Cerita Semester 8: Siapkan FYP di merata-rata tempat.
Assalamualaikum wbt dan hai semuanya.
Tamatlah sudah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3, kita sambung ke PKP fasa 4 pula ya sehingga 12 Mei 2020.
Antara hikmahnya cuti PKP ini aku ada masa untuk diluangkan menaip untuk mencatat memori kegemaran aku sepanjang hayat, iaitu semester 8 aku bergelar sebagai pelajar degree di UPSI.
Ya, aku habis degree June 2019 dan grad pada November 2019.
Delay update cerita semester terakhir aku bukan main panjang ya. Tapi tidak apa, yang penting ada.
Semester terakhir kan, sayanglah kalau tidak mencatat pasal ini.
Semester terakhir adalah semester menyiapkan penulisan Final Year Project (FYP) a.k.a Projek Tahun Akhir, selain kena hadir kelas macam biasa dan buat assignments, presentations, tests dan final exams pun seperti biasa.
Cuma, FYP ini kepala segala tugasan sebab kalau tidak siap dan tidak perform tidak dapat grad hoi!
Untuk Zafirah di tahun-tahun yang mendatang lihatlah macam mana cara kau menempuhi semester terakhir degree kau ni.
Apakah motif gambar ini?,
Gambar ini dalam kedai dobi, ya aku ke dobi untuk minum nescafe sementara tunggu pakaian siap dibasuh, aku buat kerja di kedai dobi.
*** I should warn you, entri ini dipenuhi gambar selfie aku berlatarbelakangkan tempat-tempat aku buat kerja aku sampai selesai. Saksikanlah! haha ***
Aku adalah seorang yang tidak produktif menyiapkan tugasan apabila di rumah (rumah sewa), tapi kalau bab menonton movie, tengok video youtube, scroll socmed, main Plato dan buang masa aku paling cergas sekali bila di rumahahaha.
Justeru, aku kenal sangat perangai aku macam ni, jadi aku memang akan keluar untuk cari tempat-tempat random untuk aku hamparkan segala peralatan menyiapkan FYP aku untuk disiapkan.
Oh ini masa dalam bas menuju ke Putrajaya untuk ke perpustakaan KPM di sana. Rombongan batch untuk mendapatkan bahan rujukan tambahan untuk FYP kami.
We really took FYP seriously, ah semua final year students rasa benda yang sama. Ini penentuan dapat grad atau tidak kan, mestilah rajin!.
Selain daripada kedai dobi, aku juga suka buat kerja aku di Bitarasiswa. Tempat aku belajar ada satu bangunan tempat pelajar berhimpun bersatu hati buat aktiviti pembelajaran tidak kisah lah akademik atau kokurikulum untuk softskills yang mantap. Student ramai sini, ada yang bermalam sini juga tau, seram betul pelajar universiti ni, gigih betul.
Oh ya Bitarasiswa internet dia juga laju, turut menjadi sebab kenapa students suka buat kerja di sini, termasuk aku.
Cuma, kena pada timing dapat meja yang best bawah kipas, beruntunglah. Aku rasa aku selalu beruntung muehehehe.
Selain Bitarasiswa, aku juga paling suka buat kerja di library dan bila library aku maksudkan Bilik Karel ini!
Bilik Karel adalah bilik persendirian iaitu kena dapatkan kunci dan terpulanglah mahu bertapa berapa lama dalam tu.
Aku suka buat kerja bersendirian, introvert if I might say. Produktif betul aku buat kerja bila satu orang.
Bilik Karel ni pun jadi rebutan juga, sebab bilik ni limited, ngam timing, dapatlah. Aku penah jak nda dapat bilik karel ni, lepastu stress hahaha.
Seterusnya, aku juga boleh buat kerja di tempat yang terbuka walaupun aku bersendirian. Ya walaupun di kedai makan. Bersendirian.
Aku pernah study di kedai mamak satu orang sambil makan roti canai ya Allah Zafirah ni kenapa??? hahaha.
Ini masa dalam KTM menuju sekolah untuk interview cikgu-cikgu di sekitar Damansara Damai.
See, bilik Karel library lagi.
Cuma, library sangat sejuk, aku tidak boleh bertahan lama.
Ini masa analisis data, tulis satu-satu skrip temubual. 10 orang guru, 10 orang lah kena taip satu-satu.
Gigih! Demimu FYP.
Meja bersepah sampai makan space 3 meja terus, fuh. Demimu FYP!
Aku juga pernah buat kerja di bulatan taman Batik depan library Tuanku Bainun!
As I said, aku boleh jadi sangat produktif buat kerja di tempat terbuka yang penting aku satu orang.
Ni aku keluar sebab tidak tahan library sejuk lah ni.
Dan, tempat paling banyak masa aku luangkan masa untuk buat kerja adalah di bangunan HEP.
Di satu sudut ada meja kosong yang rasa memang meja tu sebenarnya meja reject entah staff menunggu masa untuk lupuskan atau entah macam mana.
Aku ambil port ini sebagai sarang aku menyiapkan kerja aku dari pagi sampai petang. Kadang-kadang sampai malam.
Aku suka ke sini sebab ada tandas dan surau. Sebelah tu sahaja. Memang convinient lah katakan.
Ni detik-detik akhir penyiapan FYP, aku gigihlah juga set up camera untuk dapatkan gambar ini supaya aku boleh kenang sudut kegemaran aku membuat kerja ini.
Bangunan HEP di sudut sepi ini.
Masa puasa, aku ke bazar Ramadan membeli juadah dan pernah juga berbuka di sini.
HEP lah saksi berjayanya Zafirah menyiapkan tugasan FYP.
Aaaa what a good time to remember.
Banyak lagi tempat aku pernah pegi semata-mata untuk dapatkan mood siapkan kerja.
Aku pernah buat pegi rumah Yanie dan Kak En untu perjuangan menyiapkan FYP.
Aku pernah turun ke KL semata-mata mahu dapatkan mood menyiapkan segala tugasan. Ya Allah apooooo lah Zafirahahaha.
Alone.
Di subway also can ya.
Ok lah, buat kerja can be the second reason untuk ke KL padahal sebab mahu memenuhi kehendak cravings makan itu ini kaaaannn?
Trust me kerja tetap jalan beb wa tell you.
Last but not least, walaupun aku suka buat kerja bersendirian tidak bermaksud aku tidak bergaul dengan kawan-kawan.
Aku suka ada kawan-kawan untuk bergembira. Tapi, muka stress aku buat kerja tu its better to not show lah depan kawan-kawan kan?.
Aku tahu semua kami ada struggle masing-masing melawan kemalasan dan menangani tekanan menyiapkan FYP, tapi tengoklah kita telah pun berjaya menghadapinnya kawan-kawan yey!
So what I learned about myself,
Zafirah can live alone asalkan dengan tujuan dan matlamat yang jelas.
Zafirah juga seorang yang sangat mengenali dirinya sendiri dalam bab-bab cara belajar ikut cara sendiri
dan dalam masa yang sama sangat menyayangi kawan-kawan di sekelilingnya!
Betul rindu zaman belajar tapi untuk mengulanginya, err no thanks hahaha.
Ada juga keinginan melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Serius, pandai rasa rindu buat dengan dunia zaman belajar buat assignements semua tapi ehh nanti lah kan?. In shaa Allah.
Alhamdulillah, 4 tahun tempoh pengajian berjaya ditempuhi.
Syabas Zafirah dan kawan-kawan serta semua yang bertahan dengan gagah!
'Till next post!
Comments