Inspirasi Khemah Bergerak
Assalamu'alaikum.
hai there! whats up?
Hari tu aku saja-saja untuk search nama Dena Bahrin tapi
bukan untuk baca blog dia atau pun tengok tweeter dia aku sengaja untuk baca
cerita orang lain yang pernah jumpa dengan dia .
Scroll down punya
scroll down sampai nampak tajuk yang menarik hati aku terjumpa blog kakak ni, Aisyah Shakirah Menurut apa yang aku
tahu, dia senior satu tahun dari aku maksudnya masa aku lahir tahun 1995 dia 1994 tapi
jauh sekali untuk satu sekolah lah,, dia di semenanjung nun aku di sini Sabah,
land below the wind :)
Aku tertarik dengan blog Aisyah
Shakirah ni sebab dia seorang muslimah dan entri-entri blog dia pun menarik,
penulisan yang begitu berisi dan oh ya dia juga seorang Vlogger!. Apa yang dia sampaikan melalui
penulisan atau video dia memang kena lah dengan jiwa-jiwa muslimah yang dalam
mencari keteguhan hati untuk kekal menjadi muslimah yang betul-betul mengikut
kehendak syariat.
Sekali lagi aku berfikir pasal
tulis menulis ni, “ya, dia salah seorang
daripada penulis blog yang kini menjadi favorite aku!” . Sangat padan
untuk dijadikan contoh. Cara pemakaian dia, cara dia bercakap, apa yang dia
cakap dan apa yang dia tulis. Syukur Allah bukakan hati aku untuk baca blog dia
dan terus jatuh cinta dengan isi dalam blog Aisyah Shakirah insyaAllah akan
dipraktikkan dalam hidup aku mungkin tidak sekali gus tapi step by step. Sangat membuka
mata.
Imej kak Aisyah Shakirah yang berhijab labuh and ofcourse covering chest
lah kan? Walaupun dia ambil jurusan Law di UiTM Shah Alam dan bukan di UiAM atau uni yang memang berteraskan agama Islam tapi
imej muslimah atau dalam kefahaman aku yang lain imej macam ustazah-ustazah tu ada!. Ok, mungkin pemikiran aku sempit
bahagian ni, asal orang pakai tudung yang besar-besar atau labuh mesti sekolah
agama lah?, mesti ambil jurusan islamik-islamik lah macam syariah kah apa semua?
Cis! Tapi ya, itu pandangan aku dulu sebab kebanyakannya begitu yang aku tahu. Asal
ambil kos pendidikan islam automatik otak aku imagine mesti pakai tudung
labuh, pakai stokin pokok pangkalnya tutup aurat secara sempurnalah well,bakal
bergelar ustazah kan? Mestilah tunjuk imej ustazah. Sementara orang yang ambil
kos yang luar dari opsyen agama pula akan di imagine berhijab yang biasa-biasa
sahaja, tapi masih tutup cuma tidak tutup sesempurna bakal-bakal ustazahlah. Lihatlah
betapa sempitnya pemikiran aku tu!.
Sehinggalah aku mula menyedari
akan wujudnya wanita yang berimejkan muslimah solehah tapi cabang kerjayanya
memang luar daripada opsyen agama. Contoh seperti cikgu yang ajar
matematik,tapi ke sekolah untuk mengajar dengan memakai jubah dan dikenakan
dengan tudung labuh serta berstokin,kemas nampak cantik pun kan?. Selain itu
guru PJK? Meunutp aurat bukan menjadi penghalang, sekarang macam-macam jenis
baju yang labuh dan sesuai dipakai untuk aktiviti outdoor bukan? Ditambah dengan tutorials
memakai pelbagai jenis tudung yang covering
our chest! dan buat tudung nampak labuh bila dipakai. See, bukan
penghalang. Ada penyelesaian.
Imej luaran
menjadi first impression orang lain
terhadap kita.
Bayangkan kita seorang engineer atau doktor atau apa-apa pun
jenis kerjaya fardhu kifayah yang lain tapi kita membawa imej muslimah atau muslimat
yang orang nampak kita macam ustazah atau ustaz pulak sebab penampilan kita
nampak macam tu. Bukan kah itu satu advance kepada kita untuk menimba pengalaman di dunia disamping merebut ganjaran di akhirat kelak?, kita dapat dua dalam
satu masa. Beruntung bukan?.
Teringat masa mula-mula masuk
sekolah masa form 1, ada satu orang cikgu yang pakai kopiah ingatkan ustaz ajar bahasa arab
atau pendidikan Islam sekali masuk kelas ajar matematik . Ketua bidang sains
dan matematik pulak tu. Wuuu, first impression membuatkan aku terkejut lah akan
hakikat sebenar, orang yang berkopiah tidak semestinya Ustaz!.
Jadilah professional tapi mutadayyin. Maksudnya jadilah seorang yang bekerjaya dan
berjaya serta profesional macam mana sekali pun dalam bidang kerjaya
kita tapi kita mesti menepati syariat instead of ikhlas dalam beramal.
Berhias jangan sampai tabbarruj wahai muslimah
Dan Janganlah kamu hai wanita melakukan tabarruj seperti tabarrujnya wanita-wanita jahaliyah yg terdahulu.
(33: Al-Ahzab)
(33: Al-Ahzab)
Teringat perbualan aku dengan
kakak ;
Aku: kak aku mau pakai shawl macam Najwa Latif la, cover chest juga tu
aku nampak. *amboihh*
Kakak: kau pakai macam satu orang blogger yang hijabista tapi labuh,
siapa juga tu aa? Dddena Bahrin?. Dia memang lawa lah tapi kalau kau ni?? Emm?? @#$%^
Aku: cis!*dalam hati,ok sedar diri tidak comel*. Aku suka baca blog dia
tu,dia memang comel
Aisyah Shakirah & Dena Bahrin |
photo
Credits
Nampak cara Dena Bahrin dan Aisyah Shakirah pakai
shawl?, labuhkan?.
Hijabista juga tapi masih tutup, tidak
singkat pakaian pun tidak ketat, indah bukan?.
Dan kenapa khemah bergerak ? check it out THIS by Aisyah Shakirah. well, ya kami pakai khemah atas kepala kami. Aren't we're lucky?
Stay awesome muslimah! All the best!
Comments