Cerita Semester 8: Siapkan FYP di merata-rata tempat.
Assalamualaikum wbt dan hai semuanya. Tamatlah sudah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3, kita sambung ke PKP fasa 4 pula ya sehingga 12 Mei 2020. Antara hikmahnya cuti PKP ini aku ada masa untuk diluangkan menaip untuk mencatat memori kegemaran aku sepanjang hayat, iaitu semester 8 aku bergelar sebagai pelajar degree di UPSI. Ya, aku habis degree June 2019 dan grad pada November 2019. Delay update cerita semester terakhir aku bukan main panjang ya. Tapi tidak apa, yang penting ada. Semester terakhir kan, sayanglah kalau tidak mencatat pasal ini. Semester terakhir adalah semester menyiapkan penulisan Final Year Project (FYP) a.k.a Projek Tahun Akhir, selain kena hadir kelas macam biasa dan buat assignments, presentations, tests dan final exams pun seperti biasa. Cuma, FYP ini kepala segala tugasan sebab kalau tidak siap dan tidak perform tidak dapat grad hoi! Untuk Zafirah di tahun-tahun yang mendatang lihatlah macam mana cara kau menempuhi semester terakhir degree kau...