Kenapa hilang orang yang kita sayang ni sakit? Sebab kita sangka dia milik kita, kita lupa dia juga milik Allah. Sama macam kita - mato@Blog Aku Islam. Bismillahirrahmannirrahim. Assalamu'alaikum wbt. Lama aku tidak menulis. Ya, aku tahu. I've been through tough and hectic life with ups and downs, with final STPM semester but yeah, I finished strong my STPM. Yup, us the STPM-ers all around Malaysia just finished strong our STPM! Alhamdulillah!. Tapi. Perkara yang aku tidak pernah aku gambarkan akan terjadi, jadi pada aku, perkara yang paling aku takut, jadi pada aku, perkara yang aku tahu akan buat aku sedih, berlaku pada aku, perkara yang buat aku dengan keluarga aku perlu tabah dan menerima hakikat akan hak mutlak Allah memiliki segalanya , berlaku pada aku. Bapa milik Allah. Bapa hak milik Allah. Bapa tidak pergi. Jasadnya sahaja yang tidak kelihatan. Semangat bapa, kasih sayang bapa, pelukkan bapa, kucu...