Posts

Showing posts from 2015

Promote blog sendiri hahaha

Image
Assalamu'alaikum wbt  hey is it me you're looking for? *nyanyi* Ok, aku curi-curi update blog jadi maknanya bicara akan hanya sedikit dan kena cepat menaip. Ini adalah minggu terakhir kuliah, maksudnya minggu depan minggu ulang kaji which you all selalu panggil study week tueww~ Jadi maksudnya final exam bakal menjelang tidak lama lagi hoi! Ok baik, sebelum aku merapu dan sebelum rasa mahu menaip sampai pagi esok baik aku terus kepada poin utama. ok ok ok. fokus zafirah fokusss! Semester ini, aku ambil 7 subjek dan salah satunya adalah subjek MTE3012 iaitu Kopetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau dalam bahasa orang puteh panggil ICT Competency. Banyak juga la tugasan yang perlu kena buat seperti buat sijil guna mail-merge, buat video pengajaran guna Window Movie Maker, guna Audacity lah, buat poster guna GIMP lah dan macam-macam lagi lah. Semua benda aku baru dengar dan baru tahu, Paling best dapat belajar lah.  Salah satu juga tugasa...

Cerita Uni Pertama

Image
Assalamu'alaikum wbt! hi everyone~ September > Oktober > November fuwh! genap 2 bulan dalam alam universiti yang dahulunya menjadi idaman dan impian setiap pelajar. Cakap 2 bulan macam lah lama sangat kan? masih baru. tapi kenapa aku rasa lama gilaaa?! hahaha mungkin sebab jarak jauh dari keluarga, lepastu kena urus makan minum sendiri, lepastu urus duit sendiri, kejar masa sendiri, buat kerja sendiri, makan sendiri, study dengan cara sendiri, buat tugasan individu sendiri, ah semua kena handle sendiri! Dulu, makanan terhidang sedia sebab ada makcik dewan makan yang masak, aku hanya perlu turun ke Dewan Makan untuk ambil makanan pada waktu makan yang ditetapkan. Dari sarapan-makan tengahari-minum petang-makan malam-minum malam semua disediakan. Bahagianya saat itu! Adik-adik yang duduk asrama tu, nikmati saat-saat indah anda bersama dewan makan. Nanti tidak merasa lagi makan malam Ayam masak merah, makan tengahari ayam masak kurma + sambal belacan + sayu...

asal ada kena 'post'

Image
Merangkak mencari masa untuk ini :( -gambar sekadar hiasan.

WordlessWednesday: Aku lupa semangat yang lalu | Coretan cuti Hari Malaysia

Image
Assalamu'alaikum wbt. Aku masih dalam proses mengenali hidup di alam baru bagi aku ini. Masih kabur. Aku masih tidak faham, masih tercari-cari. Nama pun proses kan? nanti, biasalah. Aku baca entri lama, mana tahu jumpa pesanan "aku" yang dulu . Ternyata, aku sesemangat ini. wah! Tugas kita sebagai pelajar itu Aku akan cuba teruskan!  ****** Salam 16 September, salam Hari Malaysia, salam #sehatisejiwa  meriah Malaysia dengan pelbagai budaya, penduduk majmuk dari berbilang kaum, bangsa dan agama  duduk dibawah langit yang sama,  setia pada kebanggan kibarnya bendera. meriah juga dengan pelbagai warna.  Ada kuning, ada merah hihihi Aku sayang Malaysia. Teruslah bersatu, teruslah seia sekata,teruslah damai, teruslah aman. Aku sayang kau, Malaysia. :)

WordlessWednesday: Detik-detik terakhir sebelum bergelar pelajar U

Assalamu'alaikum hai blog. lama aku berniat mahu update kau. banyak aku mahu cerita. banyak gambar aku mahu sertakan. cuma aku tangguh. sebab, aku sibuk menyelesaikan banyak perkara untuk persediaan masuk U. antara lain aku kurang arif dalam mencuri masa untuk edit gambar.  ya lah mencuri kan perbuatan yang tidak elok. eh? hehe Teringat, dulu dipupuk dari sekolah rendah "belajar mesti rajin. besar nanti dapat masuk U" Alhamdulillah, aku sedang ke arah itu. terima kasih mama, terima kasih guru-guru. terima kasih ahli keluarga, terima kasih sahabat-sahabat. terima kasih Allah untuk anugerah nikmat bahagia dengan cinta ini! MARI BERYUKUR! Semoga langkah ini tidak goyah untuk meneruskan perjuangan. LILLAHI TA'ALA!

Yu Pi Yu

Image
Assalamu'alaikum! Hai~ 11 Ogos 2015 hari tu result UPU diumumkan. 12pm boleh check. Beberapa hari sebelum keputusan UPU tu keluar dan detik detik waktu boleh check UPU tu perasaan nervousnya ya Rabbi Allah saja yang tahu. Tidur tidak lena, fikiran melayang entah ke mana, jari jemari bergetar secara tiba-tiba, risau sini sana siap buat status whatsapp "sedang nervous, jangan ganggu!", dihantui fikiran negatif di atasi pula dengan positive vibes yang  disalurkan dari mereka yang amat aku kasihi, "Yakin, redha dan baik sangka! Apa pun keputusan nanti aku mesti terima dengan tabah. Rancangan Allah jua yang terbaik! Dan jika benar aku yakin rancangan Allah adalah yang terbaik tiada sebab untuk rasa kecewa!" Sampai detik 12pm aku buka la website UPU tapi hampeh.. Tidak dapat buka! Cis. Namun, aku cool (tipu) dan mengambil handphone untuk cuba check guna SMS. Tapi, oh kredit pula tiada. Sekali lagi, cis!.  Aku tidak berhenti begitu saja, demi menja...

Wordless Wednessday: Nickname ?

Assalamu'alaikum! Hai ! *melambai* Nama saya Ila. Cara ejaan "glamour" Ela. Tapi bunyi tetap Ila, bukan Ella. Nama penuh pula, Zafirah. Ada Siti di depan. Mereka yang baru kenal biasa bertanya. Kenapa Ila bukan Ira? Atau Firah? atau Zaff?(haha) Biasanya aku jawab, entahlah. Sebab dari kecil kena panggil dengan nama itu mungkin. Mungkin juga sebab bunyi 'R' susah mahu sebut masa kecil dulu. Bila fikir balik, mungkin juga sebab karakter orang yang biasanya bernama "Ira" atau "Fira" itu tiada dengan aku. Mungkinlah. Nama saya Ila dan saya sayangkan Malaysia. Eh, ayat macam familiar jaa kekeke ^___~ -"Wordless Wednesday" yang tidak berapa mahu 'wordless' sangat Kah!

#AzeaTurns20

Image
Assalamu'alaikum wbt! hai~ 23 Julai 2015 adalah tarikh istimewa untuk seorang yang juga istimewa.  ha ayat macam untuk boyfriend suda kenapa kannn? nope, bukan boyfriend, bukan teman lelaki, bukan juga teman biasa tapi, orang itu adalahhhhh*drum roll* : : : : : : : : : : : : : : : : : : : Azearusliza a.k.a Azea! Aku kenal Azea masa kami form 4 (16thn). Masa tu Azea baru pindah masuk sekolah aku dan masuk kelas yang sama dengan aku. Aku rasa mula rapat dengan Azea masa dia dalam sesi memperkenalkan diri, kena bagitahu nama apa, sekolah lama di mana, tempat tinggal mana. Masa Azea bagitahu tempat tinggal dia terus aku terkejut sebab tidak sangka yang aku dan Azea tinggal di kampung yang sama!  Masa tu macam tidak percaya lagi sebab aku memang tidak pernah nampak muka Azea sepanjang hayat aku tinggal di kampung tu.  Lepas Azea memperkenalkan diri tu, laju la aku tanya dia, rumah kau area mana?, Azea...

Temuduga Pendidikan Islam UPSI Sesi 2015/2016 dan Kawan Baru :)

Image
Assalamu'alaikum! hai! amboi tajuk bukan main panjang haha. Ni mahu ceritalah pengalaman aku temuduga atau interview atau kalau malas taip orang tulis 'iv' jaa masa 14 Jun 2015(Ahad) di Universiti Malaysia Sabah atau UMS. Detail okay maklumat masa dan tempat, excited letteww. Hebahan untuk check siapa yang dapat temuduga tu 9 Jun (Rabu). Memang kelam kabut aku dibuatnya untuk buat persediaan, sudahla orang jenis yang belum pernah pegi mana mana temuduga. Itu first time la tu. Habis blog-blog orang aku geledah baca pengalaman, jenis soalan lah bagai masa temuduga. Temuduga kami mula jam 8.30 am. Aku dibawa bertolak oleh kakak aku yang drive bersama mama pun turut serta dalam jam 6.30am . Malam temuduga tu, aku siap siap iron baju, tudung, standby kerongsang segala pin, kasut letak tempat yang mudah dicapai. Malam tu juga aku sibuk la tanya kawan-kawan aku minta tips la, minta kirim doa la, bagi kata2 semangatlah sebab memang rasa cuak tu mula men...