Aku&SMATS: Makan-makan Lima Sains@13.April.2013
Assalamu’alaikum. Hai =D
Hari tu classmates aku masa sekolah menengah dulu ada
plan untuk buat perjumpaan terakhir =’(sobsobsob)’= dan perbincanga itu dibuat
dalam group kelas kami di facebook semestinya yakni satu-satunya cara untuk
discuss sesuatu walaupun saling berjauhan kira macam buat reunion lah tapi
kecil-kecilan ja sebab ramai yang tidak dapat menghadirkan diri.
So plan punya plan, komen punya komen, mencadang punya
mencadang tarikh,masa tempat semua maka termaterailah tarikh 13. April.2013 @
Restoran Makanan Laut Rika Raya, Kuala Abai, Kota Belud pada jam 4.00pm.
Bayangkan dari 23 orang, yang hadir hanya 10 orang! Ok,
silalah faham mereka ada komitmen lain masa tu sebab tu tidak dapat datang lagi
pun ada yang tinggal jauh nun di sana seperti di Pitas, Kota Marudu jadi memang
majlis tu agak hambarlah sebab tidak lengkap tanpa mereka macam di kelas
sehari-hari kami lalui bersama dulu(cukup cool kah ayat tu?mhahaha).
Adlin bermalam dirumah aku untuk tiga hari dua malam
untuk menghadirkan diri masa makan-makan tu, kesanggupannya dari Inanam ke Kota
Belud membuat aku rasa kagum! Zemangat juga minah ni rupa-rupanya mhihihi ok,
terima kasih Adlin, minta maaf sebab layanan tidaklah seperti di hotel lima
masa tu? insyaAllah aku tulis another short entry untuk aktiviti kami sepanjang
hari Adlin bersama aku di kampong aku yang penuh kedamaian tu nanti yaaa!
Ini mereka yang tidak dapat menghadirkan diri;
Bebeb,Linda,Azea,Da’e,
Ali,Afif,Pili,Angah,Sukri,Ami,Daus,Lutfi,Amar
Memandangkan
kamu tiada masa tu jadi cukup sekadar nama aku persembahkan hehehe
Lihatlah makanan di atas meja itu, ikan yang tinggal
tulang, udang yang tinggal beberapa ekor, tom yam yang tinggal kuah,air sirap
bandung yang lebih separuh habis jelas menunjukkan makanan di sini sangat
sedap! Sehingga sayur yang satu-satunya di situ hampir tidak terusik sebab
terlampau asyik dengan kelazatan masakan makanan laut di sini ditambah dengan
keindahan pemandangan saujana mata memandang awesome!!(thumbs up dengan muka
bersemangat)
Dari kiri: Khairul,Fahmie,Shafiq dan sepatutnya ada
Azeran tapi dia tidak join semeja dengan tiga jejaka tampan ni mhahaha
=P, do stay free from nicotin ohkayy?!!
Ehh, ada kotak kek? Gambar keknya mana??, haahh! Tu lah
adalah tidak adil kami tidak bergambar dengan cupcakes yang aku bawa sebagai
appetizer, sepatutnya gambar dulu dengan cupcakes yang kecil molek tu barulah
makan ciss! Bukan rezeki kaulah cupcakes untuk aku tampilkan dalam blog aku ni.
Si tudung kelabu senyuman manis tu Farhana, yang muka buruk dan mulut ternganga tu adalah budak yang tidak pernah jumpa kamera =P
dari kanan: Azeran, Khairul, Fahmie. Shafiq, Farhana bersama adiknya Achai, Vivi, Yanie,Anis,Adlin dan aku.
Ohh! awkward-nyaaa jumpa meraka-meraka dengan berbaju
selain dari baju sekolah dan ohh! Awkward-nyaa! Sudah besar kita semuakan?!
Sudah lapan belas tahun ohh! Kita masih nampak muda dan bergaya tidak macam
lapan belas tahun pun! Oh! Pandainya aku buat statemen tipu! tidaaaaaaak!
FYI, disebalik perlaksanaan makan-makan ni orang yang
paling bekerja keras adalah Anis manis(yang baju biru berlesung pipit dan
manis-manis tu).
Dan gambar-gambar adalah hasil daripada kamera DSLR Adlin
yang telah aku musnahkan memory card kamera tersebut disebabkan virus yang
bermaharajalela dalam laptop ini, minta maaf Liinnn D=
Makan-makan kami berakhir pukul 6.00pm and something lah
macam tu, yang pasti Alhamdulillah semua selamat sampai ke rumah masing-masing
siap tapau lauk pauk yang berlebihan ok sebab memang banyak, ada satu meja yang
deserved untuk kami yang confirm datang tapi, ada juga yang kata confirm datang
tapi tidak dapat datang tu lah punca banyak lebih lauk tuu,
Dan…
Sebelum aku menoktahkan penulisan ini, nah aku dendangkan
part kegemaran aku dalam lagu Sebiru Hari Ini by edCoustic:
\
Selamat
jalan teman, tetaplah berjuang semoga kita bertemu kembali,
Amiiin
in shaa Allah, panjang umur jumpa lagi!.
Selamat maju jaya =)
Selamat maju jaya =)
Comments