Booster 💉


Assalamualaikum wbt. Hai. 
Walaupun ada cakap vaksin booster ini agak tidak relevan dan mendapat banyak tentangan daripada ramai penerima dos lengkap vaksin Covid-19 apatah lagi anti vaksin di luar sana :')

Tapi, kutepis semua fikiran negatif dengan keyakinan, KJ sudah ambil. Kak Tika sudah ambil,  TV tunjuk ramai sudah ambil, Kak Tika cakap ambil lah nanti tidak dapat umrah, dan Anna anak buah ku juga sudah vaksin (tiber) jadi aku teruskan juga hasrat  murni itu.

Lagi pun, ini adalah ikhtiar untuk sihat supaya dapat buat banyak kebaikan dalam hidup lillahi ta'ala.

Tambahan pula, MySejahtera sekarang boleh booked appointment vaksin booster mengikut tempat yang paling memudahkan kita untuk datang. Tidak perlu berpanas beratur panjang. Ya lah, sudah lah nervous, kalau beratur panjang, panjanglah juga nervous-nya.


Booster appointment aku booked dari MySejahtera. Macam VIP rasanya sebab boleh pilih vaksin booster apa yang kita mahu, pilih pusat pemberian vaksin yang kita mahu, yang terdekat yang termewah hah ikut lah! haha. Aku ambil di klinik Mayfar Clinic, Kubota Tawau. Tapi boleh juga aku hampir putus asa cari klinik ni, berpusing-pusing aku mencari sampai aku singgah makan dulu baru aku cari lagi. 

Sebelum vaksin, aku lunch dulu. Berselera betul aku dan nasi aku melimpah ruah, sebab mahu ambil vaksin kena makan kenyang-kenyang kan. Lepas makan aku jalan lagi cari klinik tu,

Rupanya,

klinik ini sebaris dengan restoran tempat aku makan tu sahaja. 

"Na pabo aniya?" naluri korean ku berbisik (ceh).

Ngam-ngam jam 2, aku masuk dan terus di sapa, booster?, dan mengisilah segala borang.

Vaksin aku sebelum ini Sinovac, so for booster I chose Pfizer. Hah, kalau tidak kebal lagi tidak tahu lah dua-dua jenis vaksin sudah ada dalam badan aku mihihihi.


Sekejap saja nama aku dipanggil untuk giliran aku.

yang tidak best-nya. Aku boleh lupa yang booster ni kena jarum. Lepas petugas kesihatan itu tunjuk syringe dan bagi tahu dose bla bla bla, baru aku merasakan gemuruh jiwa semangat membara dari puncak ingin ke angkasa! aku macam mahu lari dari situ masa tu juga. tapi berbekalkan semangat pantang mundur sebelum berjuang, aku buat-buat rileks saja. 

Tusukan booster ini penuh penghayatan ya kali ini. Aku dapat rasa setiap cairan vaksin tu mengalir masuk ke badan ku. Aku rasa kalau aku terlebih feeling, aku boleh jadi Dragon Booster masa tu juga kah!

Side effect lepas booster?,
Lenguh dan bengkak manja di bahagian booster dicucuk.
Esoknya rileks buat PdPR macam biasa.
Tapi malam keesokkannya, demam dan lemah gemalai.

Gagah kakiku ke 7e untuk beli panadol (dan sempat juga aku merembat aiskrim Mochi Durian sebagai habuan sebab sudah booster, hah tiber lagi).




23.03.2022, booster dose safely befriend with my antibody. Semoga Zafirah dapat menziarahi tanah suci Mekah untuk umrah dan haji (walaupun macam tiber, tapi doakan ya?)


Thank you for reading!

Comments

Popular posts from this blog

Clean.

Ain. Ila. Sarah.

26 and it's TMI time!

Before 2021 ends!

Aku&SMATS: Tangki