Lets do extra deeds! & Istiqomah?, JUST DO IT!
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamu’alaikum wbt. And, hi!
I’m going to
write something based on what an ustaz
told us in a short “kuliyyah maghrib” while only form five and form six
students who stayed in the school because we didn’t finish our exam yet at that
time( November 10, 2013)
The ustaz
told us: instead of we are study hard and work hard(since we were in big exam
mood) actually we need to recheck our relation with our Lord. Trust!, your
success is from Allah, you’re able to
study hard because of Allah, all of the things you have are from Allah. Don’t
you ever say that your achievements and your success come from your own effort,
no! its not!, all those things were given by Allah. Every single thing comes
from Allah, HE gave you everything!. So there is no point to be that arrogant
right?.
So, lets do
extra deeds!
Analoginya
macam ni, when we are want something from our parents such as extra pocket
money?, so we are dare to do anything to make them give what we’re most wanted
tu kan?, kita mahu dapat EKSTRA, di situ kita terus jadi anak yang baik, kemas
rumah, cuci baju tanpa di suruh semua lah yang sampai parents kita tidak perlu
buat apa-apa pun sebab kita sudah buat semua. Then, our parents happy with
pleasure give what we’ve ever wanted {contoh ja la} or, we called it as
“bodek”?.
Samalah juga
masa kita beribadah kepada Allah. Di samping kita menunaikan yang fardhu yang
wajib seperti solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan dan sebagainya, why not
we add our deeds with all of the things Allah likes?. Kenapa tidak?, mesti
Allah tambah sayangkan? Mesti Allah lagi mempermudahkan kejayaan kita kan?.
Contoh amalan
yang Allah suka adalah,berzikir, puasa sunat, bertahlil, bersihkan masjid, baca
Al Quran, belajar bersungguh-sungguh kerana Allah, hormat guru-guru, sayang
kawan-kawan, amar ma’aruf na hi mungkar, baca yaasin antara maghrib isyak, baca
al ma’thurat after solat subuh and solat asar, solat sunat dhuha, baca Al Mulk
sebelum tidur, tolong mama bapa dan semuuaaa lah perkara-perkara sunat dan
mahmudah Allah suka.
Ustaz cakap
juga, siapa tahu? Dalam masa kita study tu, usaha kita cukup untuk dapat 3A ja
tapi disebabkan kita buat kerja EKSTRA/ because of we do EXTRA DEEDS , Allah
bagi kita result 8A. Sebab Allah permudahkan. Sebab Allah sayang.
subhanaAllah!.
Begitu juga
sebaliknya, mungkin usaha kita memang fullblast tahap 10A tapi kita buat
perkara perkara yang Allah tidak suka, Allah larang, Allah boleh ja tarik 10A
tu ke 2A.
Remember,
when Allah intends anything, is only to say KUN, FAYA KUN(Be, so it is).
Allahu
akbar!.
Bukanlah
bereerti kita tidak perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam study kita,
semestinya kita perlu. Allah kata apa dalam surah An Najm ayat 39?:
“dan
manusia itu hanya memperoleh apa yang diusahakannya”
Apa yang cuba
disampaikan di sini ialah, instead of berusaha dalam study tu kena ingat juga
berdoa dan mendapatkan keberkatan masa study itu juga merupakan satu usaha.
Kita kan mahu
meraih kejayaan dunia dan akhirat?
Ingat misi
kita sebagai hamba Allah. Ya, kita ni hamba. Jadi, buat diri macam hamba.
“mencari
redha Allah”
Alangkah
manisnya kejayaan yang disertai keberkatan.
***
Istiqomah itu
juga perlu. Biar amalan2 yang kita buat tu berterusan dari sebelum, semasa dan
selepas exam juga. Kena konsistan.
Haaa part
istiqomah ni yang payah. Samalah, aku pun menghadapi masalah istiqomah ni. Tapi
tu lah, it depends on ourselves juga tu.
Di sini aku
share juga la apa kawan-kawan aku kata pasal istiqomah ni, macam mana mahu
konsistan dengan amalan-amalan kerohanian ni?
(since aku
punya amalan kerohanian tu di sekolah sangat ringan mahu buat tapi kalau di
rumah susah bukan main lagi. Berat ja rasa mau buat semua tu, so aku tanya
pendapat kawan-kawan mcm mana mahu mengatasi masalah tidak konsistan dengan
amalan kerohanian macam kena buat di sekolah tu?)
then, seorang
sahabat cakap macam ni:
hmmmm, itu
kena paksa diri la buat di rumah. Yaa, memang payah mahu konsistan lakukan tu,
tapi try setiap hari paksa diri buat. Lama2, in shaa Allah jadi kebiasaan.
Fikirkan ganjaran pahala yang kita dapat kalau buat semua tu, yang penting niat
semuanya kerana Allah. In shaa Allah, akan istiqomah buat perkara-perkara
kerohanian yang menjadi kebiasaan di sekolah. Hehe,apa2 try lawan maaaa penyakit
malas tu.. =D
tidak cukup
dengan seorang kawan, Tanya lagi kawan yang lain, dan dia bagi kata-kata dari
Ustaz Syed
Abdul Kadir Aljoofre:
Jika harapan
diletakkan selain kepada Allah percayalah, kita akan kecewa.
Jika
kita melakukan sesuatu masih mengharap manusia melihat dan memuji
percayalah,kita tidak akan dapat istiqomah.
Jika ditimpa
satu musibah, kita mengharap simpati manusia percayalah, kita akan putus asa.
Jika
pengorbanan kita tidak dinilai malah dipandang serong oleh teman-teman rapat kita
sendiri, bersihkan hati dan kosongkan hati dari
kebergantungan pada makhluk. Ketika itu, percayalah, jiwamu akan beroleh
ketenangan. Redha lagi diredhai.
Seorang sahabat
juga kata;
Cuba amalkan surah
Ibrahim ayat 40. Jawapan ringkas tapi hikmahnya besar :)
“
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga
zuriat keturunanku. Wahai tuhan kami perkenankanlah doa permohonanku.”
Tip:
Ada ja yang mengakui akan hakikat susahnya fastaqim,
susahnya mahu istiqomah. Sedarlah, memang itulah cabarannya untuk istiqomah. Cuba buat sikit-sikit tapi berterusan berbanding buat banyak tapi
tenggelam timbul. Kita usaha sama sama k?
In shaa
Allah. Sesungguhnya, mulut yang berbicara dan jari jemari yang menulis ini
dekat dengan hati, apa yang dikata dan ditulis adalah sebagai peringatan untuk
diri sendiri.
Semoga Allah
merahmati dan semoga kita ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang bersyukur
dan diberi kekuatan untuk istiqomah.
Ma’a salamah!
*wa ilal
liqo’*
Comments