Yu Pi Yu



Assalamu'alaikum! Hai~


11 Ogos 2015 hari tu result UPU diumumkan. 12pm boleh check.

Beberapa hari sebelum keputusan UPU tu keluar dan detik detik waktu boleh check UPU tu perasaan nervousnya ya Rabbi Allah saja yang tahu. Tidur tidak lena, fikiran melayang entah ke mana, jari jemari bergetar secara tiba-tiba, risau sini sana siap buat status whatsapp "sedang nervous, jangan ganggu!", dihantui fikiran negatif di atasi pula dengan positive vibes yang  disalurkan dari mereka yang amat aku kasihi, "Yakin, redha dan baik sangka! Apa pun keputusan nanti aku mesti terima dengan tabah. Rancangan Allah jua yang terbaik! Dan jika benar aku yakin rancangan Allah adalah yang terbaik tiada sebab untuk rasa kecewa!"

Sampai detik 12pm aku buka la website UPU tapi hampeh.. Tidak dapat buka! Cis.
Namun, aku cool (tipu) dan mengambil handphone untuk cuba check guna SMS. Tapi, oh kredit pula tiada. Sekali lagi, cis!.  Aku tidak berhenti begitu saja, demi menjawab persoalan aku dan menoktahkan rasa gentar itu aku gigihkan pula cuba meng-advance kredit dari celcom dan dapat la RM2 lantas aku bergegas hantar sms kepada 15888 kekeke.

Aku tunggu dan tunggu dan tunggu dan tunggu dengan penuh debaran reply dari 15888 namun tiada balasan yang mengetuk notifikasi telefon aku. Inikah rasanya penantian satu penyeksaan?, inikah rasanya bila boyfriend tidak reply mesej? Ini kah yang dinamakan cinta? Eh over kau zafirahhhhh.

Akhirnya,

Terbalaslah SMS yang aku tunggu lama dari 15888. Serius, lama tunggu 15888 reply mesej aku, dan boleh pula dia reply mesej mama dan kakak aku dulu dari aku.


Syukur Alhamdulillah!
Alhamdulillah! Syukur!
Segala Puji Hanya Bagi Allah!

15888 cakap tahniah!


Aku ditawarkan masuk UPSI dalam course AT35 iaitu ISMP (Pendidikan Islam) dengan Kepujian.


Aku sangat bersyukur dengan nikmat kegembiraan yang Allah bagi ni. Mama dengan family aku selalu sebut pasal UPSI. Dorang selalu cakap cakap bulan september kita datang Perak pula hantar 'orang tu' pegi UPSI. Selalu dan terlalu sering ungkapan itu aku dengar. Benarlah kata-kata itu doa. Benarlah kata-kata itu macam bola yang melantun toing toing toing dan kena diri kita balik.. sebab tu kena cakap perkataan yang baik-baik saja. Terima kasih ya Allah atas nikmat ini! Seolah-olah aku telah memenuhi harapan mama dan famili aku. Ah! Apa lagi yang boleh buat aku gembira selain nampak mama dan keluarga aku gembiraaaa?!.


Kau tahu?, aku meyakini semua ini datang dari Allah. Semua ini Allah yang beri. Allahu Akbar! Allah tersangat baik memberi nikmat ini kepada hambaNya yang serba serbi tidak sempurna ini :(
HambaNya yang sering leka dan alpa ini :(
HambaNya yang tidak pernah setia ini :( 
Allahu! Baiknya Engkau ya Allah! :'(

Aku belum boleh kata ini sebagai satu kejayaan sebab ini baru satu permulaan. Boleh jadi, ini juga satu ujian untuk melihat bagaimana aku menerima nikmat ini?, dengan syukur atau kufur? Dengan sujud atau taasub?. Allah saja yang boleh menilai hati dan niat setiap manusia. Semoga kita tidak lari dari teguh menetapkan yang segalanya datang dari Allah!

Aku juga tidak boleh lupa, dalam aku menikmati kegembiraan yang Allah beri ini, sebenarnya ada kawan-kawan lain yang sedang berduka dan sedang berperang dengan rasa kecewa. Oleh itu, aku tidak berasa lega sepenuhnya dengan berjayanya aku menembusi UPU dan layak masuk ke universiti seperti yang aku dan kawan-kawan aku cita-citakan bersama dulu. Kalau boleh, aku mahu kami menjejak gerbang menara gading bersama. Ya, seperti yang kami pernah impikan bersama dulu :')
Wahai kawan-kawan ku, ini bukan satu kegagalan. Tidak. Sama sekali bukan. Boleh jadi ini satu ujian juga mahu melihat sejauh mana bersabarnya kita dan seteguh mana yakinnya kita dengan rancangan Allah adalah yang terbaik!


Usah bersedih. Masih ada harapan. Usaha untuk apply UPU kali kedua ya? Dan doa mengiringi segalanya in shaa Allah semoga Allah perkenankan.
Paling penting, kita mesti yakin, redha dan baik sangka dengan segala yang Allah tentukan. Sebab rancangan Allah itu penuh kejutan!


Lagi pula, yang menentukan kejayaan dan rezeki seseorang itu adalah Allah, bukan UPU. Luas lagi dunia ini untuk diteroka. Teruskan berbaik sangka :)

Selamat maju jaya rakan-rakan seperjuangan! Semoga setia dengan matlamat menjadi pelajar yang menuntut ilmu kerana Allah!

Dan, semoga dipermudahkan segala urusan persiapan untuk pendaftaran U nanti!

Hidup di alam universiti tidak sama macam hidup di alam persekolahan. Jangan hanyut.


Ma'a salamah!





Comments

Popular posts from this blog

Clean.

Ain. Ila. Sarah.

26 and it's TMI time!

Before 2021 ends!

Aku&SMATS: Tangki