Second Last Semester of #ZafirahWithYoukm

 Assalamualaikum wbt. Heyyo?.

I'm in my 3rd out of 4 semester for #Pray4MasterSifuZafirah. I've finished semester 3 with...


Died dead. Haha!


Semester 3 rasa panjang gila. Semakin sikit semester perlu dihabiskan, semakin sakit pula dibuatnya. 

Orang selalu cakap "It's okay sikit lagi". and I said Nope, don't lie to me. Dia memanglah sikit mahu habis tapi, baaaaaanyak sangat perlu dibuat. Berbakul-bakul assignments. Jenis orangnya pula malas lipat baju, jadi bayangkanlah menggunung seperti apa bakul tugasan yang perlu aku segera-siapkan?. Memang aku fikir aku sudah mati dalam putus asa, syukur Alhamdulillah, masih bernafas sehingga ke-klik-an penghantaran assignment terakhir. Drama betul bunyinya kan?.

Semester 3 ini bermula pada bulan 25 Februari - 3 Mac 2024 untuk pertemuan pertama dan saya ada menulis tentangnya di SINI. Kemudian, diteruskan lagi untuk pertemuan kedua iaitu pada 25 Mei - 2 Jun 2024.

Pertemuan kedua untuk semester 3 ini dibuka dengan perginya aku ke Tawau untuk menghadiri wedding best friend-ku, Nurul. 


Kelas dalam talian untuk 2 hari pertama tiada bersama dengan lecturer, sebaliknya kami dikehendaki untuk menyiapkan tugasan yang sudah diamanahkan semasa di pertemuan pertama Mac yang lalu. Justeru, bergembiralah seorang Zafirah merayap di sekitar Tawau pada waktu itu. Percayalah, kegembiraan yang aku cakap pada saat ini merupakan penderitaan yang kusesali di hujung-hujung nanti haha.

On the first morning in Tawau, I had my favourite Mi Tauhu for breakfast sent by Kak Shifa and did some assignments. Of course.

Mahu bagi tahu, saya tidaklah ke Tawau dengan berlenggang-lenggang kangkung tetapi turut membawa assignment sekali walaupun umum mengetahui, ke laut lah semua assignment kalau sudah sampai Tawau. Saya ulangi, kesenangan awal-awal kelas ini lah yang disesali dihujung nanti haha!

I was taking free time for granted, benci. Padahal tempat study semua cukup kondusif. Aku saja yang tidak rajin. Ish.


Balik dari Tawau 27 May 2024 tu, hidup pun diteruskan dengan kelas berderet dengan segala jenis presentation dan penyiapan tugasan individu dan berkumpulan.

Mandatory table pic with food while my friends made their presentations.

Makan lagi. Sebab entahlah, untuk aku makanan boleh buat aku duduk diam depan skrin untuk dengar lectures and study online. Maafkan saya lecturers dan kawan-kawan yang membentang, saya suka makan TT


Semester 3 ini sangat perit ya. Tugasan dia mega semua!.
Salah satunya kena siapkan penulisan tesis bab 1 sehingga bab 3. Sakit betul semester 3 ni, tidak tahu lah kenapa uwaaaa.

And that brings you to the fact that, semester 3 banyak betul masa aku depan laptop tanpa mengira apa jua aktiviti or events masa tu. Ini di Masjid ya masa program korban 2024 :')

Ni, masa mesyuarat program sekolah peringkat daerah, aku menyelit juga buka laptop sementara tunggu meeting mula. 

Aku ke library semestinya. Menunjukkan betapa occupied-nya waktu aku bersama assignments, kurang betul selfie aku berada di library sejak semester 3 ini berbanding dengan semester-semester lepas.

Di restoran lepas ambil anak buah sekolah agama, aku buka laptop sambil mengatakan "Sorry Anna, mami buka laptop ni" for at dining table shouldn't do work. Waktu makan adalah satu momen yang perlu dihargai bersama orang semeja dengan kita. Kalau makan seorang, tidak kisahlah.


Tealive juga menjadi hotspot untuk membuat tugasan. Ini masa buat assignment membina Modul Pedagogi Hikmah untuk subjek Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam by Dr. Hafizhah yang saya sanjungi. Aku suka sangat subjek ni. Memerlukan kami untuk came out with ideas through story book yang kami buat sendiri. Group saya best!.

Inilah group members-ku yang sangat inspiring. Kak Wana and Kak Jun. Rupanya, kami sahaja 3 orang wanita dari Sabah yang sambung study dalam course kami, Pendidikan Islam. 
 
Masa ni Kak Wana pegi KK untuk program inovasi jadi alang-alang kami bertemulah di Imago dan makan-makan ilmiah. 

Remember about Pedagogi Hikmah yang saya cakap sebelum ini?. Inilah a bunch of books yang menjadi reference aku untuk buat cerita versi aku untuk tugasan yang lecturer bagi. The books are actually really from the "developer" of Pedagogi Hikmah and I am so proud to have the copies after my lecturer said about it in one of our classes somewhere in March 2024 (masa pertemuan pertama).

And my story was about "Ameena dan Kehidupan Selepas Kehidupan", inspired by budak baju merah atas tu, si Memei a.k.a Izz Ameena.

Ni Ameena masukkan lidi dalam botol air, lepastu masa mahu minum guna straw, ZZZUUP!! lidi keluar mencucuk belakang lelangit. Nasib baik tidak tercekik masuk kerongkong. Kalau tidak. memang milala jumpa kehidupan selepas kehidupan duluan :')


Memei's POV :



More of pics of my laptop.

Kinabalu view from my school. Random kan? haha

Laptop lagi, di Tealive. Sebab tu aku rasa, setiap kali semester bermula Tealive ni jadi fav spot aku buat kerja. Sebab aku sejenis orangnya di rumah tidur saja kerja memang ke laut walaupun sudah plan macam-macam.

Semester tiga ini juga lah aku pernah beberapa kali rasa macam mahu tidur di kedai makan 24 jam (read: Mamak) sebab mahu stay up menyiapkan tugasan yang aku hairan kenapa tidak pandai habis-habis haha!.

Serious, Restoran Jamal Salim menjadi destinasi selepas balik dari Tealive sebab tealive tutup untuk sambung buat kerja. JS ni tidak jauh dari rumah aku, hanya dipersimpangan kampung aku jadi, aku yakin juga lah untuk stay situ sampai tengah malam. Kakak-kakak aku memang marah juga aku pegi malam-malam, tapi tu lah mahu buat macam mana?.

See tealive lagi siap bakul bekal lepas balik dari sekolah. Serious. Life aku dipenuhi dengan keserabutan assignment. Oh aku tidak cerita di sekolah pun aku selalu menaip juga kalau ada saja ruang kosong untuk dimanfaatkan.

On raya Haji, bersiap-siap bukan untuk beraya tapi mahu keluar untuk menyiapkan assignments di Tealive. Lantak orang berhari raya aku kena beraya juga walaupun sebenarnya pegi buat assignments bukan bersilaturahim di pagi raya :')


The progress:

 Lillahi Ta'ala, semoga dihalalkan masaku di sekolah kerana membuat tugasan luar dari sekolah ini ya Allah. Sesungguhnya, saya sambung belajar untuk mengembangkan lagi kualiti pengajaran Pendidikan Islam ku, in shaa Allah untuk anak-anak muridku di sekolah juga ya Rabb, amiiin.

Aku jaga anak kucing. Satu perubahan dalam hidup aku sejak sambung study ini adalah, aku mula menggemari kucing tidak seperti sebelum-sebelumnya. Jadi aku merawat kucing dan hobi aku adalah menamakan baby kucing dengan nama-nama dari lagu Taylor Swift. Cats are really stress reliever, alhamdulillah subhanaAllah and they're cute!

So far I named my kittes with, Dorthea - Inez - Abigail (tapi Dorothea jak yang masih hidup, yang lain tidak panjang hayatnya)


Ha, ini maksudnya adalahlah memang ada tugasan video. Biasalah, kelas online. Mana boleh tiada tugasan video :)

I remember this, due date untuk submit tugasan super mega. 

Lepas habis submit assignment terakhir semester ini, aku rasa mahu sujud syukur dan berazam tidak mahu buat kerja last minute lagi!. Penderitaannya, memang menanti tulang belulang patah mematah sahaja lagi. 

Sempat tayar pecah juga. Tahun ini saja, semua tayar kena tukar, one by one. 
Apa kena mengena dengan semester 3?, tiadahahah tapi it happened masa dalam tempoh sem 3 so kena masuk blog juga haha!

Masa sedang busy dengan hal-hal assignment tu, saya ada juga meluang masa berjumpa dengan Dayang untuk makan dan tengok wayang bersama. Memang hectic masa tu tapi, jumpa Dayang ni sangat jarang dapat peluang sebab masing-masing kerja jauh from each other, so mesti jumpa juga!.

I love Dayang. Ini memang tanda-tanda penuaan juga, we barely took pics together. Kenapa niiii!. BTW the yellow on that hotdog was mustard and It was so weird tapi habis juga makan sebab lapar haha.

Masa petang-petang sampai library tutup, sepanjang dalam library tidak ambil selfie sebab memang tahu muka serabut hahah tapi dek kerana orangnya a memory keeper jadi kena juga ambil selfie untuk rujukan di masa hadapan yang Zafirah rajin ke library orangnya miahaha!

Lepastu, menyempat juga buat kelas tambahan untuk anak-anak form 5 sebagai persediaan untuk exam.
 Kita risau assignments tidak siap tapi kita sebenarnya lagi risau anak-anak diajar tidak dapat score exam PI dengan cemerlang. Mana ustazah mahu letak muka ni nanti?, aik?. Beginilah life student yang cikgu dorang pun "student" juga. Semoga berjaya anak-anak murid Ustazafirah yang awesome!

Semester 3 juga, pakcik (suami makcik, kakak mama saya) dijemput ilahi ke dunia abadi. Al Fatihah pakcik Jami yang kami kasihi. 
Al Fatihah (dibaca) untuk Almarhum Jami bin Sayan.
We saw pakcik berjuang, semoga tenang dan rehatlah pakcik :(

 Semoga syurga tertinggi untuk pakcik atas segala kesabaran dan doa dari anak-anak serta isteri pakcik. Amiin.


 Maafkan aku kawan-kawanku kerana mengambil selfie yang muka aku jak yang disinari cahaya flash sebab Tealive sedang buat maintainace lampu pula masa orang sedang mahu ambil gambar sobs. Justeru, gambar ini ditujukan hanya kepada blog ku sempena selesai menghantar semua tugasan untuk semester 3 ini. ALHAMDULILLAH. I'm not gonna lie, my friends are so supportive in this journey. Begitu ayat macam dapat award kan? haha.

Demikianlah semester 3 yang melumatlan sendi-sendi tubuhku haha!. Alhamdulillah, selesai juga dan sejujurnya aku tidak sabar mahu habiskan semua ini. Tolong doakan aku supaya aku dapat menyiapkan semester terakhir aku yang akan bermula pada September 2024 ini kemudian dapat grad on time di tahun 2025 nanti ya!.

 Ada tesis perlu diselesaikan. Ada harapan untuk habis study dengan cemerlang disematkan dalam lipatan cita-cita. Untuk menimba ilmu dan pengalaman, membanggakan Mama dan keluarga serta, untuk membakar semangat untuk terus mahu menjadi guru yang berjiwa murobbi. Amiin ya Rabb.

Hanya  kepada Allah SWT juga kita meletakkan seluruh kebergantungan dan berharap semoga Allah SWT memakbulkan impian-impian yang dibisik dalam setiap doa-doa kita. 

Permudahkanlah ya Allah, dan sempurnakan langkah ini dengan penuh hikmah dan keberkatan daripada-Mu. Amiiin.

How I ended my semester 3 :
 Do I look like I'm good?
No?

Haha.

Thank you for reading!
See you, Semester 4. In shaa Allah.
#ZafirahWithYoukm



Comments

Popular posts from this blog

Clean.

Ain. Ila. Sarah.

26 and it's TMI time!

Before 2021 ends!

Aku&SMATS: Tangki