Jejak Terengganu! part 1 | #CatatanZafirahBerkelana
Bismillah. Assalamualaikum wbt! Hai dunia blog yang dirindui dan paling kunanti untuk meluangkan masa mencoret memori sebagai tatapan akan datang. Sejauh dan selama ini aku menulis blog, sesekali aku suka buka cerita lama dan tengok sendiri proses aku belajar sesuatu dari hidup ini. Paling best, in shaa Allah ada lah juga manfaat untuk pembaca :) Ok, marilah aku mulakan cerita pengembaraan seorang manusia bernama Zafirah yang teruja setiap kali dapat tahu ada cuti hari Jumaat dan kelas Sabtu dibatalkan. Justeru, pada 03. Novermber 2017 berkelanalah seorang Zafirah merentasi Pantai Barat ke Pantai Timur :) Misi melorek peta Malaysia! Bermula pada hari Jumaat, 26. Oktober. 2017, bertanya Khabar kepada Siti (seorang kawan se dari bangku sekolah menengah sehingga meja Tingkatan 6 yang ohsem), dikhabarkan bahawa universitinya UniSZA akan mula cutipertengahan semester pada 03. Nov. 2017. Sebenarnya, sudah lama berhajat untuk menjejaki Terengganu tambahan perisa keing...