Posts

Berputus asa itu bukan aku.

Image
Bismillah. Jangan berputus asa. Bersyukur dengan apa yang ada di depan mata. Teruskan melangkah gagah, seiring doa. Buktikan kepada mereka, yang kau jatuh tapi mampu untuk bangkit semula!. Dan segalanya memerlukan kau untuk lebih BERUSAHA! Dear, mama, bapa, guru-guru, keluarga dan rakan-rakan. Saya dalam misi menebus kekecewaan lalu. Berikan saya peluang untuk membuktikan,   SEKALIKU JATUH, SEJUTA KALIKU BANGKIT!  

Dear Last Semester for STPM 2013/2014,

Image
Assalamu'alaikum. Hai! STPM Sem.3! Dua Kerja Kursus perlu disiapkan. Silibus bagi setiap matapelajaran memerlukan aku untuk kalis cabaran.   Saya cukup maklum yang cabaran yang akan ditempuhi bukan mudah. Tapi, izinkanlah saya mencuba sedaya upaya saya untuk membuktikan yang saya boleh. Saya tahu, bagi memperoleh kejayaan itu tidak mudah. Disebabkan oleh itu saya perlu mujahadah niat dan berusaha habis-habisan kerana Allah. Saya tidak mahu tewas dengan pengaruh terpesongnya nawaitu ketika belajar. Sebaliknya, saya akan belajar untuk tahu bukan untuk peperiksaan semata-mata.  "Zafirah, dunia ini untuk berjuang dan penat, kita rehatlah bila mati nanti di syurga" Biar penat sekarang, biar. "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia"  (Al-Mu'minun,23:1-3) "Sesungguhnya bersama kesu...

Cerita Cinta Ahmad Ammar sebagai motivasi dan inspirasi.

Image
Bismillah. Assalamu'alaikum. Aku baru habis baca buku yang baru aku beli guna BB1M yang berjudul Cerita Cinta Ahmad Ammar. Tidak dinafikan, siapa yang tidak tahu cerita fenomena Ahmad Ammar?. Kematiannya membangkitkan banyak jiwa. Semasa baca buku itu, diri ini tidak berhenti dari berkata, Allah mulia sungguh budi pekerti Ammar ini, berakhlak terpuji, disenangi dan disayangi oleh orang-orang yang mengenalinya. Prinsip hidupnya yang lebih rela berpenat di dunia demi mencari dan mendalami ilmu itu sungguh SubhanAllah!. Visinya yang ingin menjadi sejarawan perantau, menziarahi serta mengkaji ketamadunan dan kekayaan sejarah bangsa negara Turki dan kerajaan-kerajaan yang pernah diasaskan oleh mereka membuatkan setiap hati-hati yang dulunya leka dan alpa terhadap tanggungjawab serta amanah sebagai penuntut ilmu kembali sedar akan keutamaan itu. Hati-hati yang asalnya merungut dan sering mengeluh kembali mencerminkan diri sendiri, jika Ammar dan sahabat-sahabatnya boleh kenapa aku t...

Aku&SEMEKAR: 2 Sudah, 1 lagi : )

Image
Assalamu’alaikum. Hai! Ini cerita pasal kehidupan sebagai pelajar Tingkatan 6 yang guna sistem baharu iaitu “Sistem Modular”. Ya, saya tahu memang ramai orang di luar sana yang tidak tahu STPM sistem baharu tu macam mana. Yang sedihnya, ada juga yang masih dengan fikiran tampuk lama pasal tingkatan 6 ni sampai “underestimate” pelajar2 tingkatan 6, sedihla macam ni T_T Wahai cik kak cik kak, encik abang encik abang,   makcik makcik, pakcik pakcik, adik adik lepasan SPM bukala mata dan minda, rajinkanla diri pegi google Tingkatan 6 tu macam mana, Tingkatan 6 sistem baharu itu macam mana. Kalau malas pun mau google, tanyala kepada orang yang tahu, tanyala pelajar Tingkatan 6 atau guru-guru Tingkatan 6 yang lebih tahu dan lebih faham pasal perkara ini. Jangan pandang sebelah mata dengan Tingkatan 6. Tolong. Fuwhh~ intro pun suda begitu penuh dengan ehmohsi ==’ So, let’s moving to the story about life di Tingkatan 6 aka Pra-U di SEMEKAR sepanjang penggal 2 ini. sepe...