tidak biasa bercakap di depan ni confirmla gemuruh jiwanya tahap gegar kepala lutut. Kau ada menangis masa buat presentation? Ada?, haaa orang yang menaip ni ada wakaka, nangis sebab tidak dapat mematahkan hujah cigu yang komen kajian aku, perghhh! Masa kena hentam dengan soalan tu, aku rasa macam sia-sia usaha aku buat kajian, analisis sana sini, kaji itu ini, last-last airmata bercucuran jua.. haiyooo masa viva pengajian Am, nangis bukan alang-alang, nangis tahap teresak-esak sampai tidak tekata-kata. malu ingat balik*palmface. 

Cikgu pun mula la kata, ini baru di sini, kalau di universiti lagi dahsat. Terus hatiku berbisik “Sebab tu aku di Tingkatan 6 bukan di Uni terus kalau tidak entah apa la jadi, SubhanaAllah, Allah knows best!”.

Masa presentation Syariah, Alhamdulillah tiada airmata yang mengalir. Mungkin sebab pengalaman mengajar aku untuk bersedia dari segala aspek. Atau, sebab guru yang mentaksir tu bukan guru yang masa aku buat viva pengajian am hehe.

Habis VIVA mula la serius belajar untuk peperiksaan bertulis STPM penggal dua pula iaitu pada 19-22 may 2014.



 Sem 2 juga kami bermain dengan kalkulator dan warna pensil!
Teliti dan kualiti warna pensil adalah sangat penting ya..

Masa bulan Januari la juga kena ikut program motivasi kepimpinan yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar UIA,Kuantan yang sedang cuti sem masa tu, yang stressnya masa kami tengah sibuk buat PBS masa ni, mula-mula aku sangat tidak ikhlas ikut program ni sebab PBS aku belum ada progress yang positif. tambah lagi dengan rasa tidak diadili sebab ramai kawan-kawan yang escape program ni, sangat tidak adil aku rasa macam tu sampai menangis-nangis atas sebab keterpaksaan ikut program ini T_T. Tapi, percaya atau tidak aku dan mereka yang turut serta menggagahkan diri dan mujahadah niat habis-habisan supaya terus positif dengan program itu akhirnya kami end up the programme with “whoaaa! We did it”. Habis juga tu program kami join dan dengan ikut program tu PBS kami tetap siap juga sebelum tarikh tutup penghantaran, see, join program tersebut tidak menghalang kami menyiapkan tugasan PBS itu! dan join program macam tu bukan aktiviti yang membuang masa, tidak! *menggelengkan kepala sambil jari telunjuk digerakkan ke kiri dan ke kanan tanda menidakkan statemen mebuang masa itu*


Taraaaa~ muka bukan main happy kan masa hari terakhir program kan..kann..kannn :D

FEBRUARI

Februari sibuk dengan PBS:

Tengok semua menghadap laptop buat PBS la tuu..
 tapi amazingly, dalam kesibukan itu boleh juga ikut pertandingan Marhaban kan? Wehehehe memang amazing ni batch STPM 13-14 SEMEKAR ni;)

Masa latihan. Ekeke macam tidak percaya pula pernah ikut marhaban ;’)

ini masa pertandingan. Lelaki siap dapat tempat pertama ok sebab tu gambar mereka aku selit satu ja nanti ter-riyak takabbur pula dorang nanti :P Kumpulan perempuannya apa cerita?, hihihi tidak menang pun, mungkin sebab suruh kami fokus dengan PBS(sekadar memujuk hati dan perasaan T.T)

seterusnya, sibuk dengan 5S, kemas kelas la semua.. 

Kesungguhan mengemas di situ. Apa yang penting?! KERJASAMA!
Masa ni juga debaran menanti result SEM1, masa kemas-kemas semua tu tiba-tiba Sir masuk bagitahu “we have one student got 2As” perggghh! Kami semua pun mula tidak senang buat kerja sampai terabai kerja-kerja tu semua, dari semangat pegi lemah longlai. nervoussss!.

Februari juga kami pegi KB! Ada lawatan penanda aras Pengawas asrama, ya la memandangkan memang majoriti tingkatan 6 adalah pengawas maka, kami pun dapatla peluang ke KB untuk ke SMK Arshad dan SMKA Tun Said (aku pernah jadi pelajar di kedua-dua sekolah itu)

Baju batik merah tu semua tingkatan 6 SEMEKAR.

Fuwh~

MAC

Bulan mac masih demam PBS, makan minum, tidur semua PBS;

Laptop lagi laptop lagiii..

Namun begitu, masih boleh ikut Forum Remaja peringkat Daerah! Weuhuuu~

Masa latihan dan hari pertandingan. Aku, Siti, Dayang, Linda dan Lala. “FORUM REMAJA, MEMBUKA MINDA KELAS PERTAMA!”. Tidak dapat johan pun, tapi Naib Johan tu kira ok sangat la kan?, mungkin sebab suruh kami fokus dengan PBS (pujuk hati dan perasaan lagi sob)

Mac juga kami pernah rasa dalam kelas tiada satu orang lelaki pun sebab dorang pegi Kudat, pertandingan Marhaban peringkat bahagian. Ya, kami bahagia, mcm mau bergolek-golek dalam kelas tu pun kau tidak kisah haha.

Girls’s Rule :P

APRIL

Tiada aktiviti sangat, tapi di bulan April kami sibuk dengan debaran VIVA iaitu pembentangan kajian kami untuk PBS kami. Masa ni PBS kami siap dan sudah hantar pun tinggal ujian Viva. Lepas viva, kami fokus 100% untuk ujian bertulis bulan Mei. Sangat serius belajar.


Dan, April juga kami ada buat business. Business sempena HUDPH. PERTINA kumpul modal dan berniaga!


Sekitar gerai-gerai jualan masa HUDPH

April juga kami dapat loker baru:

Mahal tau bayar model ni.. Berminat menjadikan dia model untuk produk  anda?, boleh contact Dayang muehehe.

April juga adalah bulan aku!, hihi malula mau cerita pasal diri sendiri *tersipu malu


Weee~ dapat hadiah hari jadi!, dapat countdown wishes, dapat ucapan dari Ustazah! Alhamdulillah! Terima kasih! Yup, I’m 9 y/o *9 y/o never be a typo*
Yuhhuuu!

May

Bulan Mei serius study, sebab 19-22 Mei peperiksaan penggal 2. Jadi, segala hiburan seperti main game, online, segala perkara-perkara lagha telah dikurangkan. Tahan. Lepas exam main la, online la puas-puas!

Kami juga sibuk dengan orentasi adik-adik yang bakal mewarisi kegagahan kami untuk setia dengan form6. 


Banyak benda aku belajar dengan aktiviti jadi facy ni.Masa ni juga la kami perah otak,mengimbas segala aktiviti kem yang kami pernah ikut untuk diaplikasikan kepada adik-adik kami ni.



Kami buat gimik hari guru untuk guru-guru tingkatan 6 sebagai tanda kami sayang.

kami buat kad ucapan hari guru..




 Cikgu-cikgu kami adalah yang TERBAIK!
Mei juga kami dapat makan kek hari jadi yang di sponsor oleh orang yg harijadi juga hehe. Thank You!. 
 Elok sangat la makan-makan kek, esoknya mula exam!.

Beberapa hari sebelum exam, kami ada buat solat sunat hajat bersama-sama :')

 Dannnn, tiba la masa untuk exam penggal dua di dewan ini 
pada 19-22 Mei 2014 (Isnin-Khamis)
Ini first time exam STPM kena buat di dewan, mula-mula masuk, terus rasa macam SPM dulu-dulu, nervous yang teramat!
dan,
Alhamdulillah, we did it!
21 Mei 2014. Las paper (bagi kelas aliran agama): Usuluddin.

Lepas exam, minggu seterusnya kami buat BBQ yang tidak berapa mau BBQ. mungkin bagi pelajar lelaki ya, tapi bagi perempuan, ehermmm macam puteri, lelaki panggang2 the chicken wings while the princesses tinggal makan! yuhuuuu!

 sorry, terliur kaaa?



kaaaan aku suda kata yang kami datang tinggal makan dengan ayu dan sopannya.

yup, tidak semua yang ada masa ni sebab ramai yang balik awal. sorry guys kami makan2 tanpa kamu ='P


Apa lagi yang aku harap selain mohon supaya ukhuwwah ini berpanjangan.


Apa yang aku dapat simpulkan untuk penggal ini ialah, Penggal 2 memang mencabar. Mencabarnya bukan alang-alang, kau sibuk dengan PBS sampai belajar untuk peperiksaan bertulis hampir kau abai. Sekali kau sedar lagi, PBS kau siap dan kau ada 1 bulan saja lagi untuk cover-up syllabus setiap mata pelajaran. Walaupun 4 subjek sahaja, tapi kau tidak akan pernah tahu kandungan yang kami belajar sampai la kau rasa sendiri. 
Masa STPM ni juga la kau boleh nangis kalau masa studi di ganggu dengan aktiviti yang tiada kaitan dengan akademik. Masa STPM ni la kau tidak excited bila ada pengumuman tiada “prep” dimana pelajar-pelajar yang lain bertepuk sorak tanda gembira tidak perlu ke kelas untuk “prep”. Kau pula rasa gundah gulana sebab kerja kau banyak belum siap. tambah lagi orang macam aku yang tidak bole belajar kalau dalam bilik, konfem tewas dengan hasutan bantal dan selimut supaya aku tidur. Kelas la tempat paling kondusif untuk aku belajar dan dimana-mana la asal bukan dalam dorm!. 
Terakhir,
Jangan pernah kau pandang rendah STPM, sebab kau tidak pernah tahu  STPM tu macam mana. 
Jangan pernah kau rasa “down” bila kau masih berbaju sekolah dan belajar dalam suasana sekolah sedangkan kawan-kawan kau yang lain sudah berada di U sana. Sebab, kau ada guru-guru ting.6 yang cukup positif dan tidak pernah bosan bagi motivasi untuk kau terus bertahan gagah dengan tingkatan 6. 
Jangan pernah kau merungut dengan semua cabaran yang kau hadapi. Sebab, semua kesukaran dan cabaran itu akan buat kau lebih bersedia untuk menempuh cabaran yang lagi besar di depan  sana.

 Jangan pernah kau rasa putus asa bila kau rasa setiap mata pelajaran yang kau belajar itu susah. Jangan. Sebab kewajipan menuntut ilmu itu tidak pernah mengira kau siapa.

Yakinlah,
STPM hanya untuk orang yang hebat saja. Ya, hebat macam kita!.



  Inspirasi:
HAIYA 'ALAL FALAH!

JOM BERJAYA SAMA-SAMA!
In shaa Allah, jumpa lagi di Sem.3!
yuhhhuuu! Final Sem. for STPM yo!


Sekian,
Wassalam!

Comments

Popular posts from this blog

Clean.

Look what All Too Well made me do.

eg tukar 2

Diari Latihan Mengajar Zafirah

My Best Girl is Married!