Jom Jentik Sifat Malas!
Assalamu’alaikum.
Oi! Kau yang pemalas bangun! Bangun!
Banguuuuunnnn!
*aku terasa*
Ya, malas adalah masalah aku. Malas adalah
tabiat aku dan
Pemalas itu adalah sifat orang munafik!, anda
tahu siapa itu munafik?
Sesungguhnya orang-orang munafik
itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura
beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu
daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula
apabila berdiri hendak sembahyang,
mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan
sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang
beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan
sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)
[al-Nisa’ : 142]
Dapat poin?, orang munfik itu tidak ikhlas dan malas dalam mengerjakan
ibadah kepada Allah terutamanya solat fardhu
sebab tiada niat, tidak beriman dengan
Allah, tidak takut dengan Allah ,tidak khusyuk dan tidak sedar diri! Kita hamba
Allah, jadi buat diri macam hamba!. Sedangkan amalan paling mulia dan
paling utama dihisab diakhirat nanti adalah amalan solat.
Menyedihkan kepada orang
yang pemalas ini!
Aku pemalas tapi aku tidak rela menjadi hamba
abdi kepada syaitonnirrajim!.
Bagaimana untuk menghilangkan sifat malas, malas
beribadah atau malas menunaikan tanggungjawab, malas yang semakin bermaharajalela
dalam diri ini?
Ada caranya;
✓ berdoa,berdoa dan berdoa
Doa itukan senjata orang mukmin. Kita berdoa bersungguh-sungguh. Doa
ialah ubat paling mujarab dan bermanfaat untuk mengubati semua bentuk ujian dan penyakit.
Antara doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w ialah :
“Ya Allah, aku berlindung denganMu dari
penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan
kalah dengan hutang dan penindasan orang”.
[al-Bukhari]
sebab kita hanya bergantung kepada Allah bukan?.
✓ Lawan habis-habisan syaitonnirrajim dan nafsu!
Tanpa kita sedari malas itu adalah berpunca
daripada bisikan syaitan. Syaitan telah Berjaya menewaskan kita dengan
mempengaruhi nafsu kita untuk malas. Jika bukan kita yang melawan sendiri nafsu
tersebut,siapa lagi?. Dan ingat lah syaitan itu tidak pernah berhenti
mempengaruhi dan menipu kita supaya lalai daripada mengingati Allah sebab tu
lah kita mesti bersungguh-sungguh melawan nafsu sekali gus kita juga berjaya
melawan syaitan!.
✓ Menimba
ilmu
Dengan ilmu kita boleh jadi rajin, tidak
kiralah macam mana cara kita menimba ilmu tu membaca buku ilmiah kah?,
menghadiri ceramah kah? Atau menonton rancangan ilmiah di kaca TV anda kah?
yang penting nawaitu kita untuk menimba ilmu . Ilmu boleh membantu kita
terdorong untuk rajin, sebab kalau ada ilmu kita tahu, bila kita tahu kita
teruja untuk melakukannya.
Sebagai contoh Sabda RAsulullah SAW;
“Solat paling berat bagi orang
munafiqin ialah solat isyak dan subuh. Sekiranya mereka mengetahui apakah
(ganjaran) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang bersolat
walaupun dalam keadaan merangkak”.
Fokuskan sabda Rasulullah
tersebut “Sekiranya mereka mengetahui apakah (ganjaran) yang ada pada
kedua-duanya” menunjukkan pentingnya ilmu tentang fadilat sesuatu ibadah sebagai
pendorong kepada kita untuk merebut ganjaran yang dijanjikan.
Tanpa disedari,
kita menjadi rajin dan ikhlas!.
✓ minta bantuan orang sekeliling untuk
mengingatkan kita supaya bersikap rajin
Orang sekeliling ini termasuklah keluarga dan
kawan-kawan. Minta tolong mereka kejutkan kita bangun untuk solat contohnya atau minta nasihat dari mereka. Part ini yang seronok sebenarnya sebab kita dapat mengeratkan ukhuwah dan
saling mengingati sesama sendiri. Well hey!, kita ada kemudahan teknologi jadi
gunalah kemudahan itu sebagai penghubung dan alat “reminder” kita untuk
sentiasa muhasabah dan istiqamah!.
Kawan aku bagi mesej ni yang berunsur
menyedarkan sejurus aku meluahkan kemalasan aku yang tahap tidak berbelah
bahagi itu;
Rasulullah pernah membertahu umatnya;Sesungguhnya Allah mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu kerja,ia dilaksanakan dengan cemerlang.
Jadi jom Kita istiqamah untuk jadi rajin.Malas itu musuh kita! Selagi kita masih mampu untuk beramal dan istiqamah dengan amalan, teruskan. Kita masih muda tapi kita tidak tahu ajal kita mungkin malam ni, esok atau bila-bila, jadi kita mesti istiqamah bagi melengkapkan amalan kita. Ingat manusia bodoh adalah manusia yang harinya pada hari ini sama dengan semalam manakala, manusia yang berjaya ialah manusia yang harinya pada hari ini lebih baik dari semalam.
Jadikan istiqamah kalimah azimat. Sentiasa mengulangi setiap kali kita berniat untuk melakukan kebaikan. Mengulanginya dalam hati dan lisan supaya menjadi doa dan pelindung kepada cabaran yang akan menguji ketulusan hati ❤
Lihatlah betapa perlunya kawan untuk
mengingatkan kita akan apa yang kita selalu lupa, sampai ada yang sanggup
menawarkan diri untuk bantu aku bagun solat subuh dengan cara calling atau SMS!
Waaahh!, kawan-kawan aku memang awesome!
insyaAllah, kita istiqamah sama-sama ya!.
lebih-lebih lagi masa sekarang ni result SPM tidak lama lagi keluar, sepatutnya kita tidak boleh bermalas-malasan dalam beribadah kita mesti rajin berdoa!(bagi pelajar SPM 2012 lah)
Adakah kita masih malas?.
Sudah-sudahlah menjadi pengikut syaitan dan
nafsu tu!.
Jom jadi pengikut iman dan akal pula!
Sedarlah,bangkitlah,berjuanglah menentang
sifat malas itu! Jom berkempen untuk diri sendiri!
Katakan TIDAK kepada malas!
Nyahh! Kau sifat malas!
Syuhh! syuhh!S kau sifat malas! Pegi main
jauh-jauh!
Tidak akan sesekali lagi aku membiarkan syaitonnirrajim
bersorak sarai melihat aku tewas dengan sifat malas!, tidak akan! Allahu
Akbar!.
All the best!
Fighting!
Comments