Form Six?


Assalamu'alaikum




Mengikut perkiraan aku sekarang, empat bulan sudah aku meninggalkan alam persekolahan (sekolah menengah) well, who knows I’ll further my study in form six? Masa tu aku merasalah kembali memakai baju sekolah dan menyandang beg sekolah serta bangun pagi-pagi untuk bersiap ke sekolah. Masa tu juga aku mulalah terikat dengan kerja rumah, jadual bertugas bersihkan kelas, iron baju sekolah, perhimpunan pagi, stay up,Yes! orang mahu payback SPM yang lalu itu yang zemangat lain macam tu,, fuhh harap-haraplah tidak hangat-hangat  tahi ayam sahaja semangat aku mahu sekolah balik ni, aku mahu dapat bunga dari matluthfi90! Dan tidak mahu dapat daun sahaja =’P



Tapi, bukan SPM lah, STPM mungkin? InsyaAllah. Tapi tu lah, aku plan sahaja, yang confirm-kan sama ada diluluskan dengan cara yang aku plan atau ada lagi plan lain yang tersedia dan lebih baik dari apa yang aku rancang, sesungguhnya Allah juga merancang dan DIAlah sebaik-baik perancang, aku yakin itu dan apa yang penting usaha aku kena fulblast lah kalau mau berjaya untuk form six nanti sebab ada juga suara abang-abang dan kakak-kakak yang bagitahu, “form six is not easy as what you expect”, “form six itu susah! Susahnya bukan calang-calang susah”, “baik cik adik fikirlah baik-baik ya kalau mau ambil form six” peghh! Bergetar satu tubuh badan ni tau dapat pandangan macam tu, bukan mahu encourage orang untuk sambung form six malah memberi momokan sebegitu rupa!, mungkin abang-abang dan kakak-kakak ni sayang dengan aku lah kan sebab dia orang mahu aku betul-betul bersedia dan fikir masak-masak dengan keputusan aku(jika berhajat sambung form six lah).

Tapi, ada juga kakak-kakak dan abang-abang yang memberi galakan untuk sambung form six dan itu yang melegakan tu =). Mereka kata, “form six pun ok bah”, “form six pun bagus apa?! Lagi pun, sistem form six sekarang sudah lain, pemarkahan macam di universiti ikut semester(aku berlagak aku tahulah sistem baru, sistem ikut semester bagai?! haihhh!)”, “ form six tu, jimat kos pembelajaran, tidak perlu pinjam PTPTN sementara pembelajaran di tingkatan enam, dapat bantuan baucer buku pulak tu =D lagi pun lepas form six terus sambung degree wooo! Form six setahun lebih ja pun”, “form six ni, bagus.. kakak tengok kau ni belum cukup matang dengan dunia sebagai pelajar IPT…bila sambung form six atleast adik ada tempoh untuk matangkan fikiran dan bersedia dengan dunia yang penuh mencabar di luar sana, nama pun pra-universiti kan?” dan paling best sekali… “bagitahu ja apa adik perlu?, nanti kakak tolong. Make sure, tanya parents dulu kalau dia orang bagi adik sambung form six” dan sebagainya. Dorongan seperti ini yang buat aku beriya-iya sambung form six lebih-lebih lagi mission untuk payback SPM yang lalu tu lah kenapa? Tidak puas hatikah dengan result yang aku dapat?, no no no, jauh sekali untuk menyesali apa yang aku dapat, itu aku anggap sebagai pendorong aku untuk buat yang terbaik dan lebih baik dari yang lepas tidak salah bukan?.

Mungkin ada yang berfikiran, form six itu hanya untuk pelajar-pelajar SPM yang tercicir dan tidak berapa mau gempak result SPM mereka serta meletakkan form six sebagai pilihan terakhir,tidak dinafikan aku pun pernah fikir macam tu… cakap lah apa yang hendak di kata, tapi saya percaya disebalik istilah tercicir dan keputusan SPM yang tidak gempak itu, tersirat satu misi dalam diri setiap pelajar form six iaitu

“Improve! And Prove it!”.


Ini random thought saja tau, aku masih tidak tahu dan tidak pasti dengan hala tuju kehidupan aku lepas ni.. aku akur saja dengan apa yang disarankan oleh keluarga aku, they know me well enough(eicehh,macam memberi saranan calon suami pulak ya?mhaha).
Entri kali ni macam aku cenderung mahu sambung form six kan?, serahkan saja semuanya kepada Allah. We’ll see.



Sungguh kuakui, penulisan kali ni memang bermodalkan matluthfi90 mhahaha, janganlah  kalian berasa annoying dengan aku sebab aku juga manusia biasa(apakah kaitan?)ok ,sorry.

Well,thank you matluthfi90 for the advice below!

Ok, ini tipu. Matluthfi90 tiada cakap macam ni pun dalam video dia,much sorry!.


All the best kawan-kawan!
See You d IPT

mhihihi =D


Comments

Unknown said…
I want you to know that I will always support you...
sapa tahu kau ada rezeki di situ :)
Unknown said…
aku suka org yg bersemangat!!.. bgi aku.. tidak adil mengukur kejayaan seseorang itu berdasarkan result dalam kertas sahaja... kita masi ada masa.. in shaa Allah nnti kita akn menyumbang kmbali kpda masyarakat..:D

Popular posts from this blog

Clean.

Ain. Ila. Sarah.

26 and it's TMI time!

Before 2021 ends!

Aku&SMATS: Tangki