Jejak Terengganu! part 1 | #CatatanZafirahBerkelana

Bismillah. Assalamualaikum wbt!

Hai dunia blog yang dirindui dan paling kunanti untuk meluangkan masa mencoret memori sebagai tatapan akan datang. Sejauh dan selama ini aku menulis blog, sesekali aku suka buka cerita lama dan tengok sendiri proses aku belajar sesuatu dari hidup ini. Paling best, in shaa Allah ada lah juga manfaat untuk pembaca :)

Ok, marilah aku mulakan cerita pengembaraan seorang manusia bernama Zafirah yang teruja setiap kali dapat tahu ada cuti hari Jumaat dan kelas Sabtu dibatalkan. Justeru, pada 03. Novermber 2017 berkelanalah seorang Zafirah merentasi Pantai Barat ke Pantai Timur :)

Misi melorek peta Malaysia!

Bermula pada hari Jumaat, 26. Oktober. 2017, bertanya Khabar kepada Siti (seorang kawan se dari bangku sekolah menengah sehingga meja Tingkatan 6 yang ohsem), dikhabarkan bahawa universitinya UniSZA akan mula cutipertengahan semester pada 03. Nov. 2017.

 Sebenarnya, sudah lama berhajat untuk menjejaki Terengganu tambahan perisa keinginan tahap memberontak mahu pergi itu adalah, Siti lah. Post gambar cantik-cantik di laman sosial, aku yang melihat ini mana mungkin tidak terpanah dan menetapkan azam untuk jejak Terengganu untuk dapat gambar macam Siti. Sambil-sambil itu, boleh lah juga jejak Terengganu dan berjumpa denan sebilangan kawan-kawan sekolah aku iaitu Siti sendiri, Mifdha, Pili dan Giyin (tapi dia balik Sabah masa tu).


Selepas mendapat gambaran akan cuti yang agak panjang itu, Jumaat, Sabtu dan Ahad (03-05 Novermber 2017) maka tanpa keraguan yang mampu mengubah pendirian, aku pun booked lah tiket. Aku sudah beli tiket bas dari Tanjong Malim ke Kuala Terengganu lebih awal. Tapi sebenarnya, aku telah booked tiket flight dari Terengganu ke KLIA2 jauh lebih awal. Alasannya apa?, supaya NO TURNING BACK. Jalan terus!. Lepas booked flight ticket, baru aku beli tiket bas ditemani roommate-ku, Nabela

Harga tiket flight dan tiket bas lebih kurang sama sahaja,  tapi mahu juga merasa naik bas sebenarnya, wonder how it feels to remain seated in the bus for 7 to 8++ hours just like my  Terengganu and Kelantan friends when they want to go back balik kampung =D

That's the intro lewlsss intro panjang sebegitu? Alaaa part one kan!

Let's not talk too much please Zafirah.

Malam (03.Nov.2017 - Khamis), Nabela hantar pegi stesen bas Tanjong Malim guna motor Cik Miss. Thank you miss and Belaaa!

Bela teman tunggu bas. Bas aku masa tu depart pukul 11:00PM, tapi minta Nabela pulang awal juga, sebab bahaya anak dara keluar malam-malam. Kalau family Nabela tahu ni memang kena lah aku!. kekeke. Tapi Nabela tetap chill sambil berkata, "Don't worry Kak Zafirah". weeee!


Sementara itu, OOTD?
Bagpack tu Azura punya, aku pinjam. Zura pun dengan baik hatinya meminjamkan beg tersebut. Terima kasih Zura!. Zura juga adalah pendorong kuat untuk aku jalan, sebab aku minta pendapat dia dengan Chua masa tu, they said GO!, masa tu dorang ada kelas hari Sabtu, sebab tu cannot join this trip. Bukan sesaja jalan seorang, ajak juga kawan-kawan tapi semua  tidak available masa tu. So, ya. Jalanlah daku sendirian.

Sebelum jalan tu, ada juga lah kawan-kawan aku bagi tips naik bas macam mana, mana mahu berhenti, jangan minum air banyak nanti banyak kali kena berhenti turun bas untuk ke tandas dan risau nanti tertinggal bas. Such worries were mingle around my head. Takut tertinggal bas, kalau salah naik bas macam mana?, kalau turun tempat yang salah macam mana?. fuhh, tapi kawan-kawan so cool, dorang cakap, Kuala Terengganu adalah perhentian terakhir, so Zafirah, bila semua orang sudah turun, barulah Zafirah turun sesambil tengoklah juga persekitaran luar. haa gituu.


This is Nabela:
 Roommate, coursemate, SY-mate, soulmate, classmate, assignments-mate hahaha semuaaa!


Ok, dalam bas. #TERUJA!
dapat seat single. and I was like... oh bas ada seat single macam ni. Bela ada cerita juga pasal seat single ni, tapi aku tidak dapat imagine macam mana. Lepas dapat naik bas ada seat sebegini, barulah aku macam oh woaaaaaw!. Bas sangat selesa. 

Pergi malam, sampai...

Siang. Good morning Terengganu!
Ya, aku dalam bas memang tidur memanjang. Sesekali bangun juga, update live location dalam grup whatsapp family hihih.

Setesen bas KT!
Hentian Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu!

Then, whatsapp Siti bagitahu yang diriku sudah sampai ke destinasi dengan selamat.
Lebih kurang 7 jam perjalanan termasuk bas berhenti-henti. Ah aku apa kisah janji sampai
jumpa Siti dan kawan-kawan!. So, sementara menunggu Siti, ronda-ronda lah sekitar stesen bas itu.

Muka good morning sangat kan? tapi mahu juga selfie oh come on bukan selalu!

Ini atas stesen Bas tu. Tapi kedai tiada buka pun lagi.

Janna Nick pakai tudung, ok ini pun I teruja sudah kenapa kannnn? 🤦

Tidak lama kemudian, tibalah Siti bersama errr lupa nama! aduh!
Tapi seorang jejaka Sabahan juga. Dia macam buat service hantar and ambik orang macam tu. So, ya begitulah. Maaf lupa nama kekeke. Nanti Siti ingatkan ok!

otw to UniSZA!

Tidak terus ambik gambar dengan Siti, aku record video masa jumpa Siti, so, Siti bawah-bawah nanti baru ada gambar Siti. So, bacalah sampai habis =P

Setibanya di UniSZA, terus ke hostel Siti. Berehat, dalam plan lepas Jumaat baru pengembaraan Terengganu bermula bersama Pili dan Mifdhal :)

See, we planned our journey :)
Tapi Siti kata, mana sempat kita pegi. Mana tidak sempat, kita pegi esok.

But, sementara menunggu jejaka siap solat Jumaat, Siti pun enggan membuang masa kami, maka dibawalah seorang Zafirah ini makan tengahari di kafe kemudian pusing UniSZA yang super WOW! itu...

A must photograph!

I found Nimbus 2000 to fly and catch the Golden Snitch!
#potterheadwhereareyou?

 I can name all the flags. Should I write it down here?

 Okay no need.
#Respect #IloveMalaysia

 Around Siti's Faculty if I'm not mistaken.

Siti is shining up her photography skills.
As a disclaimer, Siti adalah seorang yang sangat suka dengan fotografi dan segala editing. Aku perasan masa form 6 lagi. Bagi lah dia gambar macam mana teruk lighting and view pun, dia boleh edit bagi cantik. Padanlah, Siti pun cantik orangnya =)

Ok, selesai habis ronda UniSZA, the jejaka tampan pun, datanglah pick-up kami untuk berkunjung ke....

Driver: Mifdhal, co-driver: Pili



*excited excited excited *
First namapak tu, terus cakap "Wuu macam di Polis Evo !" #zafirahgotexcited


We are heading to...

To...
#spotthatexcitedzafirahhhhh! hahaha
.
.
.
.
.
.
.
.
drumroll
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TASIK PEPSI BLUE, 
RUSILA, MARANG, TERENGGANU!


SubhanAllah! Beautiful!!

Mandatory wefies the squad!
Baju hitam tu, itulah Pili, sebelah tu Mifdhal dan seorang lagi tu, SITI or kawan-kawan UniSZA beliau panggil, Zue sebab nama penuh Siti Zuraina.




Ini pula, Ain. 
Kawan Siti, juga seorang Sabahan dan belajar di UniSZA.


More pics:








😍😍😍😍😍

Berempat.
Pili, Siti, Ila dan Mep.

#TeamSMATS0812 #TeamSEMEKAR1314

So calming!
Siap cakap dengan Siti macam mahu buat rumah depan tu supaya hari-hari boleh tengok!

Next,
kami ke....

TAMAN REKREASI PULAU KEKABU,
MARANG, TERENGGANU!


Feeling so in Goblin!


Pili melayan perasaan =P

More pics:



Berempat.
Thanks Ain ambilkan gambar berempat cecantik!

Seterusnya, ke...

Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu.

Most interesting is...

Buaian ni, feeling so in Lombok!


 ececehhhh


Bubbles!

Dinosaurs tersadai.
Hahah budak mana lah yang tertinggal mainan. Ni kalau dia sedar dia hilang dinosaur collections dia mesti dia mengamuk dan bertukar menjadi T-rex.

Hari pertama jelajah Terengganu diakhiri dengan makan malam di:

NASI LEMAK AIRPORT!


Obviously, nama Nasi Lemak Airport sebab memang dekat dengan Sultan Mahmud Airport. Maksudnya, one way ke Nasi Lemak Airport ni memang nampak airport. Demikianlah lah namanya Nasi Lemak Airport. #sisgigihexplain

Tunggu makanan...

Tunggu lagi...


And...
taraaaa!
Nasi Lemak Airport yanng sedap berbaloi.
Sambal sedap boleh top up dan ayam goreng 2 ketul.
Ayam goreng pun sedap, crunchy and juicy!

Pardon that very-not-good-food-photography-by-me #sorryzafirah

Tapi memang sedap! Masa tu hujan, jadi pekena Nasi Lemak Airport panas-panas memang padu beb! #Zafirahtrieshard mihmihmih.


Malamnya,

tengok kawan kami kahwin melalui ig live.

ROSA!

Beautiful Rosa 💖
Rosa pun kawan form 6 kami juga. Classmate kami. Masa majlis akad nikah tu, dia buat IG live, so here she was masa dalam live tu.

I just love technology!, yang jauh-jauh pun boleh rasa macam ada bersama dengan Rosa! yay!
Selamat penganti baru Rosa!


End of 1st day in Terengganu!

Fuhh habis part 1, jumpa part 2 mungkin?

In shaa Allah!
Till next entry!



















Comments

Popular posts from this blog

Clean.

Ain. Ila. Sarah.

26 and it's TMI time!

Before 2021 ends!

Aku&SMATS: Tangki