Sesuatu di Tawau.

 Assalamualaikum wbt, hai.

Hari tu aku pegi Tawau lagi untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat baik saya di sekolah rasmi pertama saya iaitu SMK Titingan, Tawau.

Penerbangan pertama sejak meninggalkan Tawau.

Setelah satu tahun berpindah baru lah saya dapat betul-betul menjejak Tawau semula. Alhamdulillah, terubat rindu yang terpendam lama.

Tawau sungguh sesuatu dalam hati saya. Sungguh istimewa.

Ketibaan saya di Tawau disambut oleh Kak Husna dan housemate-nya. Kak Husna adalah salah seorang rakan serumah saya semasa berada di Tawau. Kak Husna saaaangat baik, terima kasih Kak Husna. Ambil di airport, hantar ke hotel, bawa jalan-jalan ke Pasar Malam Chester dan meminjamkan kereta untuk kegunaan seorang Zafirah sepanjang berada di Tawau <3.

Pasar Malam Chester bersama orang-orang yang baik. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan Kak Husna dan kawan-kawan!.


Memperkenalkan kekasih hatiku, Beroncong. Ini adalah kuih kegemaranku di Tawau. Top of all!.

Bakso Bakar pun sedap ya Allah, mahu pegi Tawau lagi!

Pencinta Beroncong tumpang lalu haha!

Mi Tauhu ini dihantar oleh Kak Shifa. My desk neighbor masa di SMKTT.
Sweet jak Kak Shifa hantar breakfast di hotel saya menginap sebab tidak dapat breakfast sekali sebab ada kelas pagi tu :')

Inilah Kak Shifa kesayangan saya :)

Reunited with Wawa ex-housemate pertama saya di Tawau. 

Saya sangat menyayangi persahabatan bersama Wawa. 

Wawa made me an aunty in Tawau dengan kelahiran si Eijaz yang handsome boy!

Kenapa makan 4 Fingers di Tawau?. Sebab sebelum pindah hari tu, 4 fingers tidak buka lagi padahal lama tunggu haha, so dilunaskan 4Fingers Tawau :))

Best ex housemate ever, Wawa!

Zafirah and her first anak buah in Tawau.

Eijaz sayang <3


Gave Nurul a bouquet of flower as a wedding gift. I don't know, tahun ini suka bunga pula.

<3

Masa bagi bunga ni dengan Nurul, siap tanya ok tidak orang bagi bunga?, ada alahan dengan fresh flower?, risau nanti tidak pasal-pasal bakal pengan bersin-bersin dipelaminan masa majis kehkeh.
Luckily, Nurul okay dengan bunga segar, so yey!

This is my room for 2 nights before tidur rumah Nana. Sebab Nana lambat balik Tawau. 


Fun fact: Kelas saya sedang berjalan semasa trip ke Tawau hari itu, tapi kelas online sahaja and mostly lecturers bagi siapkan tugasan. Bersyukur betul masa majlis Nurul, kelas bersama lecturer tidak dibuat jadi, tiada sebarang unsur ponteng kelas berlaku ya!.

Malam sebelum majlis Nurul tu, saya mahu jumpa Nurul untuk berborak dan bagi sedikit hadiah sempena birthday dan hari perkahwinannya. Nurul jemput datang rumah untuk main inai-inai with her fam!. I was shy at first tapi sebab memikirkan, kalau tidak jumpa malam tu tidak banyak masa bersama "single" Nurul, so kena datang!.

Malam berinai Nurul. Saya sangat bahagia dapat bersama Nurul di detik-detik akhir dia menjadi seorang isteri. Sahabat baik dunia dan akhirat saya sekarang isteri orang!.


Terima kasih Nurul dalam busy-busy mengurus hal majlis perkahwinan, dapat juga meluangkan masa bersama sepinggan Zafirah haha.

Kasut Pengantin dan kasut bakal pengantin, muahaha.

Gitu tangan berhenna otw ke majlis Nurul. Kereka Kak Husna. Thank you Kak Husna!

Magestic pelamin!

Pasangan pengantin dan bakan pengantin. Eh?


Nurul bersama suami dalam sepersalinan baju Bugis ft Adik Nurul

Teka mana kasut pengantin muahaha.

One with Adik Nurul yang sweet.

Mirror Selfie with pengantin.



Best friend, forever!

Tawau ku diwaktu malam.

Jumpa Nana dan Mahirah, adik-adikku sejak di UPSI <3

Kakak-kaka AKP kesayanganku. Selalu rasa diterima baik di Tawau sebab kakak-kakak ini :')


Lagi bersama Nana dan Mahirah, my fav girls!. 
Naik kereta Nana, tinggal rumah Nana, thank you Nana dan ibunya!
We've planned a trip to Kundasang, in shaa Allah #KasiJadi.


Kari Kambing Sri Pantai for life!

My top fav tempat makan in Tawau, Kari Kambing Restoran Sri Pantai!



Kak Zafirah memperkenalkan tempat makan Kari Kambing kegemarannya kepada adek-adeknya.

Terima kasih Mahirah & Nana kerana membuat Kak Zafirah rasa sebaya dengan kamu dua haha!

Nasi kuning dan Mi Tauhu for life!!

Nana cantik.


Naskun


Dinner with Nana and Ibu Nana <3

Sayap ayam dan Bakso kaki ayam kegemaranku!

Zafirah di dewan bekas sekolahnya <3

Sekolah rasmi pertama saya.

Aqil dan Adib.
Disapa mesra oleh bekas pelajar, yang dulu kecik macam baby sekarang lebih tinggi dari Ustazafirah :')

Minum petang bersama Nana dan Mahirah.

Bergambar di tugu baharu SMKTT, satu kemestian.

Kenangan sekolah pertama yang pasti akan diabadikan dan dicanang indah selamanya.

Demikianlah memori manis saya sepanjang berada di Tawau dari 24 - 27 Mei 2024. Entah bila lagi berkesempatan ke Tawau lagi. Jadi, dilakarlah momen-momen bergambar ini pada kanvas blog ini untuk tatapan bila rindu menyapa.

Banyak perubahan setelah setahun meninggalkan Tawau. Semakin maju dan berkembang. Banyak kedai hipster baru buka, tapi banyak juga kedai yang tutup. I've listed my favourite places to eat and some are permanently closed and I was so sad. The Kazen my favourite fresh milk boba is one of the kind that's already closed. My fav Aductive Salted Egg Cornflakes booth at Bataras also disappeared. I was so emotional that I cried huhu.
 
But, life goes on kan?. Ups and downs perjalanan seseorang itu tidak terdugakan. Semoga apa pun yang dihadapi, semoga Tawau dan warganya kekal tabah dan dipermudah mencari rezeki yang halal.


Datanglah ke Tawau, syurga makanan dan orang-orangnya baik-baik belaka. Hal inilah yang membuatkan saya jatuh cinta berat dengan Tawau, sampai susah move on. 

Terima kasih sesuatu di Tawau yang kucintai sepenuh hati.

Sampai kita berjumpa lagi!

Terima kasih sudi singgah dan membaca post ini :)

Nah video fav saya tahun ini:


Comments

Popular posts from this blog

Clean.

Ain. Ila. Sarah.

26 and it's TMI time!

Before 2021 ends!

Aku&SMATS: Tangki