Posts

Yu Pi Yu

Image
Assalamu'alaikum! Hai~ 11 Ogos 2015 hari tu result UPU diumumkan. 12pm boleh check. Beberapa hari sebelum keputusan UPU tu keluar dan detik detik waktu boleh check UPU tu perasaan nervousnya ya Rabbi Allah saja yang tahu. Tidur tidak lena, fikiran melayang entah ke mana, jari jemari bergetar secara tiba-tiba, risau sini sana siap buat status whatsapp "sedang nervous, jangan ganggu!", dihantui fikiran negatif di atasi pula dengan positive vibes yang  disalurkan dari mereka yang amat aku kasihi, "Yakin, redha dan baik sangka! Apa pun keputusan nanti aku mesti terima dengan tabah. Rancangan Allah jua yang terbaik! Dan jika benar aku yakin rancangan Allah adalah yang terbaik tiada sebab untuk rasa kecewa!" Sampai detik 12pm aku buka la website UPU tapi hampeh.. Tidak dapat buka! Cis. Namun, aku cool (tipu) dan mengambil handphone untuk cuba check guna SMS. Tapi, oh kredit pula tiada. Sekali lagi, cis!.  Aku tidak berhenti begitu saja, demi menja...

Wordless Wednessday: Nickname ?

Assalamu'alaikum! Hai ! *melambai* Nama saya Ila. Cara ejaan "glamour" Ela. Tapi bunyi tetap Ila, bukan Ella. Nama penuh pula, Zafirah. Ada Siti di depan. Mereka yang baru kenal biasa bertanya. Kenapa Ila bukan Ira? Atau Firah? atau Zaff?(haha) Biasanya aku jawab, entahlah. Sebab dari kecil kena panggil dengan nama itu mungkin. Mungkin juga sebab bunyi 'R' susah mahu sebut masa kecil dulu. Bila fikir balik, mungkin juga sebab karakter orang yang biasanya bernama "Ira" atau "Fira" itu tiada dengan aku. Mungkinlah. Nama saya Ila dan saya sayangkan Malaysia. Eh, ayat macam familiar jaa kekeke ^___~ -"Wordless Wednesday" yang tidak berapa mahu 'wordless' sangat Kah!

#AzeaTurns20

Image
Assalamu'alaikum wbt! hai~ 23 Julai 2015 adalah tarikh istimewa untuk seorang yang juga istimewa.  ha ayat macam untuk boyfriend suda kenapa kannn? nope, bukan boyfriend, bukan teman lelaki, bukan juga teman biasa tapi, orang itu adalahhhhh*drum roll* : : : : : : : : : : : : : : : : : : : Azearusliza a.k.a Azea! Aku kenal Azea masa kami form 4 (16thn). Masa tu Azea baru pindah masuk sekolah aku dan masuk kelas yang sama dengan aku. Aku rasa mula rapat dengan Azea masa dia dalam sesi memperkenalkan diri, kena bagitahu nama apa, sekolah lama di mana, tempat tinggal mana. Masa Azea bagitahu tempat tinggal dia terus aku terkejut sebab tidak sangka yang aku dan Azea tinggal di kampung yang sama!  Masa tu macam tidak percaya lagi sebab aku memang tidak pernah nampak muka Azea sepanjang hayat aku tinggal di kampung tu.  Lepas Azea memperkenalkan diri tu, laju la aku tanya dia, rumah kau area mana?, Azea...

Temuduga Pendidikan Islam UPSI Sesi 2015/2016 dan Kawan Baru :)

Image
Assalamu'alaikum! hai! amboi tajuk bukan main panjang haha. Ni mahu ceritalah pengalaman aku temuduga atau interview atau kalau malas taip orang tulis 'iv' jaa masa 14 Jun 2015(Ahad) di Universiti Malaysia Sabah atau UMS. Detail okay maklumat masa dan tempat, excited letteww. Hebahan untuk check siapa yang dapat temuduga tu 9 Jun (Rabu). Memang kelam kabut aku dibuatnya untuk buat persediaan, sudahla orang jenis yang belum pernah pegi mana mana temuduga. Itu first time la tu. Habis blog-blog orang aku geledah baca pengalaman, jenis soalan lah bagai masa temuduga. Temuduga kami mula jam 8.30 am. Aku dibawa bertolak oleh kakak aku yang drive bersama mama pun turut serta dalam jam 6.30am . Malam temuduga tu, aku siap siap iron baju, tudung, standby kerongsang segala pin, kasut letak tempat yang mudah dicapai. Malam tu juga aku sibuk la tanya kawan-kawan aku minta tips la, minta kirim doa la, bagi kata2 semangatlah sebab memang rasa cuak tu mula men...

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan 1436H :)

Image
Assalamualaikum wbt. Selamat datang Ramadhan yang paling dinanti. Ramadhan Kareem! Terlalu banyak dan besar misi aku untuk Ramadhan kali ini. Sama seperti Ramadhan yang lalu; Buku-buku, almari pakaian, rak buku, meja belajar aku sarat dengan nota-nota misi Ramadhan. Tidak perlu aku nyatakan di sini misi-misi itu. Cukup untuk aku tahu, dan semua orang tahu. RAMADHAN, bulan tarbiyah. Semua berharap menjadi seorang hamba yang terbaik dari masa lalu. Ramadhan, bulan pesta. Bulan Pesta Ibadah. Semua pahala dilipat ganda. Doa-doa diterima. Semua berlumba-lumba memperbanyakkan amalan sunat dan meningkatkan kualiti ibadah wajib. Ramadhan ini, mari jadi lebih baik! Ramadhan ini, mari menghambakan diri. Ramadhan ini, mari jadikan penuh erti. Ramadhan ini, semoga bukan yang terakhir. Manisnya Ramadhan. Indahbya Ramadhan. Tenangnya Ramadhan. Sucinya Ramadhan. Sungguh, nikmat Ramadhan ini, untuk semua. Tiada yang terkecuali. Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan Al Mubarak! ...

YouTube: Doa Sambut Ramadhan_Ustaz Maulana

Image
Assalamu'alaikum! Hey! saya ada akaun yotube! hahaha macam lucu ja kan hahahaha. Ok stop! Ini saja lah mahu test upload video yang aku record masa datang ceramah Ustaz Maulana dari Indonesia yang sangat popular dengan trademark-nya: Ustaz: "Jamaah?" Jemaah: "yeeeey!" Ustaz: "Oh jamaah?!" Jemaah: "Yeeyyy!" Ustaz: "Alhamdu..?" Jemaah: "Lillah!" Ya ampuuuuun, ustaz ini kok sangat lucu ya? para audience malah ketawa terus mendengar ceramahnya *terus cakap macam orang Indon juga la kan lulz* Ceramah ini diadakan di Perkarangan Masjid Negeri Sabah pada 30 Mei 2015. Keterujaan yang amat untuk datang ceramah Ustaz Maulana ni sebab selalu tengok di TV saja channel Astro Pelangi itu pun masa promosi bagi free saja tengok. Lepas habis promosi terus tidak dapat tengok sebab tidak melanggan pakej Astro Indo Pek. Sepi saja khabar ustaz ni. Sampailah dapat tahu jemputan Ustaz Maulana da...

#WordlessWednesday: STPM

Image
Photo credit SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA "It always seems impossible untill it's done."                                       -Nelson Mandela All the best STPM candidates! Just finish it strong!

Aku&SEMEKAR: Graduasi Tingkatan Enam Kohort 2

Image
Assalamu'alaikum. Hai~ 29 April 2015 sekolah aku buat Majlis Anugerah Cemerlang & Graduasi Tingkatan Enam Kohort 2. Ini adalah masa yang paling dinanti oleh kami sebab masa ni dapat jumpa dengan kawan-kawan balik setelah lima bulan jugalah kami berpisah lepas habis STPM dulu tu. Sayangnya, tidak semua yang dapat hadir. Dari 35 orang, yang dapat datang hanya 21 orang saja. Sedih tahu?. Jadi, kepada kawan-kawan yang tidak dapat menghadirkan diri atas sebab aral yang tidak dapat dielakkan, entri ini khas untuk kalian(amboi). Entri ini kaya dengan gambar. Jadi pot pet pot pet aku kali ni akan kurang. Biarlah hati  gambar yang berbicara ya?. - Dalam dewan - but first, lemme take a selfie dari kiri: Ayy, Effa, saya, Dilaa, Felly =P, Siti dari kanan: Lala, Mai, Era, Zila, Siti, Linda a.k.a Felly,Dila. okay, not selfie. wefies. Look what did I got from Effa and Ayy?! B...