My October 2022 : The Breaking Point.

Assalamualaikum wbt. Hai.

Saya baru balik dari website hrmis, mahu siapkan MyPortfolio. Tapi, ikon MyPortfolio ghaib pula dari situ, so what should I do. Gigih saya ke KFC 24H untuk makan ayam goreng lepastu mahu settle-kan MyPortfolio saya tau. Jadi, saya tutup hrmis lalu ke sini :)

Terimalah catatan Oktober 2022 saya...

Got my hands on Khairul Aming's Sambal Nyet for the first time. Excited betul saya, one of fighters untuk mendapatkannya di shopee, kemain gigih tengok jam supaya dapat check out on time haha!

Delish!
Haritu nekad beli sebab tengok video harijadi Khairul Aming yang ke 30 kot hari tu. Terus rasa terharu dan mahu memberikan sokongan dengan mendapatkan sebotol sambal ini. Sedap! Makan dengan apa pun nikmat!

I've discovered yang Laksa Sarawak di Fook Yuen was delicious! First try sebab craving, terus jalan-jalan di Facebook cari orang jual Laksa Sarawak, turned out, Fook Yuen Tawau ada!, terus tengahari tu aku ke situ makan Laksa Sarawak. Since then, memang ke Fook Yuen lah aku makan laksa sarawak hihi.


This one, aku ingatkan jambu batu. Sebab teringin masa nampak dalam peti sejuk kedai. End up, it was  not jambu batu, it was mangga muda haha!. Imagine, gigitan pertama otakku sudah standby rasa jambu batu, sekali otakku di scammed oleh deria rasa aku sendiri haha!

I remember this, aku sakit demam, batuk dan selesema combo.
Terus ke farmasi, shopping ubat-ubatan. Tahap keyakinanku kepada Difflam sebagai penawar tekak gatal dan batuk-batuk menjadi tidak berbelah bahagi sejak kena Covid Februari lepas heh.

Dapat spaghetti from Nurul. Sweet saja tiba-tiba atas meja dengan nota sebegitu.
Makes me feel like, I am a good friend to someone. 

Mandatori mirror selfie setiap kali lepas thumb in every morning.

See dapat makanan lagi dan nota from Kak Shifa, my heart filled with loves!

Menghantar adik melanjutkan pelajaran ke UniSZA, Terengganu.
Minta CRK dengan alasan itu lah, sip baik pentadbir benarkan <3

Selfie with bags.
Trip hantar adik kan, semua kami pegi kecuali Kak Nissa and Abang.
How we love our adik kami yang terakhir ini. CRK dan duit boleh dicari, tapi adik kami mendaftar UniSZA hanya sekali, tiada ganti.

Menitis airmata seorang kakak melihat sejauh mana adik kami sudah membesar. That's life kan?

Ini in flight BKI-TWU selepas hantar Ayip di Terengganu.

Sekolah kami buat sambutan Maulidur Rasul buat julung-julung kalinya. Hebat betul Kak Beth boleh arranged semua ini. Haritu saya in charge bahagian pertandingan nasyid. Alhamdulillah everything went well.
Lepastu ada camping. 
Eh ya spek mata mana?
Patah sis patah.

Bulan oktober ini jugalah aku nekad belajar pakai contact lens sebab I was broke for a new spectacles. Huhu so I bought contact lens and I did it.

It was my second time pakai contact lens, first masa di UPSI. Konon mahu bebas spek masa tu tapi, gave up sebab ngeri pula mahu pakai dan buka.

Tapi kali ini, nekad kena pandai juga supaya nanti masa majlis kahwin aku senang. Eh? haha
Tapi serius, it took me like 15-30 minutes to wear them on each eye! Itu pakai, masa buka?, hah bayangkan lah sendiri. Cermin pun fed up tengok aku lama-lama depan dia untuk pakai dan buka contact lens.

Sekarang, less than 1 min pun boleh pakai dan buka. Alhamdulillah.

Dan, saya pakai contact lens masa perlu saja sekarang. Specky Zafirah is the real me. Mula-mula pakai contact lens pegi sekolah semua pelajar saya tanya, mana spek ustazah?, ustazah nampak kah?, ustazah ni berapa? (sambil tunjuk jari untuk saya teka). Hm, dalam hatiku ustazah kalian ini masih belum buta ya. Tapi, kena lah bersabar untuk expalain satu persatu.

Mira, Zafirah dan Madihah.
Thank you Kak Andi kerana hadir menjadi photographer terbaik di abad ini. Semua gambar program kami lawa lawa sejak Kak Andi masuk sekolah. Sudahlah Kak Andi baik, ah semua cikgu di sekolah ku baik hati. 

OKTOBER adalah detik kami menceburkan diri dengan aktiviti memanah haha! Ini semua sebab kononnya mahu join pertandingan PEKDIS. Macam lucu kan?, tapi inilah hakikatnya haha!
Ini cikgu Nasir yang jadi coach sementara. Saya masih mengagumi cikgu Nasir, dari sukan MSSDT haritu sampai sekarang, semua dia pandai. Apa yang dia tidak pandai aku pun tidak tahu.

Next, Pertandiangn Bola Sepak 9 Sebelah anjuran PIBG sekolahku!

Ni masa malam cabutan undi yang black out. Gambar agak comel, jadi masuklah blog. gitu.

Ini posternya, and your girl here bertugas sebagai AJK Hebahan dan Kebajikan ya haha!




The teams.

Daaan sebagai AJK hebahan, saya rasa bertanggungjawab untuk mendapatkan sebanyak mungkin penyertaan. Makin banyak penyertaan makin banyaklah dana PIBG boleh terkumpul. Cool betul orang Tawau, kami dapat 42 penyertaan dari target 60 teams!

Paling perlu di highlight juga untuk Oktober 2022 ini adalah, TawauKini mengambil perhatian akan mesej ku di Facebook untuk minta tolong Page tersebut mewara-warakan program kami ini!

And guess what, TawauKini agreeeeed!

Seeeeeeeeee, COOL BETUL ORANG TAWAU MAK HELP MAHU KAHWIN ORANG TAWAU (TAPI TIDAK MAHU TINGGAL DI TAWAU OKBAAAAI)


Mula-mula TawauKini bagi range harga untuk iklan dalam page mereka. Faham juga lah, sebab page terkemuka di Tawau kan. Page paling berpengaruh I might say.
Tapi, dengan keikhlasanku menyatakan hasrat yang kami sebenarnya mahu kutip dana untuk PIBG, maka admin TawauKini pun bersetuju untuk post juga iklan bola kami dengan syarat, kami jadikan TawauKini sebagai rakan media (Media Partner) untuk program ini, weee.
Alhamdulilla, I was so moved by TawauKini yang buat aku laaagi rasa mahu tinggal lama di Tawau, tapi tu lah, di Tawau tiada Mama saya :)

Lepas habis program Bola, I updated to TawauKini pasal program kami. I sent them a picture. And you know what? *jap lap airmata jap * Tawau kini minta informasi pasal pemenang dan hal-hal berkaitan untuk mereka masukkan dalam page sekali lagi. *sambung nangis terharu *


Ayat memang akulah yang buatkan dengan sokongan cikgu yang terlibat.

Program-program macam inilah yang boleh rapatkan hubungan sesama guru. I feel so blessed.

Sebab jadi AJK bola inilah aku terpaksa study pasal istilah-istilah dalam bola yang disebut-sebut sebelum, semasa dan selepas bola sepak. Belajar ilmu baru sepanjang haya betul. Tu aku tidak cerita lagi ada orang PM tanya perihal penganjuran yang aku gelabah sendiri mahu reply. Some replies were funny to be read again. I kept it away from here nanti membuka aib kaki bangku dan buta bola sepak sendiri hahaha!

THANK YOU TAWAUKINI SEBAB JADI SANGAT AWESOME!

Inilah semua kami (termasuk Kak Andi yang ambil gambar) bersama finalist + winners Bola Sepak 9 Sebelah anjuran PIBG SMK Titingan, Tawau.


Ok let's end Bola Sepak 9 Sebelah with a selfie dengan background padang bola dan pemain-pemain bola. 

It was funny again to remember how everything was handled. Tapi manis dan mahal betul pengalaman ini. Saya rasa saya sangat rapat dengan cikgu-cikgu, saya dapat pengalaman mendapat kritikan (baca:kecaman) di facebook lepas TawauKIni post di page dorang pasal iklan bola kami. Mahu saja share negative comment tersebut but my blog doesn't deserve any hatred post in it. So, simpan buat kenangan sajalah. Lagi pun, saya percaya saya mengendalikannya dengan sangat baik dan profesional bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuanganku dalam mengurus program bola sepak ini.

Seorang Zafirah paling tidak suka benda-benda yang memerlukannya berinteraksi, berhubung dan berurusan dengan orang asing (read: strangers), tapi bola sepak ni jugalah yang paksa saya berbuat demikian. Another achievement unlocked, boleh macam tu?.

Syok sendiri di facebook untuk share iklan, buat ayat hebahan, paksa family and friends untuk sebarkan juga kepada rakan dan taulan mereka yang tinggal di Tawau. Best betul hidup saya sebab dikelilingan orang-orang yang supportive! 

Semua sebab support dari family and friends. Saya sayangkan ukhuwah antara saya dan guru-guru di sekolah saya. Semoga kami akan terus jadi kawan baik walaupun masa saya sudah dapat pindah sekolah ke kawasan yang lebih mendekatkan saya dengan Mama di kampung <3

Oktober 2022 juga adalah detik di mana saya menyedari Roti Goreng Marrybrown sangat enak dan menjadi favourite sudah!

Lastly. Saya akhiri Oktober 2022 dengan kedukaan yang membangkitkan (ceh) iaitu,...

My love story with the one and only who took this picture met it's ending chapter and I didn't like it. I'm still dealing with it finely, I guess. 

Fasa-fasa membulatkan tekad untuk mengakhirinya memerlukan perjuangan juga, yang hanya Tuhan yang tahu. Lama-lama, perlu juga dikhabarkan kepada keluarga, supaya mereka tidak lagi menyangka saya masih lena dibuai angin cinta (kenapa aku taip ayat begini?).

It was actually my first time being seriously in love. Siap bagitahu family and friends tau, kalau tidak percaya tengok post aku pernah tulis ni : http://themissela.blogspot.com/2022/08/fasa-fasa-bercinta.html

Ingatkan aku hanya merasai kegagalan dalam exam Addmaths dan Chemistry masa sekolah saja, rupanya dalam percintaan pun aku boleh gagal weh. Dewasa sudah pun masih putus cinta, cis!. That's life, kan?

So yeah. Bagilah aku banyak mana lagu break up, semua aku boleh relate sekarang ni. 

How irony, all of my favourite love songs make me want to vomit now. Lagu cinta semua tidak logik at this phase haha!

I'm positively in my healing process though. Don't worry. I am learning.


Exile by Taylor Swift
Happier Than Ever by Billie Eilish and,
All Too Well 10 Minute Version (Taylor's Version) 
Hits Different by Taylor Swift

are my jams in the car now. 

Rasa macam perlukah cerita hal sedih putus cinta dalam blog?, perlu lah kot nanti boleh baca balik dan gelakkan balik Zafirah yang 27 tahun ini, pernah dikecewakan haha!

Til next post! Bye.





Comments

Popular posts from this blog

Clean.

Ain. Ila. Sarah.

26 and it's TMI time!

Before 2021 ends!

Aku&SMATS: Tangki