Sesuatu di Tawau.
Assalamualaikum wbt, hai. Hari tu aku pegi Tawau lagi untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat baik saya di sekolah rasmi pertama saya iaitu SMK Titingan, Tawau. Penerbangan pertama sejak meninggalkan Tawau. Setelah satu tahun berpindah baru lah saya dapat betul-betul menjejak Tawau semula. Alhamdulillah, terubat rindu yang terpendam lama. Tawau sungguh sesuatu dalam hati saya. Sungguh istimewa. Ketibaan saya di Tawau disambut oleh Kak Husna dan housemate-nya. Kak Husna adalah salah seorang rakan serumah saya semasa berada di Tawau. Kak Husna saaaangat baik, terima kasih Kak Husna. Ambil di airport, hantar ke hotel, bawa jalan-jalan ke Pasar Malam Chester dan meminjamkan kereta untuk kegunaan seorang Zafirah sepanjang berada di Tawau <3. Pasar Malam Chester bersama orang-orang yang baik. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan Kak Husna dan kawan-kawan!. Memperkenalkan kekasih hatiku, Beroncong. Ini adalah kuih kegemaranku di Tawau. Top of all!. Bakso Bakar pun sedap ya Al...