Cerita Aku&SEMEKAR membawa ke Cerita Uni


Assalamu'alaikum wbt.

haaai~

22 Feb 2016 kuliah bermula untuk semester dua ini.

So far, things went well i guess.

Aku belum mula busy. Biasalah awal sem kan. Masuk minggu 5 dan ke atas ha mula lah terkejar-kejar masa menyiapkan assignments dan segala komitmen,

Mahu bagitahu juga lah, tempat pengajian aku sekarang ni, aku tidak bersendirian sebab aku ada 3 orang kawan masa sekolah dulu yang dapat belajar ditempat yang sama. Cuma program kursus kami tidak sama.

Mari saya perkenalkan diri mereka satu persatu.

Cikgu, 4 orang anak murid cikgu ada di sini!

Aku-Mai-Marha-Apis.
Gadis-gadis pakai baju batch masa STPM dulu <3

Hafiz. Masa sekolah kawan-kawan panggil Apis. Ustazah paggil Apitchj. Masa STPM dulu kelas Pengajian Perniagaan. Sekarang ambil kos Kewangan Islam kalau aku tidak silap.
Next,

Maisarah. Mai, friends used to call her Mamai hihi comel. Mai satu kelas Apis masa sekolah dulu. Sekarang dalam kos Pendidikan Khas whoaaaaa~
On the other side,

NurAisyahtulmarha. Kami panggil Marha. Marha satu kelas aku masa STPM dulu, kami sama-sama ambil kelas Usuluddin. Sekarang, Marha dalam kos Bahasa Arab.
dan,

Aku. Ila. Pendidikan Islam.



Masa ada masa terluang ni lah dapat jumpa dengan dorang ni. Kalau jumpa pun mesti terserempak tengah jalan, atau di surau atau dalam bas. itu ja la.

Plan nya mahu ada gambar bersama setiap sem sepanjang pengajian ni. Sem lepas idea ni tiada lagi, so... mula sem ni lah.
Konon konon imagine nanti gabungkan semua gambar-gambar setiap sem tu untuk dijadikan tatapan satu hari nanti.

In shaa Allah, masa konvo nanti pun ada gambar sama-sama pakai jubah bila berkesempatan dan berpeluang :)



Semoga kami dapat menamatkan pengajian dengan jayanya In shaa Allah!



Comments

Popular posts from this blog

Clean.

Ain. Ila. Sarah.

26 and it's TMI time!

Before 2021 ends!

Aku&SMATS: Tangki