Diari Latihan Mengajar Zafirah: Minggu Pertama
Assalamualaikum hai semuanya. Seorang pemilik blog yang lama sungguh tidak menulis sesuatu dalam blognya. Tidaklah perlu dijustifikasikan mengapa, cukuplah dengan adanya entri baharu ini untuk menceriakan hari-harimu (acah sungguh ya wanita ini kekekeke). Seperti tajuk di atas, ya memang mahu cerita lah ni pengalaman praktikum Ustazah Zafirah yang sedu ni. Baru minggu pertama, hek ellehh mahu tulis pengalaman konon kan?. Tidak mengapalah, aku plan buat weekly update ni untuk 16 minggu latihan mengajar. Tolong lah faham, sudahlah aku ni sensorang selalu. Kurang bercakap (bersembang) tapi kalau masuk kelas pot pet pot pet ya Ustazah ni kehkeh. Bagi lah chance alaaaaah. Hm, So, shall we start? Ok, jom. Ok, sebelum itu, sedikit disclaimer: Ø Ustazah Zafirah tu aku lah. Ø Aku mengajar Pendidikan Islam Tingkatan 1 dan 2. Ø 12 Waktu seminggu semuanya. Ø Oh, aku mengajar sesi petang. Ø Aku tiada kenderaan. Ø Aku lapor di...