Cikgu dalam perjalanan.
Bismillah.
Ini minggu pertama aku untuk semester 3 pengajian aku. Ya, baru semester 3, aku ada 5 semester lagi untuk dihadapi. Rasa lama, tapi tidak perlu rasanya aku mengira setiap detik dan hari untuk menamatkan tempoh pengajian yang bersisa 3 tahun lagi ni. Macam yang kita selalu dengar, Just living with the flow. Time flies~
Salah satu subjek aku ambil semester ini adalah Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah dan Dasar. Tadi kelas pertama. Nama subjek bukan main lagi kan macam esok layak jadi guru kalau khatam subjek ni. Tapi in shaa Allah, sedang dalam perjalanan :)
Aku tertarik dengan beberapa ayat yang pensyarah aku cakap tadi dalam kelas. Jadi aku mahu tulis di sini. Ya lah, ada juga aku baca-baca nanti.
Pensyarah aku beritahu pasal tugasan-tugasan yang kami perlu selesaikan sepanjang semester ini. Antaranya, melengkapkan 14 unit pembelajaran dan mesti dilengkapkan dengan menggunakan tulisan tangan (hand-written). Rasionalnya apa selain mengelakkan pelajar copy paste kerja kawan?
"Generasi sekarang kurang membaca, jadi kita perlu paksa mereka membaca. Rasional saya minta kamu tulis tangan, saya memaksa kamu untuk membaca"
"Generasi sekarang juga semakin kurang menulis sebab lebih cenderung menggunakan gadget. Lebih menggunakan deria sentuhan "sense" sebab terlalu meluangkan masa dengan gadget"
Bila ditanya, apa buku rujukan yang perlu kami ada untuk mata pelajaran ini?.
Tiada yang khusus. Ilmu dalam subjek ini ada dalam pelan-pelan pembangunan pendidikan negara. Bacalah semua tu, lawati website KPM. Pelan induk pembangunan pendidikan Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke 9 dan seterusnya. Ambil tahu akta-akta pendidikan
"Subjek ini sebagai persediaan anda menjadi pendidik. Sebagai memberi gambaran kepada anda tentang budaya pendidik"
Aku bersediakah?
Comments