Posting.
Bismillah and Asslamualaikum wbt. Hai. 29 Mei 2020, sekitar 06:15PM, aku check penempatan sekolah di e-graduan. Heboh group Taklimat Penempatan di whatsapp. Aku terkial-kial, berdebar-debar penuh pengharapan. Keputusannya... SMK Titingan. Nama sekolah sahaja sangat tidak familiar. Aku rasa sudah lain macam. Aku google. Nama sekolah.: SMK Titingan, Tawau. T . A . W . A . U Aku teragak-agak untuk percaya. Aku check lagi. Mana tahu ada kebarangkalian SMK Titingan yang lain. Kali ini aku search kod sekolah pula. Nampak tidak betapa in denial- nya aku pada saat ini?. Sah. Tiada SMK Titingan lain dengan kod sekolah itu. The only SMK Titingan hanya di Tawau. Berlinangan air mata aku seperti anak rantau yang tidak dapat pulang beraya :( Aku maklumkan kepada ahli keluarga tentang berita tergempar ini. Aku capai satu-satu kawan-kawan kepercayaan aku, aku maklumkan rakan sekerja yang terdekat, aku hebahkan segera untuk suarakan betapa sayunya keputusan penempatan aku dapat ini. I cried out ...