Aku & SEMEKAR : 1 sudah 2 lagi :)




Assalamu’alaikum. Hai :D

So this gonna be a super long entry (warning awal. haha)
Habis sudah satu semester ada dua lagi perlu ditempuhi untuk STPM 13/14 . Tidak sabarnya mau habis macam kakak2 senior yang telah berjaya finsh strong with STPM! Salute yo brothers n sisters yang memang gagah dan cekal menamatkan tingkatan enam yang orang lain pandang susah bukan main lagi kan?, big clap untuk kalian semua! Insyaa Allah, saya akan mengikuti jejak langkah gagah kalian semua! (intro haruslah penuh bersemangat!.ehehe)


Ini bersama sebahagian kakak-kakak senior yang sangat supportive dan paling disayangi.
Sem depan tidak jumpa suda kakak2 ni di sekolah, maknanya kami la yg paling senior di sekolah tu nanti.


Next, bercerita pasal general life update untuk yang terakhir kali bagi sem.1 ini.

Pejam celik pejam celik, lima bulan besamaan 1 semester berjaya ditempuhi bersama rakan-rakan seperjuangan,pahit manis asam garam, gelak tangis, sedih gembira, beraktiviti sama-sama, protest dengan servings dewan makan yang menyakitkan hati sama-sama, suka makan nabati sama-sama, suka makan coki-coki sama sama, kena marah sama-sama, bergambar sama-sama, semua sama-sama buat aku rasa macam ya Allah bertuahnya berada dalam kalangan mereka-mereka ini dan buat aku rasa juga,Batch ’95 memang seronok!  Masa  form1-form5 pun macamtu, batch ’95 memang best! Sekarang pun sama, batch ’95 PRA-U pun best! Sangaaaat bestttttt!


CT and Lala kamu jadi duta kelas kita dalam blog aku ni boleh?LOL.

Kelas aku nama 6 rendah Idris Al-Marbawi a.k.a 6 I AM ,ramai juga dalam kalangan kelas aku tidak perasan yang kelas aku boleh di-short form-kan ke 6 I AM sangat cantik bunyi nya kan?hehe. kelas aku ambil subjek bahasa arab, usuluddin, syariah dan pengajian Am. Sekarang jumlah pelajar yang masih kekal dalam kelas ni ada 21 orang tolak Syuhadah, Naqiyah, Bazilah, Ain, Weena, Pija, Ewi dan paling last keluar which is empat hari sebelum final dia pindah iaitu Nizzah. Oh, dengan ada lagi satu orang yang aku tidak smpat kenal pun, dengar nama sahaja nama dia Khalid. 
Ha itu untuk kelas aku la, buat masa ni aku tiada gambar mereka untuk ditunjukkan. Once I have aku update lah ya?.

Classmates sekarang?,  ada aku, Fadhilah, Syef, CT, Dayang, Lala, Ay, Khu, Rossa, Marha, Yull, Saflie, Mook, Sufi, Mifdal, Gene, Pida’, Mol, Faiz, Ermon dan Pili :)

aku masih tidak memiliki gambar2 mereka(boleh ja cilok gambar di fb dorang tapi, aku fikir baik, cerita pasal classmates dalam satu entri khusus la kan? Mana mau minta izin lagi, banyak procedure eicehh).

Kelas lagi satu pula bernama kelas 6 rendah Hamka, pendek pula kan nama kelas dorang ni?, kelas ni ambil subjek, Peng.Perniagaan, Sejarah, Syariah dan Pengajian Am. Kelas ni pula yang kekal gagah menempuhi final exam sem 1 haritu ada 18 orang yang lain seperti Azzeha, Arsab, Izul dan entah aku tidak ingat dan tidak pasti sebab aku datang lewat jadi ramai tidak sempat  kenal siapa yang out dulu b4 aku sampai sekolah ni. Nanti aku brusaha compile-kan gambar2 ahli kelas ni juga ya?

Walaupun ada dua kelas yang berasingan kami tetap kawan macam biasa, lain kelas tapi ada yang satu dorm, lain kelas tapi subjek pengajian Am dan subjek Syariah kami sama-sama. Oh! Muet juga kami sama-sama, Julai 2014 kami akan ambil exam muet weeeee~, lain kelas tapi kami buat aktiviti sama-sama, jadi AJK program-program sekolah dan asrama sama-sama, kami jadi pre-senior sama-sama, BBQ sama-sama, insyaa Allah tahun 2014 kami jadi senior sama-sama,  majority jadi ketua sama-sama, memori kami bina sama-sama. Macam, keluarga.




Ini masa kena ikut program Seminar Kerjaya anjuran Sabah Job Centre diadakan di Dewan Masyarakat Ranau pada 28-29 NOV ‘13. Program ni yang lucunya tidak dihadiri oleh pelajar sekolah, hanya kami yang datang dengan pakai baju batik pada hari pertama dan pakai baju sekolah pada hari kedua, BAYANGKANLAH!haha. masa program tu pula, kami tidak ambil bahagian sangat sebab kami sangatla tidak serius ikut program ni apa tidaknya dua minggu lagi exam final sem.1 tau masa tu tapi, kami kena juga pergi atas paksaan dan dorongan daripada pihak sekolah. Kami akur.

 Atas sebab program ni jugalah kami kena naik bas sekolah dalam keadaan tempat duduk tidak cukup. Sempit k, sempit sampai ada yang kena berdiri. Siapa cepat dia dapat tempat duduk, siapa lambat sila berdiri. Ya, berdiri dalam bas tu dari sekolah sampai dewan masyarakat. Masa balik ke sekolah pun macam tu, first come get comfort sit and who don’t will stand all along the road =P 

Masa ni lelaki tidak peduli sudah macho dan gentlemen untuk bagi kami kaum hawa ni tempat duduk dorang, semua mengejar keselesaan sendiri dan tidak sanggup berdiri huh! Reject tau jadi calon suami mhahahaha!. And yes, aku pernah jadi salah seorang yang berdiri sebab lambat. Tidak apa, the next day aku antara orang yang paling laju naik bas tau! haha.


Erawati. Gadis itu bernama Erawati.

Ini pulak masa sambutan Aidil Adha 1434H, kami (tingkatan 6 rendah) jadi AJK merangkap tukang kupas bawang, potong bawang, blender halia, lengkuas, serai dan etc.., kupas buah, potong buah, sembelih lembu(lelaki laa), tukang masak sup, masak gulai kawah, macam-macam lagi lah!. Gambar di atas tu di rumah ustaz kami yang sangat baik hati, kami kupas, potong dan blender segala bawang semua tu di rumah ustazlah, dari jam 3pm sampai 10++pm jugalah kami di rumah ustaz untuk menyiapkan semua bahan2 untuk memasak keesokkan harinya, maksudnya memang kuantiti bawang tu bukan sedikit yer anak-anak sekalian.
 
Banyak lagi sebenarnya, tapi aku macam tidak larat cerita semua, jadi dipendekkan cerita sila lah layan gambar-gambar di bawah:

Ini di kelas. We smile, we share, we laugh, we study all together.


Kami, dapat BB1M sama-sama. Menunaikan baucer tersebut kepada buku  sama-sama. Susun meja exam sama-sama. Rasa nervous menduduki exam sama-sama. Rasa lega masa habis exam last paper sama-sama =)



Kami pakai baju batik hari khamis sama-sama.



Photoshoot(lah sangat) sama-sama.



Tipula kalau aku kata tiada yang terasa hati, terguris perasaan, kecewa, kecil hati, tidak puas hati, gurauan yang disalah ertikan, walau sesekali pandangan berbeza tapi matlamat kami tetap serupa, Well, yah that is life, penuh warna warni, baru best!. 


 
Mix. Struggle bersama. Dia jatuh kami tarik dia bangun balik. Dia tidak yakin bercakap di depan masa speaking kelas Muet kami support dia. Dia buat pembentangan tajuk pengajian Am atau syariah kami jadi pendengar yang baik. Kami back up each other. Dia tidak faham kami bantu dia untuk faham. Dia menerangkan tajuk subjek yang kami tidak ambil pun untuk exam kami tapi, untuk support dan bantu dia supaya dia ingat dan faham kami dengar dan ambil perhatian.

Sebab, kami tidak mahu berjaya sendiri sendiri. Kami mahu berjaya sama-sama.

Sinilah juga aku jadi kuat, fizikal dan mental. Kawan-kawan yang membantu aku jadi kuat, positif bila merungut, gagah bila lemah itu menguasai diri, subhanaAllah, melalui mereka Allah bg kekuatan itu. terima kasih ya Allah.



Spek aku yang telah tercedera parah macam ni masa beberapa hari sebelum final exam, masa exam aku pakai ja spek ni walaupun tercabut-cabut dan tidak sempurna. Hidup dalam pengelihatan kabur adalah sangat tidak seronok. Alhamdulillah, baru rabun bukan buta. No point untuk mengeluh, sebab Allah tahu kita mampu.

Muslimin, dari kiri: Pili, Mol, Idhir, Salman, Hafiz, Jili, Mook, Mifdal, Gene, Ijal, Izul, Arsab, Almin, Pida’ dan Supi.
Muslimat, dari kanan: Marha, Finaz, CT, saya, Syef, Effa, Miejuk, Yull, Dayang, Rossa, Nizzah, Era, Sue, Dila, Zila and Azilah
(gambar ini tidak lengkap)

Dan, mula dari sini lah aku betul-betul faham yang RISE OF THE FALLEN itu sangat sesuai dengan aku sekarang ni. Tingkatan enam macam peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan lalu. Apa yang mustahilnya?, bila jatuh bangun balik. Bila ketinggalan kita kejar. Jangan berputus asa. Biar lambat, yang penting siap. MisI kita sekarang adalah menamatkan tingkatan enam dengan gagah!, FINISH STRONG! Untuk mencapai matlamat UNIVERSITI itu!

Dan di sinilah juga aku dapat mengalami memori baju sekolah yang lebih dari kawan-kawan yang sudah lama bebas dari uniform sekolah. Dan bukankah zaman sekolah menengah lah yang paling seronok?.

Itu lah dia, general story untuk sem.1 aku sebagai pelajar tingkatan enam kohot 2 yang guna sistem modular. Apa yang pasti, satu semester telah berjaya dihadapi dengan gagah. Alhamdulillah =)
 Insyaa Allah, jumpa lagi di sem.2!



 ma’a salamah!
*wa ilal li qo’*



Comments

Anonymous said…
kak , im your schoolmate :3 form 4. saya rindu sekolah :/
Zafirah Ripin said…
Yaa?? Waaa! Sorry kakak tidak pasti yg mana satu, almaklumlah kakak kan agak baru disekolah tuu, in shaa Allah thn depan tegur kakak tau! Heee :) blog kamu cantik!
Anonymous said…
bah, nanti sa tegur kakak :D. terima kasih blog kakak pun cantik :)

Popular posts from this blog

Ain. Ila. Sarah.

Diari Sahabat YADIM UPSI: Projek Bubur Lambuk SY UPSI 2017 #Ramadhan1438h

Kuat Sedekad.

My SMKTT Memories | 2020

My Best Girl is Married!