Aku&SMATS: Makan-makan Lima Sains@13.April.2013


Assalamu’alaikum. Hai =D
 

Hari tu classmates aku masa sekolah menengah dulu ada plan untuk buat perjumpaan terakhir =’(sobsobsob)’= dan perbincanga itu dibuat dalam group kelas kami di facebook semestinya yakni satu-satunya cara untuk discuss sesuatu walaupun saling berjauhan kira macam buat reunion lah tapi kecil-kecilan ja sebab ramai yang tidak dapat menghadirkan diri.
So plan punya plan, komen punya komen, mencadang punya mencadang tarikh,masa tempat semua maka termaterailah tarikh 13. April.2013 @ Restoran Makanan Laut Rika Raya, Kuala Abai, Kota Belud pada jam 4.00pm.

Bayangkan dari 23 orang, yang hadir hanya 10 orang! Ok, silalah faham mereka ada komitmen lain masa tu sebab tu tidak dapat datang lagi pun ada yang tinggal jauh nun di sana seperti di Pitas, Kota Marudu jadi memang majlis tu agak hambarlah sebab tidak lengkap tanpa mereka macam di kelas sehari-hari kami lalui bersama dulu(cukup cool kah ayat tu?mhahaha).
Adlin bermalam dirumah aku untuk tiga hari dua malam untuk menghadirkan diri masa makan-makan tu, kesanggupannya dari Inanam ke Kota Belud membuat aku rasa kagum! Zemangat juga minah ni rupa-rupanya mhihihi ok, terima kasih Adlin, minta maaf sebab layanan tidaklah seperti di hotel lima masa tu? insyaAllah aku tulis another short entry untuk aktiviti kami sepanjang hari Adlin bersama aku di kampong aku yang penuh kedamaian tu nanti yaaa!
Ini mereka yang tidak dapat menghadirkan diri;

Bebeb,Linda,Azea,Da’e
Ali,Afif,Pili,Angah,Sukri,Ami,Daus,Lutfi,Amar
Memandangkan kamu tiada masa tu jadi cukup sekadar nama aku persembahkan hehehe


Ini mereka yang Alhamdulillah dapat menghadirkan diri;

 Dari kiri: Adlin, aku, yanie.
Lihatlah makanan di atas meja itu, ikan yang tinggal tulang, udang yang tinggal beberapa ekor, tom yam yang tinggal kuah,air sirap bandung yang lebih separuh habis jelas menunjukkan makanan di sini sangat sedap! Sehingga sayur yang satu-satunya di situ hampir tidak terusik sebab terlampau asyik dengan kelazatan masakan makanan laut di sini ditambah dengan keindahan pemandangan saujana mata memandang awesome!!(thumbs up dengan muka bersemangat)


Dari kiri: Khairul,Fahmie,Shafiq dan sepatutnya ada Azeran tapi dia tidak join semeja dengan tiga jejaka tampan ni mhahaha =P, do stay free from nicotin ohkayy?!!


Ini girls generation SNSD  Farhana tiada dalam gambar, dari kanan Anis manis, Vivi, Yanie, aku dan Adlin. Semua berkaca mata! Do stay cute and be the awesome muslimah girls!...
Ehh, ada kotak kek? Gambar keknya mana??, haahh! Tu lah adalah tidak adil kami tidak bergambar dengan cupcakes yang aku bawa sebagai appetizer, sepatutnya gambar dulu dengan cupcakes yang kecil molek tu barulah makan ciss! Bukan rezeki kaulah cupcakes untuk aku tampilkan dalam blog aku ni.


Si tudung kelabu senyuman manis tu Farhana, yang muka buruk dan mulut ternganga tu adalah budak yang tidak pernah jumpa kamera =P


 dari kanan: Azeran, Khairul, Fahmie. Shafiq, Farhana bersama adiknya Achai, Vivi, Yanie,Anis,Adlin dan aku.


Ohh! awkward-nyaaa jumpa meraka-meraka dengan berbaju selain dari baju sekolah dan ohh! Awkward-nyaa! Sudah besar kita semuakan?! Sudah lapan belas tahun ohh! Kita masih nampak muda dan bergaya tidak macam lapan belas tahun pun! Oh! Pandainya aku buat statemen tipu! tidaaaaaaak!


FYI, disebalik perlaksanaan makan-makan ni orang yang paling bekerja keras adalah Anis manis(yang baju biru berlesung pipit dan manis-manis tu). 


Dan gambar-gambar adalah hasil daripada kamera DSLR Adlin yang telah aku musnahkan memory card kamera tersebut disebabkan virus yang bermaharajalela dalam laptop ini, minta maaf Liinnn D=

Makan-makan kami berakhir pukul 6.00pm and something lah macam tu, yang pasti Alhamdulillah semua selamat sampai ke rumah masing-masing siap tapau lauk pauk yang berlebihan ok sebab memang banyak, ada satu meja yang deserved untuk kami yang confirm datang tapi, ada juga yang kata confirm datang tapi tidak dapat datang tu lah punca banyak lebih lauk tuu,

Dan…
You may click THIS untuk baca cerita yang sama haha =D

Sebelum aku menoktahkan penulisan ini, nah aku dendangkan part kegemaran aku dalam lagu Sebiru Hari Ini by edCoustic:

\
Selamat jalan teman, tetaplah berjuang semoga kita bertemu kembali,
kenang saat indah kita sebiru hari ini…

 google images, tqvm!



Bismillahirrahmanirrahiim..


Amiiin

in shaa Allah, panjang umur jumpa lagi!.


Selamat maju jaya =)










Comments

SAIDATUL NAZIAH said…
hee. best nya diorang
Zafirah Ripin said…
hehe, best!, nanti kamu pun buatlah juga macam ni. Huh! Besar sudah kami =')

Popular posts from this blog

Clean.

Ain. Ila. Sarah.

26 and it's TMI time!

Before 2021 ends!

Aku&SMATS: Tangki