Sehari di SMK Pekan Kota Belud



Assalamu'alaikum. hai!


8hb Mei adalah tarikh aku kembali menjadi seorang pelajar sekolah. Fuhh~ teringat dulu monolog aku masa SPM “tidak mahu memakai baju sekolah lagi lepas ni!” tsk T.T ,
people do change in different ways and so am I.

Ok, tutup hal sedih.
Buka hal yang yang menyedihkan yang lain pula =(

Aku berkeputusan untuk sambung form six dngan sangat serius dalam jurusan agama, tapi tawaran form six aku adalah jurusan sains, yaa aku tahu itu insane! how can result buruk macam tu boleh dapat jurusan sains?!. Ok, urus punya urus untuk tukar jurusan dari sains ke jurusan agama adalah tidak semudah yang aku sangka!, dalam hal urus mengurus ni melibatkan orang lain dan menyusahkan mereka terutamanya family akulah, sedih dan sangat stress aku dibuatnya!

aku lupakan dahulu perasaan sedih aku tu, jom bercerita pasal tajuk pula,, pengalaman sehari di SMK Pekan tadi tidaklah seteruk yang aku sangka seperti yang aku hadapi semalam(aku lebih selesa untuk tidak sentuh soal tu, nanti tambah sterss!). Ya, awkward,,, memang awkward bila tiada kawan tadi, aku rasa seperti terasing, tetapi apa yang membuatkan aku lega ialah layanan guru-guru di SMK Pekan tu sangat baik, mereka buat aku seperti one of them! Cikgu Rohani selaku guru PK Pra-U sekolah tu sangat bersusah payah untuk aku berjaya mengurus hal perpindahan jurusan dan sekolah aku... beliau sudi membantu padahal aku tiada kena mengena dengan sekolah tu, sekali lagi aku rasa seperti menyusahkan orang lain, aku rasa bersalah.

Terima kasih, SMK Pekan Kota Belud walaupun satu hari sahaja.
 Esok, entah apa akan jadi. 
Tolong doakan saya supaya segala urusan saya dipermudahkan, ok?


#tiada gambar sebab, di sekolahkan jadi telefon bimbit adalah tidak dibenarkan!"


Comments

Popular posts from this blog

Clean.

Ain. Ila. Sarah.

26 and it's TMI time!

Before 2021 ends!

Aku&SMATS: Tangki