Oh! Finally!



Assalamu’aliakum.

Hai hai hai haaaaaaaaiii!



Oh! Finally! I’ve experienced the elephant ride! Yuhhuuu!




Ok, k k chill, gajah ja pun apalah yang awesome sangattt?
Aku pun tidak tahu lah tang mana awesome-nya gajah tu,tang belalainya kah? Atau saiznya kah? tapi yah! Lain orang lain citarasa kan?, mungkin aku lebih cenderung untuk teruja bila nampak gajah dan mungkin anda akan teruja bila tengok binatang lain seperti panda, hamster, kucing, man of the jungle(orang utan), beruang matahari, beruang kutub, kuda, lembu, kambing, tupai, burung cenderawasih, burung unta, burung helang, burung nuri, burung kakak tua, harimau, rusa, sang kancil(Pada Zaman Dahulu), dan sebagainya! (haha, bajet tau mau taip semua binatang supaya nampak panjang hihi sorry naik lori =)

20 Mac 2013 (hari rabu, sehari sebelum ambil result SPM), 
Kakak aku bawa pegi zoo di Lok Kawi. excited! Dengan harapan dapat naik gajah lah kononkan masa weekdays dan tidak ramai orang. Tup tup sampai sana, 
Elephant ride only on Weekends, Scool holidays and public holidays! 
Sedih, tapi tidak mungkinlah aku untuk menitiskan air mata atau merengek-rengek macam budak lima tahun sebab tidak dapat naik gajah tu, aku pendam saja. Come on lah, *a***belas tahun sudah lah, matang kan? Kan? kan?. 

Ok, tidak dapat naik gajah pun tidaklah, bukan jodoh hari tu, lain hari siapa tahu?. Kami pun jalan lah pusing taman hidupan liar Lok Kawi tu dengan naik tram, sebuah kereta panjang macam keretapi beroda.


  Untuk maklumat anda yang membaca naik tram ini perlu bayar RM2 satu kepala / RM2 per head pusing  taman tu lah(tapi tidak keseluruhan) dan akan berhenti setiap section haiwan yang ada tu untuk bergambar, tengok-tengok haiwan yang comel-comel dan ya Allah SubhanAllah sangat cantik, indah, unik, pelik, wangi dan macam-macam lagilah =’).




Sekawan gajah  



 

Selamanya Harimau Malaya!




Proboscis monkey(si bayau)





 Otter/ memerang/ dongor(in sama)




 Burung Cenderawasih, cantikkan bulu dan ekor burung ni?



 Man of the jungle (orang utan)



 Squirrel monkey. kecil ja tau, dan aktif.



 Brother bear eicehh, inilah sun bear =)


Sampai dekat bukit bertar, driver tram menghentikan tram dan mengatakan sampai di situ sahaja perjalanan kami, lepas ni pandai-pandailah ke destinasi yang anda ingin tuju, naik bukit tu then kamu orang akan jumpa ular dan binatang reptilia.




 On the way turun bukit pula akan jumpa burung unta/ ostrich dan beberapa jenis binatang lagilah seperti burung kasawari, rusa dan anda akan ke amphitheater tempat animal show diadakan. 

Untuk persembahan haiwan akan diadakan setiap hari kecuali hari jumaat dan cuti sekolah dan cuti umum pada pukul 3.15pm.

Hari tu, kami turun bukit tu tepat pada animal show tu di mulakan, menarik!. Comel ja binatang-binatang tu buat persembahan, kagum juga lah. Tidak mahulah saya untuk bercerita lebih lanjut tentang animal show tu sebab nanti bila anda yang membaca berpeluang ke taman hidupan liar Lok Kawi ni nanti tidak surprise lah kan?. Cukuplah gambar-gambar di bawah menjadi bayangan ya =D





Lepas habis animal show kami pun pulang. Aku dengan kehampaan yang teramat sangat sebab tidak berpeluang naik gajah sambil melambai kepada gajah-gajah yang comel tu aku pun berbisik dalam hati “tidak apa, one fine day pasti terlaksana impian naik gajah itu”.


Kami pun pulang lah.



Tapi, mula-mula tadi cakap dapat naik gajah pun siap ada gambar lagi sebagai bukti tu?

Hihih, yeah. 
23. Mac 2013(hari sabtu)
siapa sangka ada orang pegi zoo Lok Kawi tu dua kali seminggu! Ya, orang itu adalah aku. My another kakak cukup faham yang adik dia ni memang sudah lama berhajat untuk naik gajah tu, kebetulan lah pula mau bawa anak-anak dia lawat binatang-binatang tu (cis, istilah lawat di situ macam ada pertalian saudara pula dengan haiwan-haiwan tu) well yah, hubungan sesama makhlukkan? Jadi aku pun join lah trip family kakak aku tu bersama Ayip dan mama <3 .

 ini ayip

Ok, kali ni datang memang dengan fullblast punya harapanlah dapat naik gajah sebab weekendddd! Yeay!. Sampai sahaja depan kaunter tu, sah! Memang “encik” yang sama depan kauter tu dengan yang mula-mula datang masa hari rabu hari tu, encik tu kiralah berapa yang perlu dibayar; dewasa RM10 , kanak-kanak RM5 setiap seorang, tapi… ada masanya si encik itu tahu juga bagi diskaun tau =) dan kami pun beli tiket untuk elephant ride “RM5 per head” juga di situ. 

  gajah mandi

 gajah seksi, hikhikhik

Kami sampai sana hampir jam 2pm sudah jadi tidak menunggu lama lah juga,boleh lah. Sebelum naik gajah tu kami tengok-tengok gajah lah dulu, lepas tu makan bekal yang kami bawa dari rumah… macam berkelah kan?.jam dua macam tu kami pun pegi lah tempat naik gajah tu, lebih sepuluh minit juga lah kami menunggu si gajah memunculkan diri untuk ditunggang =).
  

Finally, saat yang ditunggu-tunggu sudah sampai si gajah sudah datanggggg!



Kami excited! Dan semestinya kamilah orang yang paling awal dapat tunggang tu gajah tau, tengok semangat kan?. Kami bertiga pun naiklah tu si gajah =’).

 nampak tu yang belakang tu, suka sangat lah tuu =P


Alhamdulillah, subhanAllah hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya hati dapat tunggang gajah setelah hasrat terpendam sejak dari form 2 lagiiii! Akhirnya! Tercapai.





Anda yang membaca pun datanglah ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi ni supaya dapat pengalaman tunggang gajah macam sayaHAHAH, selain dapat tengok sendiri binatang-bintang ciptaan Al Khaliq di situ =’).

 ya, betul, di sini masih belum ada zirafah dan mungkin tidak sehebat di Zoo Negara tapi, saya masih sayang Sabah =)

Bayaran masuk:
  • pelawat 18 tahun keatas warganegara ..................RM10.00
  • pelawat 18 tahun keatas bukan warganegara .......RM20.00
  • Pelawat berumur 3 tahun hingga 17 tahun warganegara...................RM5.00
  • Pelawat berumur 3 tahun hingga 17 tahun bukan warganegara........RM10.00
  • Warga Tua(60tahun keatas) dan OKU......Percuma.
"elephant ride" di zoo Lok Kawi only on
 weekends,school holiday & public holiday 10am-11am|/ 2pm-3pm
Rm5 per head.

Purchase your ticket at the Ticketing Counter.
 Oh, ya..sebelum datang bawalah sedia payung dan sebagai pelindung dari terik sinar matahari dan air minum sebagai penghilang rasa dahaga masa penat berjalan-jalan.

SubhanAllah, panjang pula coretan kali ni kan?, banyak bermain dengan binatang, tapi tu lah yang seronoknya!, dapat tengok sendiri binatang-binatang yang kebanyakannya hanya tengok di televisyen.

 Maha suci Allah yang menciptakan. SubhanAllah.


gajah lagi?

# tunggang gajah ok, dan bukan naik gajah



Sekian.

Comments

Unknown said…
(lap peluh) fuuhh.... penat sya bca... pnjang pula entri kali ne...menarik!!!
Zafirah Ripin said…
hihihi, tu lah tu excited sampai nda sedar diri..cis!

Popular posts from this blog

Clean.

Before 2021 ends!

Aku&SMATS: Tangki

Ain. Ila. Sarah.

26 and it's TMI time!